BILA MAT SABU SYIAH CUBA MENJADI HERO DALAM ISU DI MESIR

Oleh : Jebat

Kepala Syiah dalam PAS, Mat Sabu tak habis-habis membuatkan penulis ketawa. Apakan tidak, dengan tidak memiliki sebarang kelulusan dalam bidang agama, selain aqidahnya menjadi pertikaian dikalangan masyarakat, Mat Sabu tak habis-habis cuba membawa isu yang dilihat mampu menaikkan namanya sebagai pejuang 'ISLAM'.

Terbaru, kenyataan beliau yang dilihat cuba untuk mem'backing' kejatuhan Morsi. Dalam artikel yang bertajuk 'Sekular, Nasionalis Cemburu Dengan Perjuangan Ikhwan' yang dipetik dari portal Parti PAS, beliau menyatakan bahawa;

"Tentera dan polis mesti menjaga keselamatan rakyat dan menjunjung Perlembagaan dan mereka tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti atau kumpulan.

"Amat bahaya jika keadaan ini berlaku. Inilah yang terjadi di Mesir di mana tentera dan polis telah menyokong pihak tamarud dan menggalakkan mereka keluar membuat bantahan mengecam pentadbiran Presiden Morsi," 

Jika dilihat daripada kenyataan ini semacam wujud 'double-standard' disitu. Ini kerana beliau mempertikaikan campurtangan Tentera dan Polis dalam menyuraikan penunjuk perasaan Pro-Morsi, namun apabila kejadian ini berlaku di Syria, Mat Sabu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan seperti diatas. Malah beliau sanggup terbang ke SYRIA bagi mendapatkan gambaran dengan mata kepala sendiri mengenai keadaan yang berlaku disana. Malah berdasarkan laporan dari Malaysiakini pada 15 Jun 2012 beliau menyebut;

"Negara-negara Islam yang menyokong kempen menjatuhkan Bashar Al-Assad seperti Qatar dan Arab Saudi sendiri negara yang tidak mengamalkan demokrasi.

"Oleh itu, bila berhadapan dengan isu Syria ini, umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati agar tidak terperangkap sehingga menjalankan kerja-kerja yang dimahukan oleh Amerika dan Israel," 



Jika diperhatikan dari dua kenyataan diatas, wujud semacam pertembungan dalam 'memahami tafsir keamanan dan keadilan'. Bilamana pihak tentera Mesir melakukan proses pembersihan, beliau katakan ianya melanggar perlembagaan, sebaliknya bila terjadi di Syria, beliau gesa agar umat Islam berhati-hati.

Apakah KEADILAN dan KEAMANAN itu berbeza-beza? Jika yang menjatuhkan Presiden Morsi itu sebagai Tamrud, bagaimanapula status pejuang pembebasan Syria yang sedang menjatuhkan Presiden Syiah Bashar Al-Assad? Adakah setaraf dengan Tamarud atau penyokongnya?

Selain itu juga penulis juga ingin bertanya kepada Mat Sabu, apakah dia lupa bahawa tujuan beliau memasuki PAS bukanlah kerana ISLAM. Sebaliknya kerana demokrasi!!! Adakah dengan memasuki Parti yang berjenama ISLAM sudah dikira tidak lagi sebuah sistem sekular? Sedangkan Demokrasi itu elemen utamanya adalah PARTI dan SUARA RAMAI yang melantik seseorang itu menjadi ketua. Maka apakah kesemua itu tidak berlaku dalam PAS?

Rujuk :

Mat Sabu Sertai PAS kerana demokrasi : http://www.malaysiakini.com/news/166723

Sekular, nasionalis cemburu perjuangan Ikhwan : http://pas.org.my/v2/index.php/artikel/timb-naib-ketua-pr/1862-sekular-nasionalis-cemburu-perjuangan-ikhwan

Perangkap anti-Assad Amerika jerat Pemuda PAS : http://www.malaysiakini.com/columns/200997

Post a Comment

1 Comments

  1. A: I'd say practice on some software program just before buying a set of decks,
    i recomend virtual DJ( you are able to get it free of charge off a torrent)
    then when you take pleasure in it have a look at these. Bride
    and bridegroom both use i - Pad instead of paper to read out their wedding vows, even the solemn priest holds a i - Pad to conduct the ceremony to announce them man and wife.
    Moderately sturdy for an amazingly low $89 value, you'll be able
    to cook up a nice little occasion mix with all the basic mixing
    functions.

    Also visit my web-site; mixtrack pro

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.