SIAPA MUFTI YANG KENA DOKTRIN YAHUDI?

Oleh : AJ

Nampaknya BARUA-BARUA DAP cukup naik darah dengan Mufti Perak gara-gara menggelarkan kumpulan yang berdemonstrasi sebagai Bughah. Walaupun S.S Harussani sudah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan makna sebenar, namun didapti BARUA-BARUA DAP masih tak boleh menerima kenyataan. Gagal menjawab hujjah, mereka cuba 'divert' isu kepada 'Kelulusan Harussani'. 

Benar, Harussani tidaklah se'cemerlang' Hamka. Malah tahap pendidikan beliau juga boleh dikatakan rendah. Namun adakah kerana tidak memasuki Institusi Pengajian Tinggi, bermakna ilmu yang ada pada dirinya tidak berkualiti? 

Lebih menarik ialah, bloggers berkenaan cuba menarik minat para pembaca dengan menyatakan keberangkatan Harussani ke London adalah sebagai bukti bahawa ilmu yang ada pada dirinya sudah di dakyah dengan minda dan pemikiran Yahudi.

Berikut adalah perkataan bloggers tersebut ;

"Jika belajar Islam bergurukan yahudi adakah anda yakin si yahudi itu tidak menanam doktrin kepercayaannya diselitkan dalam ilmu Islam?

Pelajar yang tidak sependapat dengannya GAGAL dalam kursus PHD tersebut. Pulang kosong tanpa PHD. Tetapi pelajar yang menurut fahamannya akan lulus dan pulang bergaya dengan PHD agama Islam.... Inilah haramjadah sebenar. Gua sedang mencungkil maklumat penuh isu bergurukan yahudi ini."

Namun dalam kegairahan si bloggers mencari 'YAHUDI' yang mengajar Harussani, beliau terlupa bahawa individu yang ditampilkan di dalam blognya juga pernah berangkat ke Britain malah menjadi fellow di sebuah Universiti yang turut menjadi 'pusat dakyah perkembangan dan pemikiran Yahudi'.

Jadi kepada bloggers berkenaan, sebelum nak mencari 'YAHUDI' pada orang lain, kenal pasti juga 'YAHUDI' yang berada di dalam pihak anda. Toksah cakap banyak, berusaha mengamalkan dan memperjuangkan DEMOKRASI TULEN itu sendiri sudah salah satu dari DOKTRIN YAHUDI.

Rujukan :

http://drmaza.com/home/?page_id=585
http://www.lusuka.com/2014/01/mari-tengok-kelulusan-harussani.html

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya sokong anda kerana KITA SELALUNYA LUPA BAHAWA KITA SENDIRI TURUT MENJADI YAHUDI TANPA DISEDARI...kita saja yang betul dan benar...orang lain ,jahat,perasuah dan bagai-bagai lagilah...lupa melhat gajah terbontang depan mata malah mencari-cari,menguis-nguis kuman yang halus diseberang.Alahai MELAYUKU MUSLIM.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.