PRO M UM DAN PENGGERAK MAHASISWA UM MAIN TIPU : MR BEAN

Oleh : Epul

KUALA LUMPUR, 28 November : "Keputusan yang penuh dengan konspirasi dan unsur penipuan."


Itulah yang diungkapkapkan oleh Calon Bebas dari Fakulti Perubatan Tradisional UM, saudara Mr. Bean sejurus kalah dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya hari ini.


Dalam keputusan yang diumumkan petang tadi, calon bebas ini tidak menerima sebarang undi hatta yang datang dari dirinya sendiri ekoran namanya tidak tersenarai sebagai calon dalam pilihanraya kali ini.


"Dorang dengki...dorang potong nama saya pada hari mengundi. Sistem E-Voting ini penuh dengan unsur sabotaj dan penipuan"ujarnya.


Ditanya wartawan mengenai tindakannya selepas ini, Mr. Bean menegaskan beliau akan berdemo di setiap kolej bagi menuntut haknya sebagai seorang Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.


"Saya akan tuntut hak saya. Saya akan panjat pagar kolej dan pintu pagar universiti. Tak cukup itu, pagar Masjid Ar-Rahman pun saya panjat. Saya akan baling cat kat semua orang yang tak mengundi saya termasuk diri saya sendiri. Saya akan purak-purak mati kena pijak ketika jalan tengah lengang di waktu malam. Malah saya akan baring ditengah jalan demi solidariti untuk diri saya. ALL for Me!!!"


Dalam pada Mr. Bean turut menjelaskan bahawa beliau tidak akan mengiktiraf keputusan berkenaan sekaligus menabalkan dirinya sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM.


"Saya adalah YDP MPM UM yang sah!!! Saya tak peduli.. Selain dari saya, mereka adalah YDP yang haram!!!" katanya.


"Punah harapan saya nak melantik Naib saya dan barisan exco yang cantik-cantik dan jambu-jambu," ujarnya mengakhiri sidang media di bawah pokok beringin berdekatan dengan Perpustakaan Utama UM sambil mengelap air mata.



Keputusan RASMI 
PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA SESI 2013/2014

PRO-MAHASISWA : MENANG 26 KERUSI
PENGGERAK MAHASISWA : MENANG 14 KERUSI
BEBAS : MENANG 3 KERUSI

Pro-Mahasiswa secara rasmi berjaya memenangi 7 daripada 9 kerusi umum.

Keputusan Senarai Pemenang (UMUM) :

1) Kamarul Setapa
2) Fahmi Zainol
3) Amiruddin Ali
4) Kevin Gan
5) Yu Hong
6) Syamimi
7) Yoke Kong
8 ) Putra (Penggerak Mahasiswa)
9) Teh Dick Shen (Penggerak Mahasiswa)


Post a Comment

1 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.