Oleh : Banan
Seorang wartawan yang bertugas di salah sebuah akhbar di “Israel” telah diberitahu oleh pejabat Kementerian Pertahanan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya akan memulakan serangan terhadap Syria pada hari Sabtu bersamaan 31 Ogos 2013, ketika pemeriksa PBB meninggalkan Syria. Serangan dijangkakan akan berakhir ketika Obama menemui Putin pada hari Rabu 4 September 2913, lapor InfoWar.
Tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat dan British dikatakan telah berada dalam siap siaga menanti arahan untuk melaksanakan serangan. Menurut seorang para pakar, serangan akan dilaksanakan menerusi peluru berpandu Tomahawk yang akan ditembakkan dari kapal perang atau kapal selam.
Mizroch juga memetik kenyataan yang dibuat oleh mantan pengarah Mossad, Danny Yatom, yang mengatakan bahawa 'lampu hijau' serangan ketenteraan akan berlaku selepas Bashar Al-Assad tidak lagi dapat menjadikan para pemeriksa PBB sebagai 'benteng manusia'.
Mizroch juga menyatakan bahawa "Israel" telahpun mengirimkan pesanan kepada Assad melalui perantara Rusia bahawa mereka akan akan menyerang Damaskus dan menjatuhkan Regim Assad sekiranya Syria bertindak mencerobohi 'kedaulatan' Israel. Namun begitu kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika menafikan keinginan bahawa negara besar itu mahu menggulingkan Presiden Assad. Sebaliknya tindakan yang diambil adalah sebagai satu 'peringatan keras Amerika' kepada Assad.
Tel Aviv membuat ancaman ini meskipun negara-negara Teluk telah memberi jaminan kepada "Israel" bahawa mereka tidak akan membantu Syria sekiranya Syria melakukan serangan balas keatas "Israel" dalam rangka memerangi negara Barat.
“Israel“ menjawab bahawa mereka akan bertindak dengan untuk tidak melakukan sebarang serangan keatas Syria. Namun begitu sekiranya Syria kelihatan agresif, pihak tentera "Israel" tidak teragak-agak untuk menggerakkan kekuatan ketenteraannya bagi menghadapi tentera Syria.
Sumber : arrahmah.com
[Makluman : Kami akui terdapat kelemahan dalam proses penterjemahan semula. Namun kami sedaya upaya untuk mengekalkan maksud asal penulis. Segala kekurangan dan kelemahan kami dahului dengan memohon maaf.]
1 Comments
1. Adakah Assad membunuh sunni?
ReplyDelete2. Jika 1 benar, maka apakah Amerika Syarikat dan sekutu salah?
3. Jika 1 benar, apakah negara2 sunni tolong orang-orang sunni itu?
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.