Apa nak jadilah dengan 'Sultan Melaka' ni. Tak habis-habis kau nak mengusik orang. Hari tu kau usik MAZA sampai MAZA jadi bisu tak terbalas twitt kau. Hari ini kau usik Nurul Izzah plak. Kepada 'Sultan Melaka' lantak kaulah. Kepada Nurul Izzah dan suaminya, carilah langkah terbaik. Penceraian walaupun bukanlah sesuatu yang diharamkan dalam Islam, namun fikirkanlah masa depan anak-anak anda. Dan dalam masa yang sama bermuhasabahlah dengan diri anda. Kengkadang ujian yang diberikan oleh ALLAH ini adalah sebagai satu peringatan dari apa yang pernah kamu sekeluarga lakukan kepada orang lain.
-------------------------
NURUL IZZAH FAIL FASAKH
Oleh : SITI NOORALINA AHMAD
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disahkan memfail penceraian terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Syariah Jalan Duta.
Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud.
Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, pada akhir Disember tahun lalu.
Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.
Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wujud pihak ketiga disebalik keretakan hubungan pasangan berkenaan.
Pegawai mahkamah mengesahkan kes perceraiaan anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berada dalam sistem mahkamah.
Difahamkan kes itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan hakim, Ab Malek Awang.
Cubaan Ganggu Perkahwinan
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita perceraiannya yang menjadi topik perbualan hangat sejak tengah hari Khamis adalah cubaan untuk mengganggu perkahwinannya.
Menerusi kenyataan tiga perenggan Nurul Izzah, 33, dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim, 35, pasangan itu kini 'gigih memastikan kelangsungan perkahwinan mereka'.
"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata mereka.
Bagaimanapun menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, pasangan berkenaan tidak menafikan berita tentang tuntutan cerai Nurul Izzah.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," tambah pasangan itu.
Berita tuntutan penceraian anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mula tersebar sejak tengah hari Khamis.
Berikut adalah Kenyataan Media Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir
KENYATAAN MEDIA
23 Januari 2014
Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
Keluarga kami menjadi keutamaan.
Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.
Kenyataan Media
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar
Sumber : http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140123/dn_41/Nurul-Izzah-fail-fasakh
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.