BAKAL BERGELAR BEKAS BANDUAN, @tianchua PERLUKAN VISA UNTUK MEMASUKI JEPUN

Tian Chua dipenjara sebulan langgar arahan Perintah Kawasan Larangan

KUALA LUMPUR, 23 JANUARI 2014 - Naib Presiden PKR, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Tian Chua.

Post a Comment

2 Comments

  1. Bagus-bagus......kan dah lama Tian Chua ni nak merasa duk kat jel .Sebab tulah macam-macam dia buat.Telentang tengah jalan la..gigit orang la...
    Tercapai jugak hajatnya...YAHOO!!!! Yeipei..yeipei!!!1...

    ReplyDelete
  2. Dh kata peruntukan penjara sampai dua tahun,sepatutnya gunakan sepenuh peruntukan penjara tu

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.