SULAIMAN AR-RAJHI, PEMILIK BANK SYARIAH TERBESAR DI DUNIA YANG MEMBUATKAN MUAZIN TERSIPU MALU

Oleh :  Zulfan Afdhilla

Jika kita bercita-cita jadi konglomerat terkemuka di dunia maka kita boleh menjadikan Sulaiman Ar-Rajhi ini sebagai model. Berikut merupakan sedikit informasi mengenai Jutawan Muslim ini :

1. Majalah Forbes menyatakan kakayaannya Sulaiman Ar-Rajhi adalah berjumlah 5.9 bilion Dollar. Selain itu beliau juga diletakkan pada kedududkan nombor 120 manusia terkaya di dunia. Namun begitu, beliau tetap tampil dengan sederhana, berpakaian jubah putih bersih yang jauh dari kesan glamor dan berlebihan.

2. Kehidupan masa kecilnya sangat susah hingga pernah bekerja jadi kuli dan menjual kayu bakar di masa kanak-kanaknya. Tetapi dengan ketekunan, hemat dan kerja keras serta tawakkalnya kepada Allah sehingga akhirnya beliau dan saudaranya memiliki “Kerajaan Bisnes Raksasa” di Arab Saudi. Dan salah satunya adalah Bank Ar-Rajhi; Bank syariah terbesar di Dunia yang perkhidmatannya ATMnya tersebar keseluruh Arab Saudi dan Malaysia.

3. Beliau sangat-sangat dermawan, memiliki Yayasan Amal “raksasa” yang menyalurkan dermanya ke pelbagai Negara – sebelum dilarang pasca 11 septmber 2001. Sulit menghitung waqaf beliau dan jumlah masjid yang telah dibangunnya, serta donasinya untuk pelbagai jalan amal, dakwah dan penyebaran ilmu.

4.Tidak meletakkan kekayaan di hatinya, bahkan di masa tuanya kini beliau telah membagi sekitar 6.7 trilion hartanya kepada ahli waris dan kerabatnya serta fakir miskin hingga diibaratkan hanya memilih “pakaian yang melekat di badan” dan asset bisnes yang dikelola oleh para professional yang hasilnya untuk tujuan amal dan dakwah Islam. Lahir tanpa membawa apa-apa dan siap tidak tergantung pada harta sebelum meninggal.

5. Dari jiran tetangga sehingga orang yang tinggal di lingkungannya disampaikan bahawa konglomerat kelas atasan ini selalu termasuk orang-orang yang datang paling awal ke masjid untuk solat 5 waktu berjamaah. Hinggakan jika muadzin masjid terlewat sedikit maka sang konglomerat inilah yang melaungkan azan. Nah...Bandingkan dengan konglomerat yang lainnya !!

6. Diantara masjid yang dibangunkannya adalah Masjid Ar-Rajhi yang terletak di daerah Rabwah. Masjid ini adalah ketiga terbesar setelah Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid berkenaan boleh menampung 18 ribu jamaah solat dalam satu-satu masa. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk masyarakat seperti pusat pemandian dan pengurusan jenazah terbesar di Riyadh, auditorium untuk seminar dan ceramah agama, perpustakaan berisi 40 ribu jenis buku (bukan judul ya..), tempat tinggal bagi para penuntut ilmu yang datang dari luar kota untuk mengikuti berbagai kajian Islam, menyediakan air zamzam sebagai minuman bagi jamaah dengan kuota 400 galen seminggu, dan sebagainya. Malah pada saat solat Jumaat, terdapat kawasan khusus untuk jamaah bukan arab dimana khutbah berlangsung lalu diterjemahkan ke berbagai bahasa ; termasuk bahasa isyarat untuk jamaah yang bisu.

Semoga Allah Ta’ala merahmati beliau, menerima amalnya, mengampuni kesalahan dan dosanya dan kita semua. Dan semoga kita berusaha menjadi orang seperti dia atau lebih baik dari beliau.

Post a Comment

3 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.