Orang Syi’ah telah menjadikan perkuburan 'imam-imam' mereka baik imam yang didakwa mereka atau yang hakiki sebagai tempat yang haram dan suci (seperti tanah haram Makkah). Maka kota Kufah adalah tamah haram, Karbala tanah haram, dan Qom juga tanah haram. Mereka meriwayatkan dari As Sidiq : “Sesungguhnya Allah memiliki tanah haram iaitu kota Makkah, dan Rasulullah memilik haram iaitu kota Madinah, dan Amirul mukminin memiliki tanah haram iaitu kota Kufah dan kita memiliki haram iaitu Qom.
Karbala menurut mereka lebih afdhal (utama) dari Ka’bah. Hal ini dapat dilihat dalam kitab “Al Bihaar” dari Abi Abdillah bahawasanya dia berkata : “sesungguhnya Allah telah mewahyukan ke Ka’bah; kalaulah tidak kerana tanah Karbala, maka Aku tidak akan mengutamakanmu, dan kalaulah tidak kerana orang yang dipeluk oleh bumi Karbala (Husain), maka Aku tidak akan menciptakanmu, dan tidaklah Aku meciptakan rumah yang mana engkau berbangga dengannya, maka tetap dan berdiamlah kamu, dan jadilah kamu sebagai dosa yang rendah, hina-dina, dan tidak bongkak dan sombong terhadap bumi Karbala, kalau tidak, pasti Aku telah buang dan lemparkan kamu ke dalam Jahanam.[1]
Tercatat juga di dalam kitab “Al Mazaar” karangan Muhammad An Nu’man yang diberi gelaran Syaikh Mufid, di dalam Bab “Ucapan saat berdiri di atas kuburan” iaitu orang yang menziarahi kuburan Husain mengisyaratkan dengan tangan kanannya sambil mengucapkan doa yang panjang, diantaranya :
“Saya datang menziarahimu untuk mencari keteguhan kaki di dalam berhijrah kepadamu. Dan sungguh saya telah meyakini bahawasanya Allah Jalla Tsanaauhu, dengan sebabmu Dia melapangkan kesulitan, dan dengan sebabmu Dia menurunkan Rahmat, dan dengan sebabmu Dia menahan bumi yang jatuh bersama penduduknya, dengan sebabmu Allah mengukuhkan gunung-gunung di atas posisinya, dan sungguh saya telah menghadap (munajat) kepada Rabbku, bahawa dengan sebabmu wahai tuanku untuk menyelesaikan hajat keperluan dan keampunan dosa-dosaku.”
Juga tercatat dalam kitab “Al Mazaar” tentang keutamaan kota Kufah, dari Ja’far Al Sodiiq ia berkata : “Tempat yang paling mulia (utama) setelah haram Allah dan haram rasul-Nya adalah kota Kufah, kerana kota Kufah Suci bersih. Di sana terdapat kuburan para nabi dan rasul dan ahli wasiat yang jujur, dan di sana terlihat keadilan Allah, dan di sana datang Qaimah (penegak) dan pengegak-penegak setelahnya, Kota Kufah itu tempat turunnya para nabi dan ahli wasiat serta orang-orang yang soleh[2].
Lihatlah wahai pembaca yang budiman, bagaimana mereka itu jatuh dalam kesyirikan, kerana mereka meminta kepada selain daripada Allah dalam menyelesaikan dan memenuhi hajat keperluan, meminta dan memohon pengampunan dosa-dosa kepada manusia. Bagaimana mungkin hal itu terjadi, sedangkan Allah telah berfirman :
وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ
Kita berlindung dengan Allah dari perbuatan syirik.
--------------------------------------------------------------------------------
Rujukan
[1] Kitab Al Bihaar : (10/107)
[2] Kitab Al Mazaar, karangan Muhammad An Nu’man yang diberi gelar dengan syeikh Mufid, hal : 99.
1 Comments
Syiah, antara tentera Iblis l.a. menyesatkan manusia bg meramaikan kawanannya di Neraka. Serba berlainan dgn Islam.
ReplyDeleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.