PENGERUSI PRO-M UM TAK SEPATUTNYA PINGGIRKAN CALON AKADEMI PENGAJIAN ISLAM : MR BEAN

[Tanda Bulat : Bekas calon-calon kerusi UMUM dari API pada PRK yang lalu]

Oleh : Epul

Kuala Lumpur, 27 Nov : Calon Bebas, Mr. Bean hari ini mempersoalkan tindakan Pro Mahasiswa Universiti Malaya pada kali ini yang tidak meletakkan sebarang calon mahasiswa dari Akademi Pengajian Islam bagi bertanding dalam kerusi umum dalam Pilihanraya Kampus kali ini.

"Ini satu kepelikkan yang amat jelas. Jika selama ini, calon dari Akademi Pengajian Islam inilah yang menjadi teras kepada kekuatan Pro-M UM, namun kini mereka dipinggirkan. Lihatlah pada pilihanraya yang lepas. PRO-M berjaya di kerusi UMUM atas kekuatan calon dari API. Malah berani saya katakan, tanpa mahasiswa API, PRO-M tak kemana," ujarnya.

Tambah beliau lagi, tindakan pengerusi Pro-M UM yang terbaru kini jelas melanggar prinsip PRO-M UM ketika mula-mula dilancarkan.

"Masakan hanya mahu kelihatan 'TIDAK TERLALU ISLAMIK' maka pejuang-pejuang ISLAM ini diketepikan?"

Ujarnya lagi, pengerusi Pro Mahasiswa UM seharusnya sedar bahawa kelebihan memiliki calon-calon yang bakal bergelar ustaz dan ustazah inilah yang membuatkan PRO-M diterima oleh warga kampus.

"Penggerak Mahasiswa dah la dilihat tak 'Islamik Sangat', kenapa pula PRO-M nak terikut-ikut permainan mereka".

Beliau turut berpendapat bahawa, tindakan PRO-M UM tidak meletakkan sebarang calon dari API adalah disebabkan terkesan kepada persoalan yang dibangkitkan dalam debat diantara pengerusi Pro M UM dengan Penggerak Mahasiswa UM baru-baru ini.

"Saya tahu bahawa dia terkesan dengan soalan ketika debat ala presiden baru-baru ini yang menyatakan PRO-M dilihat terlalu Islamik. Walaupun ritorik jawapan beliau menarik, nampaknya beliau sudah termakan dengan 'aura' soalan tersebut melalui tindakan yang dia lakukan pada PRK kali ini"

Dalam masa yang sama Mr. Bean menyeru warga mahasiswa API UM supaya bermuhasabah diatas tindakan yang dilakukan oleh pengerusi PRO-M UM ini. Beliau juga turut menyeru mahasiswa API agar memboikot atau melakukan undi protes pada PRK kali ini. 

"Bagi saya ianya satu pengkhianatan dan penghinaan kepada mahasiswa API yang selama ini menjadi teras kepada kekuatan PRO-M UM. Untuk itu undilah saya sebagai tanda pengajaran buat mereka." ujarnya mengakhiri sidang media. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Maklumlah si puak muda LIBERAL Islam/Melayu, makin MENGUASAI UMNO mahupun PAS!

    Maka, anak muda kita terus diJAHANAMkan budaya syaitan KAPIR Illuminati Barat-Zionis, yg. mencipta dan memaksa falsafah, budaya dan undang-undg liberal Barat-Zionis ke atas seluruh Dunia termasuk Dunia Islam - tetapi sebenarnya di mana gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus memuja wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. awam, dadah, alkohol dan perjudian dsbnya - akan terus menjahanamkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam, terutamanya anak muda Islam, yg. sering TERSIHIR dgn. industri seni Hollywood/Barat-Zionis!

    Apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone. Dlm. industry seni Barat, tamadun syaitan Illuminati ini juga diPUJA oleh kebanyakan kumpulan KAPIR Heavy Metal/mana-mana artis yg. berperangai-BUAS-mcm-haiwan, termasuk Madonna, Lady Gaga, Kei$ha; Rihanna, Beyonce, Miley Cyrus dsbnya – lihat http://www.altheadlines.com/famous-illuminati-members-13248490/, Famous Illuminati Members, By: David Veritas, May 14, 2013; dan http://www.altheadlines.com/top-10-illuminati-symbols-hidden-in-plain-sight-13249963/, Top 10 Illuminati Symbols Hidden In Plain Sight, By: David Veritas, July 23, 2013.

    Illuminati ini juga disyaki diKETUAI pemimpin dan jutawan-jutawan paling berkuasa lain di Barat-Israel termasuk Soros, Adelson (yg. ingin bom dgn. nuklear ke atas Iran), Rockefeller, Rothschild, Bloomberg dsbnya, serta Obama/Bush-Cameron/Blair-Sarkozi/Hollande/Fabius-Merkel-Netanyahu-House of Windsor (Queen Elizabeth juga dikenali sbg. "Ratu Israel"), yang ingin menubuhkan SATU K'jaan Dunia Syaitan mutlak di bawah New World Order (NWO), berpusat di London, di mana tuhan mereka sebenarnya ialah Syaitan (lihat di http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/, The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)., tapi bertopengkan agama Yahudi-Kristian Zionis.

    Makcik Sambal Belacan – sungguh SAYU mengenang lagu ASLI Melayu PUSAKA INDAH kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham-Allahyarham Kamariah Noor (mana gelaran utk. JASAnya) atau Puan Sri Saloma (AMN) [isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee (AMN)] - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Allahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup MELARAT di http://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk , Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro (ROYALTI BERJUTA dr. filem/lagu P. Ramlee/Saloma yg. BERLAMBAK – adakah dgn. si KAPIR Shaw Brothers di S'pura tu?!)

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.