Oleh : AJ
Bila aku terbaca laporan ini, tak semena-mena aku teringat kes Mona Fendi. Tak apalah. Yang dah lepas tu lepas. Sekarang meh kita tengok kes terbaru yang melibatkan kumpulan ajaran sesat yang telah menculik seorang remaja berumur 19 Tahun baru-baru ini. Laporan penuh adalah seperti dibawah
Dipetik dari : Harian Metro [Muhaamad Hafis Nawawi dan Meor Azlan Meor Kamarul Shahid]
Rawang: Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.
Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai cara apabila dia melawan.
Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.
Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.
“Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja.
KOMEN PM : Nampaknya kumpulan ajaran Sesat ni nampaknya macam ada kecenderungan yang sama dengan 'mamat' yang duduk kat Bukit Segambut tu jer...Kah3...
1 Comments
Saya ada gambar menunjukkan bahawa corak-2 itu digunakan juga sebagai tatu.
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.