ADUN PKR SEBERANG JAYA MENGAMUK DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK SEBAB TANGKAP PENGANUT SYIAH


Dipetik dari : MalaysiaKINI

Sebuah perkumpulan yang dianggotai seniman, ahli politik dan aktivis hari ini menyelar penangkapan dua individu di Taiping, Perak kelmarin yang didakwa terlibat dengan Syiah, hanya kerana menyimpan bahan berkaitan ajaran itu.

Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT), sebuah perkumpulan bertunjangkan idea kebebasan dan demokratik berhujah, tindakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) itu jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan menganut kepercayaan dalam Perlembagaan.

"KsJT juga mendesak JAIPK, jabatan-jabatan agama mahupun agensi penguatkuasaan tidak semberono membuat serbuan hanya kerana seseorang itu atau organisasi menyimpan bahan-bahan mengenai ajaran Syiah. 

"Bukan sahaja serbuan sebegitu bersalahan dengan prinsip sebuah negara demokratik, liberal dan berperlembagaan malahan bercanggah dengan tatacara undang-undang di negara ini," kata mereka dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh 13 pihak, termasuk exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (atas), anggota Dewan Undangan Negeri Batu Caves Amirudin Shari dan bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar.

Turut berkongsi bantahan, penulis lirik terkenal Budi Hekayat dan pendakwah bebas Wan Ji Hussin.

JAIPK kelmarin dalam serbuannya menahan Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, di Medan Kamunting dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, di Kamunting Lama.

JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 kerana mengingkari fatwa mufti dengan memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.

AsSajad pertikai tangkap menjelang raya

Sementara itu, kumpulan pro hak asasi AsSajad Movement pula berkata, kejadian terkini itu menunjukkan "gangguan berterusan" kerajaan terhadap komuniti Syiah di Malaysia.

"Malah, dengan bulan puasa sampai ke penghujungnya dan hari raya bakal tiba, masa tindakan itu diambil oleh pihak berkuasa sangat boleh dipertikaikan," kata setiausaha agungnya Hussin Sajjad.

Menurutnya lagi, keadaan itu membuatkan keluarga mangsa terpaksa bergelut menyelesaikan masalah berkaitan, termasuk kewangan dan mencari peguam yang semenangnya sukar diperoleh semasa musim perayaan.

Etika dan professionalisme pegawai JAIP sepatutnya dipertimbangkan dahulu sebelum menyerbu dan membuat tangkapan sebegitu, kata Hussin lagi.

Latar belakang KsJT : http://telawi.blogspot.com
Latar belakang IKD : http://mindaaidc.wordpress.com

Post a Comment

1 Comments

  1. Mereka ni terlalu taksub dengan politik sehingga ancaman pada agama pun dipolitikkan dengan menggunakan perlembagaan. Sudah tiba masanya perlembagaan digubal untuk memartabatkan Islam ditahap tertinggi. Sekiranya kita mahu mengambil pengajaran dari Syria, sudah pasti tindakan JAIP tidak wajar dipolitikkan.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.