Transliterasi oleh : Jebat & UKT
Ketika usiaku meningkat 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu
-Ibnu Sina-
Siapa yang tak mengenal Ibnu Sina? Seorang saintis timur tengah yang juga menjadi kebanggaan kebanyakan kaum muslimin saat ini. Bagaimana tidak, penguasaannya di dalam bidang perubatan dan keahliannya di bidang falsafah tidak lagi menjadi perdebatan. Pengaruhnya yang luar biasa, diakui hingga ke dunia Barat. Malah buku-buku karangannya dijadikan buku teks sains kedoktoran dan pengetahuan lain di Eropah untuk berabad-abad lamanya.
Ibnu Sina sememangnya luar biasa, namun siapa yang menyangka bahwa ia bukanlah seorang ulama Islam melainkan hanya saintis. Siapa yang menyangka bahawa di balik keahliannya dalam menyembuhkan penyakit orang ternyata dia memiliki virus yang boleh meruntuhkan aqidah umat Islam.
Biografi ringkas
Nama penuh beliau ialah Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Lahir di Afsaneh (Uzbekistan) pada 980 M dan wafat 1037 M. Menghafal Al - Qur’an dalam usia yang muda namun mindanya telah tercemar dengan pemikiran Aristoteles dan Al Farabi. Beliau telah mengarang berjilid-jilid buku yang kebanyakan bertemakan kedoktoran dan falsafah. Menguasai hampir keseluruhan bidang pengetahuan sehingga dijuluki dengan panggilan Syaikhur Rais. Kehebatan Ibn Sina ini dikagumi sehingga seorang sejarahwan dari Belgium menyatakan ;
Ilmuwan paling terkenal dari Islam dan salah satu yang paling terkenal pada semua bidang, tempat, dan waktu
-George Sarton-
Bukunya yang paling terkenal adalah Al Qanun fi At Thibb atau dikenali juga sebagai The Canon of Medicine, sebuah buku yang membahaskan mengenai ilmu kedoktoran. Kitab Asy Syifa An Nafs dan atau dikenali di Eropah dengan nama Sufficietia, dan Kitab Al Isyarat wa at Tanbihat antara kitab-kitab yang membincangkan ilmu falsafah.
Sempat menjadi doktor di Bukhara dan di akhir hayatnya Ibnu Sina disebut-sebut menjadi guru di sebuah sekolah di Hamadan, Iran.
Pendapat Ulama Mengenai Ibnu Sina
Al-Ghazali mengkafirkan Ibnu Sina dan Al Farabi dalam bukunya, Al Munqidz min Adh Dhalal. Dalam bukunya yang lain, At Tahafut Al Falasifah, beliau membantah pemikiran Ibnu Sina. Ada tiga 'point' utama yang beliau (Al-Ghazali) sebutkan sebagai kekeliruan dan kesesatan para ahli falsafah yang mengaku Islam.
Yang Pertama : Alam ini dahulu.
Yang Kedua : Tidak ada tempat kembali
Yang Ketiga : Sesungguhnya Allah tidak mengetahui hal-hal yang sifatnya juziyyah (perkara kecil)
Adz Dzahabi dalam Mizanul I’tidal berkata,
“Saya tidak mengetahui kalau dia meriwayatkan sesuatu dari ilmu dan seandainya dia meriwayatkan, belum pasti riwayat itu darinya, kerana dia adalah ahli falsafah yang sesat”
Ibnu Hajar menukil dari Adz Dzahabi dalam kitab Al Lisan,
“Allah tidak redha padanya”
Ibnu Taimiyah menjelaskan dalam kitabnya, Dar’u Ta’arudh Al ‘Aql wa An Naql, tentang aliran ahli bid’ah dalam menyikapi nas-nas para nabi:
Yang pertama : aliran Tabdil (perubahan): pembuat takhayul, tafriif (penyelewengan), dan ta’wil.
Yang kedua : aliran tajhil (pembodohan)
Para pembuat takhayul adalah mereka yang mengatakan bahwa para nabi menceritakan tentang Allah dan hari akhir. Disebutkan, bahawa Ibnu Sina berjalan di atas kaedah ini kemudian dia menulis karya Al Adhhuwiyah.
Dia berkata pada akhir ucapannya, “Sesungguhnya mereka mengatakan, bahawa para nabi sengaja memahamkan orang ramai dengan cara berdusta dan berbuat batil untuk kemaslahatannya dan syaikhul Islam menganggap mereka itu falsafah yang kafir”
Dalam kitabnya yang lain, Al Istiqamah, Ibnu Taimiyah menyebutkan bahwa Ibnu Sina adalah shabiah (penyembah bintang) yang mencampuradukkan agama dengan falsafah.
Ibnul Qayyim Al Jauziyah menjelaskan tentang kerancuan falsafah secara umum dan Ibnu Sina secara khusus, “Ibnu Sina adalah seorang lelaki yang mu’atthil (menafikan sifat-sifat Allah), musyrik, menginkari kenabian, serta tidak percaya dengan adanya awal permulaan, akhirat, rasul, dan tidak memercayai kitab suci”
Ibnul Qayyim turut menambah, “Ibnu Sina sebagaimana yang diberitakannya sendiri pernah mengatakan, ‘aku dan ayahku termasuk pengikut mazhab penguasa’, sedangkan penguasa saat itu termasuk pengikut Qaramithah (Syi’ah) yang tidak percaya dengan permulaan, tempat kembali (akhirat), Tuhan pencipta, rasul yang datang dan diutus dari sisi Allah”
Dan di tempat lain, Ibnul Qayyim menyebutkan, “Ibnu Sina adalah pemimpin orang-orang mulhid (kafir/menyimpang/tidak percaya pada Tuhan)”. Beliau berkata juga, “kesimpulannya, orang-orang mulhid ini serta para pengikutnya dari kaum mulhid adalah orang-orang yang tidak percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari akhir”
Imam Ibnu Shalah ketika ditanya tentang kelompok dari kaum muslimin yang menisbatkan diri mereka pada ahli ilmu dan tasawuf, apakah boleh bagi mereka menyibukkan diri dengan membaca karya tulisan Ibnu Sina dan menelaah buku-bukunya, apakah boleh bagi mereka berkeyakinan bahawa dia itu (Ibnu Sina) ulama atau bukan? Imam Ibnu Shalah menjawab;
“Hal itu tidak dibenarkan kepada mereka, dan kepada sesiapapun yang melakukan perkara sedemikian, maka dia telah menipu agamanya dan akan terbukanya fitnah yang jauh lebih besar. Dia (Ibnu Sina) tidak termasuk dalam kelompok ulama, bahkan dia adalah salah satu syaitan dari syaitan-syaitan manusia. Dia berada dalam kebingungan dalam banyak hal”
Kesimpulan
Setelah membaca huraian di atas, maka sudah sepatutnya kita sedar bahawa Ibnu Sina bukanlah orang yang berjalan di atas manhaj salafushsoleh atau Ahlussunnah wal Jama’ah. Tidak dinafikan kita seharusnya mengakuinya bahawa beliau adalah salah seorang manusia genius dan banyak menyumbang dalam ilmu pengetahuan. Namun bukanlah bererti dia adalah ikon kita sepenuhnya. Ambil yang baik dan buang yang tidak baik. Maka dengan itu adalah jauh lebih baik sekiranya kaum muslimin tidak terlalu mengidolakan atau membangga-banggakan beliau. Sesungguhnya beliau adalah manusia biasa yang masih banyak memiliki kesilapan.
Wallahu a’lam.
Rujukan :
1. ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad As Sadhan, Kutubun, Akhbarun, Rijalun, Ahadits Tahtal Mijhar
2. Muhammad Razi, 50 Ilmuwan Muslim Popular
6 Comments
memang sendat otak melayu macam kau ini...kita memang tak perlu memuja mereka ini termasuk imama ghazali sendiri.
ReplyDeleteBukanlah sesuatu yg baru utk umat islam yg ibnu sina adalah bukan seorg islam yg tipikal..dia bersift terbuka dlm ilmu & dia lahir dldm lingkungan syiah tpi dia byk membaca kajian ulama(maksudnya ilmuwan)mutazzillah yg majoriti sunni dan kajian2x org parsi lama dan greek lama serta org2x hindu..dlm berbagai bidang falsafah dan sains..mereka ini yg menyumbang kepada kemajuan manusia sejagat buknnya ulama kolot yg hanya tahu kafirkan org lain..zaman org islam dihormati dan dipandang tinggi adalah kerana muslim spt ibnu sina..bukan mcm sekrg jumud..harap minyak je..tu pun guna teknologi negara yg diorang selalau kutuk sebagai kafir dan harus di benci utk keluarkan minyak dr perit bumi.
Munafik dan hipokrit tulah sifat majoriti ulamak zaman sekarang yg kononnya bijak pandai ni..pandai ye buat statement..ambik yg jernih buang yg keroh utk kepentingan..ko sedar tak sifat kepura-puraan engko..terus terang aku benci sifat ketaksuban kejumudan ulamak ala arab saudi gurun pasir yg cetek dan menolak idea2x yg berguna utk semua manusia semata-mata mereka tak bersetuju dgn cara berfikir yg berbeza..semua rujukan engko adalh ulamak pujaan wahabi terutama ibn tammiyah.
Oh yah aku bukan syiah ye cuma aku tak suka kejumudan dan kemunafikan..hakikatnya semua bidang ilmu yg berguna utk manusia sejagat zaman sekrg buknnya lahir dari ulamak mcm ibn tamiyah dan imam ghazali..org seperti ahmad celebi yg mungkin berjasa akhirnya di buang ke algeria oleh sultan ottoman yg dihasut oleh ulamak yg jumud kononya ahmaed celebi bahaya dan menentang ketentuan allah kerana bagi mereka manusia tak patut terbang..skrg generasi baru ulamak jumud mcm mereka ni naik jugak kapal terbang ke sana ke mari...nak buat haji pun buat kapal terbang...skrg boleh plak ye dulu boleh kene usir mati dlm buangan mcm ahmad celebi kerana dorang takut dgn org lain yg lebih ulamak(berilmu) dr mereka yg tiada sebarang sumbangan selain memecah belahkan msyrkt.
Jgn jadi munafik kalau ko benci semua yg ko anggap kafir & takut pemikiran SUCI engko tercemar mcm syiah, kristian, budha, hindu agnostic, athiest dll baik jgn guna sebarang teknologi ciptaan mereka termasuk internet ni kenapa nak guna alat cipt manusia kafir ni?..bukankah nanti mencemar kesucian org mcm kau?..mana boleh ko kata buang yg keruh dan ambik yg jernih sedangkan teknologi yg bermanfaat ni cipt manusia yg kau anggap jijik sepenuhnya..so jgn munafik jgn campur aduk..ko naik jelah unta.
Ada baiknya anda membaca secara terbuka juga rencana di atas ni. Yer memang rencana ni sudah menghukum ibnu sina n cuba kita mencari kebaikan falsafah ibnu sina yg telah tersimpang? Dan cuba anda mcari n baca sepenuhnya karya ibnu qayyim dan imam ghazali, anda akan melihat mereka begitu cergas kepakaran logik n sains mereka dalam ilmu falsafah sama seperti ibnu sina namun imam al ghazali n ibnu qayyim menulusuri dalam ketinggian ahlul sunnah wal jammaah dan keimanan yg mutlak. Terbukakan diri kita dalam membaca sejarah2 dunia kejatuhan n kebangkitan peradaban yang tulus dan fakta mlalui abad ke abad, dekad ke dekad, bagaimana eropah mbuat tindakan jahat mereka utk masuk dalam kesempurnaan sistem khalifah uthmaniyyah, anda akan melihat betapa teknologi yg kita ada ketika ini hasil dari penemuan pmikiran tokoh islam yg sebenar, bkn hanya ibnu sina shj. Lagipun ibnu sina juga n org kafir, sesiapa yg mnyumbang bukannya tiket utk mnyerang atau menyerang konsep Ketuhanan, kita semua adalah umat Nabi Muhammad SAW, wajib mengikut panduan Al Quran dan Al sunnah sprt yg telah diajar oleh baginda,telah dikembangkan oleh mereka2 yg mnelusuri nya mlalui landasan sunnah wal jammaah, namun mereka yang sonsang ini yg telah mlampaui batas. Islam tdk pernah mmusuhi individu2, namun individu2 ini yang sesat n mnyesatkan, yg mnyombongkan diri cthnya graviti: skalipun sudah kukuh prinsip graviti n semua prinsip bgantung pd prinsip graviti, namun penemuan graviti itu mnyebabkan terbahagi kpd bberapa pakar atau jurutera mggunakannya utk kmaslahatan manusia sehebat2nya dan tiba2 ada pula beberapa pakar atau jurutera yg mggunakannya utk mempertikaikan ketuhanan sehebat2nya, terang2 lah mereka yg menafikan n mnyerang falsafah ketuhanan itu takbur, terkeluar dari sifat memaslahatkan manusia, n terkeluar dari fungsi sebenar. Dan benarlah kata2 Allah dan Rasul, "Golongan perosak". Kepandaian, kejatuhan, kebangkitan semua tu adalah ujian dan ade hikmahnya serta pelajarannya, n ibnu qayyim n imam al ghazali menerangkan hikmah, ujian n pelajarannya dgn sgt tepat dan adil, itupun kalau semua org tbuka mlihat kesemuanya. Mmg itulah masalahnya yang sebenarnya mengapa ada golongan yg tiba2 merosakkan konsep ketuhanan?. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, semoga kita sempat bertaubat sebelum mati. Amiiinn.
Deletemana satu fakta sebenar mengenai ibn Sina . dalam buku sejarah Islam tingkatan 6 mengatakan ibn sina adalah tokoh Islam
ReplyDeleteKekalutan duniawi... Tetapkan lah aqidah anda semua.
ReplyDeletetidak membawa sebarang faedah skiranya umat islam sering bertelingkah.
ReplyDeleteislam itu mudah maka berpegang teguhlah pd al Quran & sunnah. akhir hidup psti diberkati.
"Jiwa yg bersih Inshallah akn di padu oleh Allah,senantiasa istikamah di atas jalan yg lurus,semoga Allah jauhi kita dari sifat2 buruk,siyrik yg tersembunyi dan senantiasa di atas Pertunjuk Nya yg benar"...Amin
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.