SYAIKH DR. MOHAMMAD AL-NUJAIMI GESA NEGARA TELUK BANTU MESIR

Oleh : PMO

Syaikh Dr Mohammad Al-Nujaimi, anggota majlis di Akademi Fiqh Islam Antarabangsa merangkap proffesor dalam bidang perbandingan Fiqh di Institut Pengajian Tinggi Kehakiman, Universiti Imam Muhammad bin Saud, Riyadh, memperingatkan negara-negara Teluk tentang bahaya Syiah (tasyayyu’) dari para pemimpin kudeta Mesir. Beliau telah beberapa kali menulis di akaun Twitternya :

“El Baradei adalah orang yang berakidah Syiah, sedang Hamdan Shabbahi adalah sahabat Hasan Nasratt. Iran telah membantunya dengan memberikan dana sebanyak 440 juta, penggerak gerakan Tamarrud adalah orang Syiah, dan Bablawi (perdana menteri hasil kudeta) adalah juga orang Syiah. Tidak perlu ta’ziyah buat negara-negara Teluk. Sungguh aku telah dimakan pada saat Mesir dimakan,” tulisnya.

“Pada saat Baradei solat dengan posisi tangannya yang menjulur ke bawah, lalu ditanya: “Apa Anda sudah menjadi orang Syiah ?” Dia menjawab, saya seorang Sunni secara identiti, tapi keyakinan (aqidah saya) adalah Syiah. Saya kira tidak perlu menolak aqidah saya.”

Syaikh An-Nujaimi yang juga merupakan pakar rujuk dan anggota panel Dewan Syariah Amerika Syarikat, menulis, “Saat El-Baradei mengumumkan aqidah Syiahnya, maka ramai orang mengritiknya. Tetapi dia menjawab, ‘Menyatakan kebenaran demi kebebasan, kehormatan dan nilai-nilai kemanusiaan akan selalu berlanjutan selama umur masih ada, dan revolusi akan menang’.”

Syaikh An-Nujaimi turut menambah dengan mengatakan bahawa El Baredei juga mempunyai saham dalam pembinaan 'Husainiyah' di Mesir dan kerap berhubungan dengan negara Iran melalui isterinya yang berasal dari Iran, namun bila ditanya oleh media massa, El Baradei hanya mendiamkan diri.

Bahkan Syaikh An-Nujaimi menegaskan bahawa telah nampak tasyayyu’ (kecenderungan Syiah) dari Jeneral Kudeta Abdul Fattah Al Sisi, sebagaimana An-Nujaimi berpendapat bahawa Al Sisi adalah seorang Syiah setelah dilihat dari beberapa aspek :

1. Kerjasama erat diantara Al-Sisi dengan El Baredei dan Bablawy.
2. Menggerakkan 'badan penyiasatan' untuk membentuk gerakan Tamarrud (pemberontakkan) terhadap presiden yang sah.
3. Kuatnya hubungan dengan Hamdan Shabbahi, rakan pemimpin “Hizbullah” Lebanon.

Terakhir, Syaikh An-Nujaimi kembali mengingatkan negara-negara Teluk untuk menyelamatkan Mesir dari bahaya Syiah, “Wahai negara-negara Teluk selamatkanlah Mesir dari (bahaya) Syiah!” - Salam-Online / Arrahmah

Post a Comment

0 Comments