TALBIS IBLIS (PERANGKAP SYAITAN) DALAM MENGAJAK GENG 'PRO-KHAWARIJ' TURUN MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI


Oleh : RPM

Ternyata permainan Syaitan cukup licik dan cantik. Bukan sahaja yang kurang pegangan agamanya akan tergelincir malah yang 'perasan' memahami agama melebihi orang awam yang lain pun turut sama masuk ke dalam perangkap Syaitan.

Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al Baqarah: 208).

Memang benar sambutan tahun baru itu adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan ISLAM malah tidak pernah dicontohi oleh Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabi'in dan tabi'un tabi'in. Malah kesemua ulama mukhtabar yang berpegang diatas manhaj Nabi dan para sahabat menolak perbuatan tersebut malah sesetengah mengharamkan sambutan berkenaan. Dan perkara ini kami bersetuju 100%. Tanpa bantahan.

Namun 'indahnya' perangkap Syaitan, apabila golongan yang merekayasakan 'diri' sebagai 'pejuang Islam' pun turut sama turun pada malam berkenaan. Malah lebih menyedihkan, para wanita yang berhijab, bertudung labuh turut dibawa turun, bercampur (ikhtilat) diantara lelaki dan perempuan. Sedangkan ianya satu perbuatan yang haram lebih-lebih lagi dalam urusan demonstrasi yang juga tidak pernah dicontohi oleh Nabi S.A.W. Sedangkan sebaik-baik solat seoarang wanita adalah dirumah, takkan pula dalam bab demonstrasi ini pula, boleh melangkaui hukum yang terpatri dalam rukun ISLAM?

Ini tidak termasuk segala caci maki, menghalang laluan, membuat kerosakkan, mengacau keamanan, yang kesemua ini jelas tidak pernah diajarkan oleh Baginda S.A.W dan para sahabat. Yang pasti, banyak manusia yang tergelincir dalam perangkap Syaitan. Yang bergembira menyambut tahun baru ditipu dengan kejahilannya. Yang berdemonstrasi, ditipu dengan ilmunya. 

Semoga ALLAH menjauhkan kita semua dari segala perangkap syaitan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Iblis mmg bnyk helah dan tipu daya. Ilmunya tinggi, pengalamannya cukup panjang, kalau dlm perkhidmatan k'jaan dah JUSA A1, kalau lecturer, senior full Prof. kalau doktor dah boleh operate dgn pejam mata je agaknya. Dah jadi sumpahnya utk menyesatkan anak turunan Nabi Adam a.s. dgn apa cara, apa helah walau pun yg berilmu tinggi sekali pun. Hanya kita boleh selamat dgn rahmat dan perlindungan Allah swt. Dan tiada dapat dia menyesatkan hamba hamba Allah swt yg mukhlasin dan tiada dapat dia menguasai org org yg sungguh beriman dan bertawakkal kpd Allah swt semata mata.

    ReplyDelete
  2. Ntah....maleh nk ckp dh. Fikiran singkat betul. Mudah sgt diajak keluar demonstrasi. Natjiah dia.... kosongg....kosong...kosong. Minta cuba fikir skit sedalam2nya sebelum kuar demonstrasi. Nmpk sgt budaya tu dipelopor oleh org barat....konon demokrasi. Walhal salah satu cara utk jatuhkn kerajaan secara bkn pilihanraya. Paling aku sedih sekali dgn geng2 PAS. Adakah itu cara dituntut islam? Heelllllloooo...tok tok guru PAS. Tegur skit anak2 buah. Yg jelas unit amal PAS ikut cara syiah..knp berdiam diri atau nk nafikan. Mmg budaya mcm tu adalah aliran pemikiran syiah.

    ReplyDelete
  3. Bapak iblis mereka sudah berjaya beranak pinakkan anak-anak taksub. Tunggu lah kehancuran apabila satu masa nanti mereka biakkan pula ketua-ketua pejuang dendam yang lengkap bersenjata, mahir membuat provokasi di sokong barisan perundangan putar belit, lidah bercabang- cabang, sesat dan menyesatkan yang dianggap kebenaran !

    Kita telah saksikan dan tahu siapa penganut syiah. Kita tahu gabungan komunis dan cauvinis. Kita di momokkan dengan kefahaman neo-liberal, liberalisme dan sekular yang berselindung di bawah hak asasi. Kini agenda memperkasakan setan bermata satu sudah bermula untuk 2014.... topeng muka sudah di gunakan dengan lambang isyarat sokongan yang mudah di minati oleh yang muda. Tahap berpendidikan di mana ilmu dan kepandaian di guna konon berubah berpaksikan kuasa tersembunyi dunia...

    Guling atau Turun bermaksud terselindung. Kirta faham dari segi perundangan maksud nya di tafsir berbeza. Apabila berjaya dalam permulaan demonstrasi dan meluap di seluruh negara, maksud sebenar akan di penuh-ertikan !

    Malang nya UMNO dan BN (parti komponen beraksi tikam belakang) telah terperangkap dalam politik licik pembangkang. Kini mereka cubakan genetik berdarahkan pula UMNO....

    Melayu akan mematikan melayu di bumi sendiri. Contoh telah terjadi di beberapa negara Islam yang sangsi dengan yang Esa.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.