Calon Bebas, Mr. Bean mengumumkan dirinya sebagai pemenang dalam Pilihanraya Kampus Universiti Malaya menewaskan Calon-Calon dari PRO-M dan PENGGERAK MAHASISWA.
"Saya yakin menang. Sebab tu saya umum awal-awal." ujarnya sejurus seminit selepas tempat pengundian dibuka.
"Jika saya kalah, maka ini adalah konspirasi, penipuan, Pro M dan Penggerak Mahasiswa serta SPR UM. Mereka dengki dengan saya sebab saya best!!!"
Tambahnya lagi, mahasiswa UM sudah bosan dengan sikap Pro-M yang hanya pandai bercakap tapi tidak mampu melaksanakan tugas begitu juga dengan Penggerak Mahasiswa UM yang hanya pandai melaksanakan tugas tetapi tak reti bercakap.
"Saya dipilih bukan sahaja sebab saya reti bercakap, tetapi juga saya hebat dalam bertindak"
Ditanya para wartawan siapakah yang akan dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua dan barisan exconya, beliau berkata, kesemua calon yang memenangi kerusi umum akan dilihat berdasarkan kriteria yang diidamkan oleh beliau.
"Cantik dan cun. Itu penting. Yang lain saya boleh tarbiah dorang dan seterusnya menjadi calon Isteri saya sejurus saya menamatkan pengajian."
"Untuk kali ini, walaupun saya bertanding, saya pangkah calon-calon yang cun bagi memuaskan hati saya." ujarnya mengakhiri sidang media di banggunan peperiksaan.
CALON-CALON NAIB YANG DIPERTUA DAN EXCO TERMASUK CALON ISTERI PILIHAN MR. BEAN
[Walaupun bukan semua dalam gambar berkumpulan ini adalah calon kecuali yang bertudung biru. Namun Mr. Bean yakin mereka diperlukan dalam]
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.