PANG AH NGANG @ PANG TIM KWEE LEMBAGA PENTADIR SEKOLAH YANG RASIS

Oleh : AJ

Kita tak dapat gambar siapakah ahli jemaah sekolah yang mengugut guru berkenaan. Namun ini adalah sedikit dari maklumat yang diterima. Nama sekolah berkenaan, lokasi dan siapa guru besarnya. Apa jua sekalipun, ini membuktikan puak-puak Cina ni dah semakin besar kepala. Nak harapkan PAS membela? Tak payah ceritalah. PKR lagi tak boleh harap. DAP mana mungkin nak tolong orang Islam. 

Bacaan terdahulu : http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/dipaksa-buka-tudung-jika-mahu-mengajar.html#axzz2qXYUrGmX

=====================================


KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO JOHOR

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut. PPUNJ juga merasa amat kesal dengan sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.

PPUNJ berpendapat bahawa hak seorang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam telah dicabuli selain seolah-olah tidak menghormati Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara. Tindakan tersebut juga telah membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya penganut agama Islam di negeri Johor. Untuk itu, saya mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah tersebut sesuai dengan peruntukan undang-undang sedi ada bagi memastikan kes seumpama ini demi tidak berulang lagi.

Saya difahamkan bahawa guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi. Dengan ini PPUNJ juga mendesak pihak polis agar dapat memulakan siasatan segera dan membawa ahli Jemaah Pengurus Sekolah tersebut ke muka pengadilan berdasarkan peruntukan sedia ada di dalam Kanun Keseksaan memandangkan terdapat unsur-unsur ancaman ke atas keselamatan diri guru Islam tersebut. Kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf dari pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam. Tindakan segera dan tegas perlu diambil demi memastikan keharmonian kaum di negara ini terus terjamin. 

Selari dengan amanat YAB Presiden dan Timb Presiden dalam Perhimpuan Agung UMNO yang lalu bahawa UMNO akan terus menjadi perisai agama Islam maka untuk itu, PPUNJ melihat perkara ini secara serius dan akan memainkan peranan bagi memastikan kesucian Islam tidak lagi diperkotak katikkan di Johor ini. Atas sebab itu, PPUNJ hari ini menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada Guru beragama Islam terbabit yang disediakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam). Selain itu, PPUNJ juga akan memastikan keselamatan guru terbabit dan ahli keluarganya sentiasa terjamin.

PPUNJ juga mencabar Pakatan Rakyat khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam bagi menjawab isu ini. Tindakan berdiam diri PAS itu membuktikan yang mereka gagal dalam perjuangannya mempertahan kesucian Islam kerana terlalu tunduk kepada sekutu mereka iaitu DAP dan PKR. Saya berasa kesal kerana kerakusan PAS untuk berkuasa membuatkan mereka sanggup menggadaikan perjuangan Islam.

PPUNJ juga menyeru kepada semua pemimpin politik termasuk dari Pakatan Pembangkang supaya mencontohi kepimpinan Menteri Besar Johor, YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin di atas ketegasannya dalam menjaga kesucian Islam.
Hal ini dapat dilihat dengan penukaran  cuti mingguan ke hari Jumaat, penutupan pusat hiburan yang menjadi sarang maksiat dan tidak membenarkan sebarang kasino beroperasi di Johor.

Akhir sekali, PPUNJ menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa hormat menghormati supaya keharmonian kaum yang kita warisi dari generasi terdahulu di negara ini dapat terus dikekalkan. Semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan agama itu telah terbukti merupakan resipi kepada setiap kejayaan yang telah kita kecapi selama ini. Sama-samalah kita menolak pihak-pihak yang cuba menanam sifat kebencian antara rakyat. Semoga Malaysia terus maju di samping rakyatnya sentiasa hidup dalam suasana aman dan makmur. Insya-Allah.

Hahasrin Hashim
Ketua Pemuda UMNO Johor
Tel: ‪0123834747‬
16 Januari 2014

Post a Comment

3 Comments

  1. Kenapa guru tersebut di pindahkan..ni negara islam...ni negara MALAYSIA..tutp aje sekolah tu..atau..suruh guru besar dan semua ahli jemaah sekolah letak jawatan sertamerta

    Arman md zain

    ReplyDelete
  2. PETALING JAYA, Jan 14 — A Christian pastor has urged both Muslims and Christians to stop spreading their faith amid deepening tensions over the “Allah” row between the two Abrahamic religions.

    Rev Dr Hermen Shastri, general secretary of the Protestant umbrella body, Council of Churches of Malaysia (CCM), said that religious discourse could not continue if non-Muslims are prohibited from propagating their beliefs to Muslims, while the reverse is allowed under the law.

    “So it is better for Christians and Muslims to declare ‘we don’t proselytise anybody’, and we’ll live in peace,” Shastri told a forum on freedom of religion here last night that was mostly attended by non-Malays.



    Article 11(4) of the Federal Constitution prohibits non-Muslims from propagating their faith to Muslims, which has been used as the basis for various state laws throughout Malaysia — except for Penang, Sabah, Sarawak and the Federal Territories — to ban non-Muslims from using certain Arabic words and phrases, including the word for God, “Allah”.

    The Christian minority in Malaysia has been accused of attempting to proselytise to Muslims, with Terengganu Mufti Dr Zulkifly Muda reportedly commending the Selangor Islamic Religious Department (Jais) for confiscating Malay and Iban-language bibles to stem such purported conversion attempts.

    At the forum, Dr Ahmad Farouk Musa, chairman of Muslim think tank Islamic Renaissance Front (IRF), questioned why Muslims could not put themselves in the shoes of Christians who are banned from sharing their faith to Muslims.

    “If I were to live in Australia, and Australia says that I can’t share my beliefs with my friends, I’ll feel like I’m being persecuted,” said Ahmad Farouk.

    “Why can’t Muslims feel the same? Feel what Christian brothers feel when they are prevented from sharing what they believe. Just because we’re the majority in this country, we can do what we like? That’s wrong,” he added.

    - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/for-peace-pastor-wants-muslims-christians-to-quit-converting-others#sthash.CMYkXHHX.dpuf

    ReplyDelete
  3. Gambar pang ah ngan https://www.facebook.com/pang.ahngan?fref=ts

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.