Oleh : Beruang Biru
Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa beberapa laman Facebook milik pembangkang telah tidak dapat dilayari kerana telah disekat oleh kerajaan. Menurut portal pembangkang itu, antara yang disekat ialah Facebook ‘We Fully Support Pakatan (DAP)’.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bagaimanapun menafikan mengambil tindakan menyekat mana-mana facebook, mahupun apa-apa media milik pembangkang. Menurut Datuk Jailani, kerajaan bersifat neutral dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara semua pihak.
Amatlah pelik sekali apabila pembangkang menuduh kerajaan menyekat suara mereka di dalam media sosial secara tiba-tiba. Walhal, jika kita mengikuti perkembangan semasa di dalam negara, hampir setiap hari ada saja laman milik penyokong pembangkang yang menyumpah seranah ‘kerajaan, Melayu dan Islam’ dan hampir semua dari mereka juga tidak diambil tindakan.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan Malaysia adalah yang paling terbuka sehinggakan ikon biadap pembangkang terhadap ‘kerajaan, Melayu dan Islam’ iaitu Namewee, diberi pengiktirafan dan bantuan untuk terus berkarya memperlekeh kerajaan, Melayu dan Islam sesuka hatinya.
Bertitik-tolak dari Nameweelah maka lahir berpuluh kalau pun tidak beratus-ratus laman sosial peribadi dan juga kumpulan yang wujudnya semata-mata untuk menghentam ‘kerajaan, Melayu dan Islam’.
Justeru, dengan begitu banyak laman sosial yang menjadikan ‘kerajaan, Melayu dan Islam, hatta Raja-raja’ sebagai sasaran, apakah signifikannya facebook ‘We Fully Support Pakatan (DAP)’ sehinggakan ia perlu disekat?
Lagipun, bukankah semua pemimpin DAP juga melaungkan perkara yang sama dengan apa yang diseru oleh laman facebook itu? Kenapa perlu diambil tindakan ke atas facebook tersebut tetapi tidak terhadap pemimpin DAP?
Hakikatnya, tuduhan bahawa laman sosial pro-PR disekat hanya mengesahkan bahawa tentera siber DAP sememangnya wujud. Jika tidak, siapakah yang menjadi admin kepada laman-laman yang dikatakan disekat ini? Siapakah yang mengendalikannya dan siapakah yang menjadi pengunjung setia untuk menekan ‘like’ dan ‘share’ saban hari dan waktu? Apakah benar rakyat Malaysia di kalangan orang-orang Cina benar-benar ketagih kepada facebook pro-PR sehingga sanggup menghabiskan masa membaca dan mempopularkannya secara konsisten setiap hari jika tidak ditugaskan khas untuk melakukannya?
Sikap menyekat kebebasan bersuara adalah sikap pembangkang, bukan kerajaan. Siapa yang boleh lupa ugutan Anwar terhadap wartawan yang berbunyi ‘you ulang, I saman’ hanya kerana si wartawan bertanya soalan yang tidak boleh dijawabnya. Malah, bagi para pelayar laman politik pastinya cukup maklum bahawa sebarang komen negatif terhadap pembangkang di dalam blog atau laman web milik pemimpin mereka, akan dibuang. Jika kita mengulang-ulang mengkritik mereka pula, maka kita akan disekat terus.
Pembangkang juga cukup sinonim dengan seruan memboikot akhbar perdana. Tidak cukup dengan itu, pemimpin pembangkang telah beberapa kali mengadakan simbolik membakar akhbar pro-kerajaan sebagai tanda protes bagi menghalang penyokong mereka membaca dari sumber lain selain daripada mereka.
Pembangkang juga cukup terkenal dengan menghalang wartawan dari media perdana membuat liputan dalam program-program mereka.
Justeru, amatlah memualkan apabila pembangkang berhujah tentang kebebasan media dan menuduh kerajaan menyekat media mereka.
Namun begitu, dari satu sudut lain, mungkin ada baiknya juga jika kerajaan benar-benar mengambil tindakan menyekat laman sosial milik pembangkang yang jelas menghasut dan menjejaskan keharmonian.
Maklumlah, jika tidak disekat pun dituduh menyekat, maka mungkin lebih baik kerajaan benar-benar menyekat saja suara mereka. Sekurang-kurangnya, Malaysia pasti akan lebih aman tanpa suara pembangkang di alam maya.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.