TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI AKADEMIK II 2013

Dipetik dari : Eputra.com

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke UiTM pengambilan kedua sesi 2013/2014 mulai 1 Julai 2013 bagi kemasukan September 2013, November 2013, Januari 2014 dan Mac 2014.

Permohonan kemasukan ini bagi mengikuti program pengajian sepenuh masa dan separuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Profesional dan Ijazah di UiTM. Pengambilan pertama dahulu melalui UPU manakala pengambilan kedua ini melalui UiTM.

Kemasukan dan Program Pengajian

Pengambilan kedua UiTM ini adalah untuk kemasukan dan program pengajian berikut;

Kemasukan September 2013

Program Profesional – CILT

Kemasukan November 2013

# Program Asasi Undang-Undang
# Program Diploma
# Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM

Kemasukan Januari 2014

# Program Profesional – CAT, ACCA, CIMA, CPA, ICSA, CIM

Kemasukan Mac 2014

# Program Profesional – LW222 dan LW601
# Program Ijazah Sarjana Muda

NOTA : Permohonan untuk program pengajian peringkat ijazah dijangka akan dibuka pada 1 Oktober 2013 nanti.

Syarat Kemasukan

Semua calon perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian yang berkenaan.

Sila rujuk laman web UiTM – Syarat Kelayakan atau Selangkah Ke UiTM untuk maklumat lebih terperinci.

Program Yang Ditawarkan

Calon boleh memohon mana-mana program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan.

Perlu diingatkan bahawa tidak semua program pengajian dibuka untuk permohonan.

Sila rujuk laman web UiTM – Senarai Program Pengajian untuk maklumat lanjut.

Cara Memohon

Permohonan kemasukan ke UiTM pengambilan kedua ini adalah melalui aplikasi dalam talian (online) di laman web www.online.uitm.edu.my.

Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sendiri, di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Hanya pembelian nombor slip pada atau selepas 1 Julai 2013 sahaja yang sah untuk permohonan.

Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan di laman Web Aplikasi Elektronik UiTM dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.

Link : Portal Permohonan Kemasukan UiTM

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2013/2014 ini akan ditutup pada 18 Ogos 2013.

Maklumat

Penjelasan lanjut boleh didapati dari iklan pengambilan UiTM.

Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web ined.uitm.edu.my

Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web ipsis.uitm.edu.my

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai program yang ditawarkan bagi permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila hubungi terus Dekan Fakulti yang berkenaan www.uitm.edu.my atau telefon 03 5544 2000.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pemgambilan dan keputusan permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar www.pengambilan.uitm.edu.my di talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau email : bpp@salam.uitm.edu.my

Jika menghadapi masalah teknikal semasa mengisi permohonan, sila hubungi talian 03 5521 1376/ 1381/ 1383 atau fax : 03 5544 2197 atau email : uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my


Post a Comment

10 Comments

  1. assalamualaikum, nak tanya, saya lepasan stpm 2012(aliran sn) kalau saya dah dapat tawaran upu 2013/2014, tapi mahu tolak tawaran disebabkan msalah tertntu, adakahsaya berpeluang untuk memohon permohonan sesi II (ijazah) uitm ambilan bulan mac 2014 seperti di atas? adakah dibuka untuk pelajar stpm 2012???? mohon penjelasan. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Nak tnya bile prmohonana tok prnerapan kew sarjana muda dibuka...

    ReplyDelete
  3. salam...sya skrang student sem 1 kt upsi ambilan sept 2013..klau sya nk mohon utk program sarjana muda kt uitm utk ambilan mac 2014 nty boleh tak?

    ReplyDelete
  4. salam...sya skrang student sem 1 kt upsi ambilan sept 2013..klau sya nk mohon utk program sarjana muda kt uitm utk ambilan mac 2014 nty boleh tak?

    ReplyDelete
  5. salam...sya skrang student sem 1 kt upsi ambilan sept 2013..klau sya nk mohon utk program sarjana muda kt uitm utk ambilan mac 2014 nty boleh tak?

    ReplyDelete
  6. salam...sya skrang student sem 1 kt upsi ambilan sept 2013..klau sya nk mohon utk program sarjana muda kt uitm utk ambilan mac 2014 nty boleh tak?

    ReplyDelete
  7. salam...sya skrang student sem 1 kt upsi ambilan sept 2013..klau sya nk mohon utk program sarjana muda kt uitm utk ambilan mac 2014 nty boleh tak?

    ReplyDelete
  8. 3 hot streak anonymous

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.