'SULTAN MELAKA' KENA CEKUP @tianchua TAK NAK TOLONG KE? 'ADMIN' @drmazacom ATAU @realDrMAZA TAK NAK KELUAR FATWA 'BUGHAH' KE?

Oleh : Bernama / New Straits Times

MELAKA : Polis hari ini menahan seorang individu yang mendakwa menjadi Sultan Melaka. 
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah disiasat di bawah Akta Hasutan. 
  
Beliau berkata Raja Noor Jan Shah telah ditahan pada pukul 10:50 pagi semasa dalam perjalanan ke Pulau Besar untuk menghadiri majlis 'kesyukuran' kebangkitan kesultanan Melaka. 
  
"Penangkapan itu dibuat berdasarkan 10 laporan yang dibuat oleh beberapa organisasi, termasuk badan bukan kerajaan, yang rata-rata melahirkan kebimbangan mengenai individu tersebut" katanya kepada pemberita. 

Pada 8 Januari 2014 yang lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan Melaka menolak sebarang tuntutan oleh Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai Sultan Melaka. 
  
Beliau menambah kerajaan negeri hanya diiktiraf anugerah dan pingat dikurniakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob. 
  
Shah Gzali Khan berkata siasatan mendedahkan bahawa kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah telah menuju Pulau Besar, bagi menghadiri upacara majlis kesyukuran. 
  
"Tiada pengikut ditangkap. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada tindakan mereka. Sesiapa menghalang polis dan penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka akan ditangkap," katanya.

Komen Pena Minang : Tian Chua tak nak tolong ke? Maza tak nak keluar fatwa ker?

Post a Comment

1 Comments

  1. Kalau melibatkan melayu wah cepatnya PDRM dan pej peguam negera??why..

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.