حب الوطن من الإيمان
“Cintakan tanah air sebagian dari iman.”
HADIS YANG TIDAK DIKETAHUI ASALNYA
As-Shaghani Rahimahullah berkata, “Termasuk dalam kategori hadis-hadis palsu.” [1]
As-Suyuthi Rahimahullah berkata, “Saya tidak mendapati ianya adalah sepotong hadis.” [2]
Mula ‘Ali al-Qari Rahimahullah berkata, “Tidak ada asalnya menurut para pakar hadis.” [3]
Al-Albani Rahimahullah berkata, “Maudhu’ (palsu).” [4]
Ungkapan “Cintakan tanah air sebagian dari iman” bukanlah hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ianya hanyalah ucapan yang beredar di lisan manusia lalu dianggap sebagai hadis. [5]
Syaikh al-Albani berkata;
و معناه غير مستقيم إذ إن حب الوطن كحب النفس و المال و نحوه ، كل ذلك غريزي في الإنسان لا يمدح بحبه و لا هو من لوازم الإيمان
Musuh-musuh Islam telah menjadikan hadis palsu ini untuk menghilangkan syi’ar agama dalam masyarakat dan menggantinya dengan syi’ar kebangsaan, padahal aqidah seorang mukmin lebih berharga dan bernilai.
Syeikh Muhammad bin Salih al-Utsaimin Rahimahullah berkata, “'Hadis' ini sangat popular di kalangan masyarakat sebagai 'hadis' yang sahih, padahal ianya adalah hadis yang palsu dan dusta. Maknanya juga tidak benar, kerana cintakan negeri adalah salah satu unsur fanatik.” [7]
Ustaz Abdul Hakim menulis, “ 'Hadis' di atas sama sekali tidak ada asalnya sebagaimana yang telah diterangkan oleh ulama-ulama hadis. Dan saya tidak ragu lagi bahawa riwayat di atas dipalsukan atas nama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam demi menyebarkan fahaman “wathaniyyah” (kebangsaan) yang sangat bertentangan dengan Islam. [8]
Syaikh Salih bin Fauzan al-Fauzan Hafizhahullah berkata, “Cintakan negara apabila tidak bertentangan dengan agama maka ini adalah termasuk dalam tabiat dan fitrah manusia yang tidak tercela.” [9]
Adalah suatu yang perlu kita perhatikan di dalam masalah ini adalah, jangan sampai kita mencintai negeri hanya sekadar semangat nasionalisme semata-mata.
Cintakan negara kerana status negara tersebut adalah sebuah negara Islam, maka kita mencintainya kerana Islamnya. Tidak ada bezanya apakah negara kelahiran kita atau negara Islam yang lain, maka wajib bagi kita untuk membelanya kerana status negara Islam berkenaan. [10]
Allahu a’lam.
Rujukan:
> Buku “Koreksi [Pembetulan] Hadis-Hadis Dha’if Popular” karya Ustaz Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi Hafizhahullah.
> Buku “Hadis-Hadis Dha’if dan Maudhu’” karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat Hafizhahullah.
> Maktabah Syamilah.
Nota Kaki :
[1] Al-Maudhuu’aat (hlm. 2).
[2] Ad-Durarul Muntatsirah fil Ahaadiits al-Musytahirah (hlm. 110).
[3] Al-Mashnuu’ (hlm. 91).
[4] Silsilah al-Ahaadiits adh-Dha’iifah (no. 36).
[5] Buku “Koreksi [Pembetulan] Hadis-Hadis Dha’if Popular” halaman 223.
[6] Silsilah al-Ahaadiits adh-Dha’iifah (no. 36). Maktabah Syamilah.
[7] Syarah Manzhuumah al-Baiquuniyyah (hlm. 70).
[8] Buku “Hadis-Hadis Dha’if dan Maudhu’” halaman 83.
[9] Al-Bayaan li Akhtha-i ba’dhil Kuttab (III/338-339).
[10] Syarah Riyadus Solihin (I/66-67).
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.