Oleh : Beruang Biru
Manusia dianugerahkan dengan otak yang terbahagi beberapa bahagian kegunaannya. Di bahagian pemikiran, otak manusia dibahagikan pula kepada dua iaitu kanan dan kiri. Satunya berfungsi untuk memproses maklumat logik, seperti perkataan dan matematik manakala satu lagi untuk memproses perkara seni, abstrak dan emosi. Kedua-dua bahagian akan berfungsi dalam tahap tertentu tetapi berbeza dalam otak manusia normal. Perbezaan inilah yang membentuk seseorang itu cenderung ke arah menjadi seorang seniman ataupun seorang saintis.
Kedua-dua bahagian ini perlu ‘dilatih’ dan ‘dijana’ sebaiknya bagi membentuk seorang yang bijaksana. Oleh kerana itulah di negara barat, misalnya, matapelajaran kesusasteraan dan sejarah tetap akan diperkenalkan di peringkat awal, walaupun dunia mereka amat mementingkan sains dan matematik. Matematik dan sains mungkin menjadikan seseorang itu bijak, tetapi kesusasteraan dan sejarah mampu menjadikan beliau ‘bijaksana’ kerana ia melatih seseorang itu berinteraksi dan berfikir secara mendalam.
Justeru, tidak hairanlah seorang bijakpandai di barat termasuk saintis selalunya mampu memetik bait-bait Shakespeare dan mengupasnya dengan baik.
Di Malaysia, matapelajaran Tamadun Islam di pusat-pusat pengajian tinggi sebenarnya membawa objektif yang sama. Lebih dari itu, ia juga turut merupakan pengetahuan am yang tidak rugi jika dipelajari.
Justeru, kita amat terkejut dengan kecetekan minda Ahli Parlimen DAP yang bergelar Doktor, iaitu Ko Chung Sen yang mendesak agar subjek tersebut tidak dijadikan subjek wajib di IPTS.
Dr. Ko menyangkakan yang Tamadun Islam adalah subjek berkaitan agama Islam hanya kerana terdapat nama ‘Islam’ di situ. Akibat diselubungi emosi anti Islam yang amat kuat maka beliau tidak dapat melihat sebarang kaitan, jauh sekali kelebihan matapelajaran tersebut. Kita percaya jika nama subjek tersebut adalah Tamadun Dunia atau lain-lain, maka ia tidak akan begitu menjadi masalah kepada Dr. Ko dan DAP.
Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan UKM telah pun menjelaskan bahawa kursus tersebut yang dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu merangkumi huraian topik Islam dan bukan Islam serta membincangkan topik hal ehwal Melayu dan bukan Melayu.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah Dr. Ko nampaknya ingin kembali ke era tertutup China.
Pemikiran Dr. Ko amat konsisten dengan pemikiran rakyat negara China dahulu kala di mana segala-galanya adalah searah dan arah itu pula hanya menjurus kepada ‘keuntungan’. Ini berdasarkan kepada hujahnya bahawa subjek Tamadun Islam adalah ‘tidak berguna’ kepada pelajar-pelajar yang ingin menjadi Jurutera. Mana mungkin skil berfikir dan bersosial tidak berguna kepada mana-mana manusia? Dan apa jenis graduan yang tidak punya pengetahuan am?
Jika kita biasa bergaul dengan kaum Cina dari negara China, kita akan dapati bahawa mereka mempunyai pengetahuan am yang cukup rendah. Kebanyakan mereka tidak tahu langsung tentang budaya dan agama orang lain dan negara lain. Justeru, mereka sering bersikap tidak wajar ketika berada di negara orang.
Contohnya, memberi hadiah berbentuk ‘tokong’ kepada jabatan kerajaan Malaysia atau meraikan pelanggan Islam dengan hidangan tidak halal. Perkara sebegini tidak mungkin berlaku jika berurusan dengan orang-orang Barat.
Kita pasti bahawa punca warga China menjadi begitu tidak sensitif ialah kerana mereka meremehkan subjek yang membentuk ‘skil’ berfikir dan bergaul, sama seperti Dr. Ko.
Jelas sekali bahawa cara pemikiran Dr. Ko akan membawa Malaysia ke belakang. Apa yang membahayakan ialah pemikiran beliau turut dikongsi oleh sebahagian besar masyarakat Cina negara ini yang meremehkan skil berfikir dan bersosial yang termasuk di dalamnya adab, patriotisme, toleransi, hormat-menghormati dan belas kasihan. Masyarakat Cina hari ini telah meletakkan objektif hidup kepada ‘untung’ semata-mata.
Kita percaya cara pemikiran sebegini masih terus giat dipupuk di sekolah-sekolah vernakular yang mana hasilnya telah mula dilihat hari ini di mana anak-anak Cina amat biadap sekali dan tidak tahu menghormati sesiapa lagi.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.