POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

PILIH AKU UNTUK JADI WAKIL KORANG KAT UM : MR. BEAN

Oleh : Haprakah dan Suara Kebabilan

KUALA LUMPUR, 26 Nov : Calon Bebas, Mr. Bean hari ini menggesa mahasiswa terutama mahasiswa Universiti Malaya agar memilih beliau sebagai wakil tunggal yang akan mengisi semua jawatan dalam MPP UM bagi sesi 2013/2014.

Ketika ditemui di Kompleks Perdana Siswa petang tadi, beliau menegaskan perlunya ada calon yang rajin berdemonstrasi tetapi malas dalam belajar bagi mengetuai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya.

"Kita kena tunjukkan kepada pihak luar, bahawa kita ini hebat!!!" 

Tambahnya lagi, mahasiswa UM seharusnya tidak hanya melihat perpustakaan dan menghadiri kuliah itu sebagai medium mendapatkan pendidikan.

"Kita ada Universiti Dataran Merdeka yang diasaskan oleh Pejuang Hippies Tak Beraqidah, Saudara Fahmi Reza. Seharusnya kita ikut beliau, tak kiralah kita ni dari Akademi Pengajian 'Isle' sekalipun atau memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa 'Isle'." Ujarnya.


Percampuran lelaki dan perempuan....

Dalam pada itu berdasarkan pemerhatian kami, Pro Mahasiswa UM kini semakin 'terbuka' dan 'Liberal' hasil dari asimilasi yang berlaku diantara kumpulan berkenaan dengan kelompok-kelompok tidak beraqidah di luar kampus. Ikhtilat atau percampuran diantara lelaki dan perempuan yang sebelum ini amat dibenci oleh Mahasiswi bertudung labuh dan mahasiswa berkopiah putih pada satu ketika dahulu tidak lagi menjadi satu perkara yang dititik beratkan oleh kumpulan ini.

"Lihatlah apa yang terjadi pada Pro M yang kebanyakkannya mengaku sebagai pejuang 'Isle'. Inilah yang kita mahukan. Kutuk dan perli orang lain. Menyuruh orang lain berhukum dengan hukum ALLAH, tetapi diri sendiri buat tak apa. Mungkin ini hasil tarbiah Syiah kepada mereka." ujarnya mengakhiri sesi sidang media.

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.