Oleh : Jebat
Jika selama ini Pakatan Khawarij sibuk merekayasakan Kerajaan Persekutuan sebagai 'zalim', 'tidak berperikemanusiaan', hari ini nampaknya sumpah seranah yang mereka baling kepada kerajaan Persekutuan kembali ke muka-muka mereka. Tetapi hari ini, mereka dah ikut sama [rujuk disini]
Kerajaan Persekutuan sudah lama mengenal 'perangai rakyat Malaysia' yang gemar membazirkan air. Maka kerajaan mengambil inisiatif mengenakan 'bayaran tambahan' agar rakyat dapat berjimat cermat dan tidak membazirkan penggunaan air. Namun begitu bila kerajaan persekutuan mengambil inisiatif seperti ini, maka Pakatan Khawarij mulalah melakukan propaganda bahawa kerajaan cuba bertindak zalim terhadap rakyat.
Jadi hari ini kita hendak bertanya kepada pembangkang, apakah pula tindakan ini sebagai satu tindakan 'yang berhemah'? Atau mungkin ini juga sebahagian dari kerangka untuk 'UBAH' tarif air daripada Murah kepada Mahal? Dan setelah berjaya mengekalkan Pulau Pinang dalam genggaman DAP, 'INI KALI LAH' bil air dinaikkan. Dikalangan bloggers Pro Khawarij juga diam dari berkata-kata... Malah bloggers dari Parti Islam dan Parti Keadilan sendiri tidak mengeluarkan sebarang kritikan. Apakah ini tandanya kalian bersetuju dengan 'kezaliman' kerajaan CINA DAP Pulau Pinang??
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.