POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

MERDEKA 56 : DATUK SUPT.(B) PAUL KIONG - WIRA "CAWANGAN KHAS"

Dipetik dari FB : Vat 69

.... "Chin Peng tidak perlu pulang ke negara ini kerana dia bukan rakyat Malaysia. "Malah dia hanya dilahirkan di Sitiawan, Perak tetapi tidak pernah memohon sebagai rakyat Malaysia seperti mana yang perlu dilakukan selepas negara ini mencapai kemerdekaan,".

Begitu tegas seorang pesara polis, Paul Kiong, 66, yang pernah berkhidmat di Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menentang Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1969 hingga 1989.

Beliau yang bersara dengan pangkat Supritendan berkata, rakyat hari ini perlu memahami dendam para pejuang negara menentang kekejaman PKM suatu ketika dahulu

"Dulu, kami terpaksa berada di dalam hutan untuk tempoh yang lama bagi menghapuskan kumpulan pengkhianat itu (PKM).

"Malah ada di antara anggota polis dan tentera menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan ngeri akibat kezaliman PKM," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya, detik kesusahan dan keperitan menentang PKM dan Chin Peng yang dilalui itu bukan begitu mudah untuk dilupakan pejuang sepertinya.

Katanya, perkara itu terbukti apabila Chin Peng mengaku bertanggungjawab terhadap kekejaman yang berlaku sebelum ini.

"Pengakuan Chin Peng mungkin dapat meraih simpati orang muda, tetapi kami yang pernah melalui detik tersebut masih menyimpan dendam terhadapnya.

"Ramai anggota keselamatan yang terkorban malah ramai juga di antara mereka yang cacat sehingga hari ini," ujarnya.

Paul Kiong memberitahu, tindakan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang tidak boleh dilihat sebagai isu perkauman tetapi bagi menghargai jasa pejuang yang cedera dan terkorban serta keluarga mereka.

"Saya yang berketurunan Cina juga tidak akan sekali-kali memaafkan kekejaman PKM.

"Biarpun luka di tubuh badan sudah menjadi parut tetapi luka di hati dan kesedihan akibat tindakan PKM masih belum terubat sampai sekarang," jelasnya.

Paul Kiong merupakan seorang daripada 27 penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pingat itu dikurniakan bagi menghargai jasa beliau yang pernah menumpaskan komunis pada 1969 hingga 1989. 

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.