SETELAH KANTOI MENIPU DALAM ISU HUDUD @tantawi100 KANTOI MENIPU PULAK DALAM TAFSIR HADIS


Oleh : RPM

Tantawi dalam penghujjahannya memperkatakan bahawa

"para ulama dalam mentafsirkan hadis ini"

Namun kami nak bertanya... Siapa ulama yang mentafsirkan hadis berkenaan dalam erti kata yang difahami oleh Exco PAS dan Mantan KP PAS itu? Kerana ternyata, dalam ucapannya, Nasruddin Hassan Tantawi gagal menyebutkan nama-nama ulama berkenaan.

Berbanding pula dengan Ustaz Dr. Fathul Bari dalam respon yang diberikan memberikan nama-nama para ulama yang menafsirkan hadis berkenaan yang nyata berbeza dan berlainan dengan pemahaman Exco PAS itu. Dalam penghujjahannya, Dr. Fathul Bari membawakan nama-nama ulama yang berikut dalam menafsirkan hadis berkenaan ;

a) Al Imam Syamsul Haqqi A'bbadi
b) Mubbaraq Furri
c) Ibn Hajjar As-Qalani
d) Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah

Dalam hadis berkenaan para ilmuan yang dirujuk oleh Ustaz Dr. Fathul Bari, memberikan penafsiran yang ternyata berbeza dengan apa yang diputar belitkan oleh Tantawi. Adakah ini salah satu dari kaedah penipuan Tantawi setelah putar belit fakta pertama yang pernah beliau ucapkan dalam siri Debat di Karangkraf pada tahun lepas (2012)??




Kepada Dr. UIA kat Kuantan... Serahkan semula penafsiran hadis kepada PAKARNYA (macam ucapan kau sebelum ini). Mungkin kau tak tau, Dr. Fathul Bari ini PHD nya dalam kajian hadith. Jadi memang silap banyaklah kalau Tantawi dan kau nak seleweng makna hadis.

Post a Comment

0 Comments