BOLEH KE ORANG ISLAM MAKAN BUAYA?

Oleh :  Ibnu Dzulkifli As-Samarindy
Transliterasi ke dalam Bahasa Melayu oleh : Jebat

Buaya adalah adalah reptilia bertubuh besar yang hidup di air. Secara ilmiah, buaya meliputi seluruh spesies anggota suku Crocodylidae, termasuk pula buaya ikan (Tomistoma schlegelii). Meskipun demikian, nama ini dapat pula diperhatikan, terdapat kelonggaran untuk menyebut ‘buaya’ aligator, kaiman dan gavial; yakni kerabat-kerabat buaya yang berlainan suku.

Buaya secara umumnya menghuni habitat perairan tawar seperti sungai, danau, rawa dan tanah pamah yang basah dan lain-lain lagi. Namun ada pula yang hidup di air payau seperti buaya muara. Makanan utama buaya jenis ini adalah terdiri dari haiwan-haiwan bertulang belakang seperti ikan, reptilia dan mamalia (Wikipedia)

Disebutkan bahawa makanan utama buaya adalah haiwan-haiwan bertulang belakang seperti ikan, reptilia dan mamalia dan kalau boleh kita tambahkan dsini bahawa makanan sampingan buaya adalah manusia.

Sesuatu yang sudah kita maklumi bahawa hampir setiap bulan ada saja khabar tentang korban yang diterkam buaya, baik meninggal mahupun hanya luka-luka di sebagian daerah.

Para ulama berbeza pendapat tentang buaya ini, apakah halal utuk dimakan atau tidak, berikut pendapat dan fatwa mereka.

Dinukilkan dari Imam Ahmad Rahimahullahu bahwa beliau berkata : "(Boleh) dimakan semua yang berada di laut (air) kecuali katak dan buaya. Beliau menambah : kerana buaya adalah haiwan pemangsa dan memakan manusia"

Imam As-Syafi’i Rahimahullahu juga berpendapat bahwa buaya tidak boleh dimakan .(Tafsir Al-Qurthubi, Al-Maidah : 96)

Berkata Abu Hanifah dan Sufyan Ats-tsauri Rahimahumullahu : “Tidak dibenarkan (makanan) dari laut (air) kecuali ikan” 

Berkata Ibnu Abi laila dan Imam Malik : “Diperbolehkan semua apa yang terdapat di dalam laut termasuk katak dan yang lainnya” (Zaadul Maisir, Al-Maidah : 96)

Lajnah Dai’imah Lil Buhuts Wal Ifta’ (Dewan tetap untuk perbahasan dan fatwa) Arab Saudi :

Adapun buaya, maka ada yang mengatakan bahawa boleh dimakan berdasarkan keumuman ayat dan hadis yang telah disebutkan, dan ada juga yang mengatakan bahawa tidak boleh dimakan disebabkan dia termasuk yang memiliki taring dari kalangan hewan buas. Dan pendapat yang kuat adalah pendapat yang pertama (3/538)

Ibn Utsaimin Rahimahullahu berkata  "Dan Yang sahih, sesungguhnya buaya tidak dikecualikan dan boleh dimakan"

Kemudian beliau berkata : “Maka yang benar, bahawa sesungguhnya tidak dikecualikan dari hal itu sesuatu apapun, dan sesugguhnya semua haiwan laut yang tidak hidup kecuali di air adalah halal, hidupnya atau bangkainya berdasarkan keumuman ayat yang mulia yang telah kita sebutkan sebelumnya…” (As-Syarhul Mumti 15/35)

Syaikh Alu Bassam Rahimahullahu dalam Syarah Bulughul Marom juga menguatkan pendapat tentang halalnya semua binatang laut tanpa termasuk buaya.

Dan setelah dilihat-lihat fatwa ulama yang banyak tersebut, yang tidak semuanya kami nukil disini maka semuanya kembali kepada dalil-dalil ini :

Ulama yang membolehkan berdalil dengan keumuman ayat :


أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ

Ertinya : "Dihalalkan bagi kalian binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut” (Al-Maidah : 96)

Dan yang mengharamkan buaya berdalil dengan hadis Abi Tsa’labah Radiyallahu ‘anhu :


 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – نَهَى عَنْ أَكْلِ كُلِّ ذِى نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ

Ertinya : “Sesungguhnya Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam melarang untuk memakan seluruh binatang buas yang bertaring” (HR. Bukhari No. 5530 dan Muslim No. 1932).

Dan kesimpulan yang kami dapatkan lebih kurang seperti ini :

Para ulama boleh dikatakan tidak ada yang berselisih bahawa binatang buas yang memiliki taring yang merupakan hewan darat adalah haram….,  seperti singa, serigala, dan lain-lain. Dan seandainya saja buaya ini adalah haiwan darat yang tidak mampu hidup di air mungkin tidak akan ada yang perselisihan yang kuat tentangnya. Kerana hadis Abi tsa’labah RAadiyallahu ‘anhu diatas sangat jelas. Begitu juga seandainya saja buaya adalah haiwan air yang tidak mampu hidup di darat dalam waktu yang lama mungkin saja perselisihan pendapatnya tidak akan kuat, kerana akan dihukumi seperti haiwan buas air yang bertaring seperti ikan yu, iaitu halal dimakan.

Dan punca terjadinya perbezaan ini adalah kerana sebahagian ulama menetapkan bahwa buaya adalah haiwan air, maka mereka berhukum dengan seperti halalnya ikan yu. Dan sebahagian yang lain menetapkan bahawa buaya adalah haiwan yang mampu hidup di dua alam dan masalah ini pun terjadi perbezaan pendapat di kalangan para ulama. Maka pendapat yang paling kuat adalah pendapat Asy-Syafi’iyah yang menyatakan bahawa seluruh hewan yang hidup di dua alam baik yang masih hidup mahupun yang sudah jadi bangkai seluruhnya adalah halal seperti ketam dan lain-lain kecuali katak (Kerana ada hadis yang melarang membunuh katak , maka tentunya haram pula memakannya kerana tentunya tidak boleh dimakan kalau tidak dibunuh.) 

Akan tetapi pendapat ini pun masih umum, kerana hanya menyebutkan haiwan umum yang hidup di dua alam dan tidak spesifik menyebutkan tentang haiwan buas bertaring yang hidup di dua alam.

Sehingga letak perbezaan pendapat yang paling kuat ada di tiga isu utama :
1. Penggolongan buaya, apakah ianya haiwan air atau haiwan dua alam?
2. Hukum binatang yang hidup di dua alam?
3. Hukum binatang buas bertaring yang hidup di dua alam

Sebagaimana yang sudah kami sebutkan diatas, kalau ditetapkan sebagai haiwan darat maka haram dan kalau ditetapkan sebagai haiwan air, pendapat yang sangat kuat adalah halal. Dan kalau ditetapkan sebagai haiwan dua alam maka terkumpul antara hukum yang membolehkan dan hukum yang melarang, dan kami lebih cenderung dengan pendapat yang mengharamkan, berdasarkan kaidah fiqih yang kuat yang banyak disebutkan ulama yang diantaranya disebutkan oleh Ibn Utsaimin Rahimahullahu :


 وإن يجتمع معْ مبيحٍ ما منع … فقدمَن تغليبا الذي منع

 “Dan apabila terkumpul bersama sesuatu yang membolehkan bersama sesuatu yang melarang, maka kebanyakkan kita mendahulukan yang melarang”

Hal ini kerana meninggalkan sesuatu yang meragukan tentunya lebih selamat dibanding jatuh dalam keharaman.

Dan yang kedua kita berusaha menjauhi yang subhat, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam :


فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَ عِرْضِهِ

Ertinya: "Barangsiapa yang meninggalkan syubhat, maka dia telah meyelamatkan agama dan harga dirinya." (HR. Bukhari No. 52, Muslim No. 1599 dari hadis Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu)

Dan juga hadis hasan bin Ali Rhadiyallahu ‘anhuma,  Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam bersabda :


دع ما يريبك إلى ما لا يريبك

Ertinya : “Tinggalkan perkara yang meragukanmu menuju kepada perkara yang tidak meragukanmu” (HR. Tirmidzi, An-Nasa’i. Lihat Shohih At- Targhib wat  tarhib No. 1737)

Akan tetapi harus diingat kembali bahawa perkara ini adalah masalah khilafiyah ijtihadiyah dan tidak selayaknya saling mencela dan menghajr di dalamnya.

Wallahu a’lam
 10 Syawal 1432 H
 60st, Near of Ijaba Mosque
Sumber : assamarindy.wordpress.com

Komen Jebat : Kami tak akan makan.... Walaupun dibagi free...

Post a Comment

3 Comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.