KENYATAAN AKHBAR MENTERI LUAR NEGERI : DALAM ISU PENGUSIRAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DARI MEMASUKI JEPUN

KENYATAAN AKHBAR
YANG BERHORMAT DATO ' SRI HJ ANIFAH AMAN ,
MENTERI LUAR NEGERI , MALAYSIA
RESPON KEPADA ISU PENGUSIRAN OLEH KERAJAAN JEPUN KE ATAS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Adalah satu perkara yang mengecewakan apabila diketahui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihalang untuk memasuki Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Kementerian Luar Negeri, Malaysia (Wisma Putra) mengetahui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memasuki Jepun pada tahun 2006, 2009 dan 2012 tanpa sebarang halangan.

Dalam hal ini, tuduhan 'tangan tersembunyi' sama sekali tidak berasas dan Kementerian tidak mahu membuat spekulasi politik mengenai hal tersebut.

Selain itu, baik Kementerian mahupun Kedutaan Besar Malaysia di Jepun, TIDAK dimaklumkan perjalanan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia adalah atas jemputan peribadi daripada Pengerusi Yayasan Nippon dimana beliau diminta membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam. Pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Tokyo juga tidak dihubungi apabila kejadian ini berlaku.

Menteri Luar Negeri
PUTRAJAYA

20 Januari 2014

----------------------

English


PRESS STATEMENT BY
THE HONOURABLE DATO’ SRI ANIFAH HJ. AMAN,
MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS, MALAYSIA
IN RESPONSE TO THE ISSUE OF DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BEING DENIED ENTRY INTO JAPAN

It was unfortunate that Datuk Seri Anwar Ibrahim was denied entry into Japan at the Narita International Airport.

The Ministry of Foreign Affairs, Malaysia (Wisma Putra) noted that Datuk Seri Anwar Ibrahim was able to enter Japan in 2006, 2009 and 2012 without any hindrance.

In this regard, the purported ‘hidden hands’ that may be at work is totally unfounded and the Ministry does not wish to speculate on the political agenda. 

Additionally, neither the Ministry nor the Embassy of Malaysia in Japan was informed of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s trip since it was at the personal invitation of the Chairman of the Nippon Foundation to present a paper on Muslim Democrats. The Malaysian Embassy officials in Tokyo were also not contacted when the incident occurred.

Minister of Foreign Affairs
PUTRAJAYA

20 January 2014

Post a Comment

1 Comments

  1. Sebagai manusia yang kerdil aku takut dan mohon keampunan kepada Allah SWT,Tuhan Yang Maha Esa. Tapi adakah Al-Jubr pun begitu jua..???

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.