Setelah projek Kampus UiTM Serendah dihalang untuk dibina diatas tanah YBK dengan alasan yang tak munasabah, kini kerajaan Selangor dibawah pemimpin boneka DAP meneruskan agenda 'melingkupkan orang Melayu' dengan merampas institusi pendidikan percuma GiatMARA Selayang. Lebih kelakar, bilamana MB Selangor ini boleh pulak kononnya nak jadikan tapak tanah yang diduduki oleh Giat Mara tersebut sebagai pusat latihan industri penerbangan.
Nak tergelak pun ada bila aku mendengar hasrat 'banggang' si MB Selangor ini. Bukankah banyak tanah yang luas di Selangor ini yang boleh dijadikan tapak 'pusat latihan industri penerbangan' selain dari Giat Mara Selayang ini. Kenapa tanah sekangkang kera ini jugak yang menjadi perhatian? Sedangkan dari segi keluasan tanah, amatlah tidak logik untuk dijadikan pusat latihan aeroangkasa.
Malas nak cakap... Mari kita lihat keratan peta dibawah ini.
Bagi aku, kalau betul MB Selangor ni nak buat sangat pusat latihan penerbangan ni, sepatutnya dia ambil alih tanah jerat cina yang ditandai dengan nombor [2] itu. Ada gaklah logiknya. Tanah besar dan luas. Buat apa membazir tanah semata-mata untuk tujuan perkuburan? Itu antara tanah yang luas yang paling hampir dengan GiatMARA Selayang.
Selain itu juga, MB Selangor boleh sahaja mencadangkan agar Unisel (Universiti Selangor) menubuhkan fakulti berkaitan di Kampus Unisel di Batang Berjuntai. Aku rasa situ lebih sesuai dan strategik.
Sekarang mari tengok peta kedua ini :
Jadi kepada pembaca sekalian, fikir-fikirkanlah.... Disaat kerajaan berusaha memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak bangsa, mereka bertindak sebaliknya.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.