CADANGAN KEPADA @HishammuddinH2O @H2OComms DALAM STRATEGI MENGURUS SESI SIDANG MEDIA #MH370

Oleh : PMO

Sidang media demi sidang media dijalankan bagi memberikan perkembangan terkini mengenai nasib pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014, jam 2.40 pagi.

Walaupun banyak sidang media dijalankan, namun nampaknya wartawan masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri, Pengarah DCA, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Panglima Tentera Udara, CEO MAS Airlines dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam proses Search and Rescue MH370 ini.

Memang benar setiap wartawan memerlukan berita sebagai bahan untuk dijadikan 'sajian' di akhbar, portal, atau rangkaian berita TV mereka. Namun begitu desakan dengan soalan-soalan yang kadangkala melampau-lampau lebih-lebih lagi dari media antarabangsa yang dilihat 'semacam pandai' dalam mencari pesawat berkenaan.

Dan 'serangan media antarabangsa' dengan pelbagai soalan yang kadangkala tidak ada kaitan dengan isu sebenar menjadi ikutan kepada media tempatan yang dilihat agak terikut-ikut rentak media antarabangsa yang pada pandangan penulis misi mereka hanyalah satu : Memalukan Malaysia.

Melihat apa yang terjadi dalam sidang media yang berlangsung setiap 2 jam, penulis ingin membuat satu cadangan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam menyusun jawapan untuk dibicarakan oleh pihak-pihak berwajib pada setiap sidang media agar melaksanakan S.O.P ini sebelum dan selepas sesi sidang media diadakan.

Sebelum Sidang Media :
1. Segala maklumat yang berkaitan di briefing secara detail
2. Memfokuskan sidang media kepada isu-isu tertentu atau membahagikan sesi sidang media mengikut isu-isu yang utama. Contoh : Sidang Media pertama : Isu Mencari dan Menyelamat. Sidang Media kedua : Isu warganegara Iran. Sidang Media ketiga : Isu penglibatan agensi luar. 
3. Menyediakan grafik-grafik yang bersesuaian sebagai alat bantuan dalam taklimat.
4. Membahagi-bahagikan tanggungjawab dalam menjawab soalan yang akan dibangkitkan oleh Media.

Semasa Sidang Media
1. Mulakan dengan salam. Ucap Syahadah.
2. Mendoakan kepada setiap warga yang hadir dalam sidang media agar sentiasa dirahmati ALLAH.
3. Memberikan taklimat dengan jelas. Jika perlukan teks, maka pegawai berkenaan perlu menyiapkan teks ucapan.
4. Mengakhiri taklimat dengan menyerahkan segala-galanya kepada ALLAH sebagai tuhan yang maha mengetahui segala-galanya.
5. Membuka ruang kepada soalan dengan memberikan keutamaan kepada wartawan yang fasih berbahasa Melayu.
6. Menghadkan soalan yang ditanya oleh wartawan asing terutama sekali wartawan-wartawan eropah / Amerika / Australia.
7. Menegaskan dalam setiap jawapan, "walaupun semua langkah telah dilakukan, tetapi manusia adalah makhluk yang lemah dan mengembalikan segala urusan kepada ALLAH." (Masukkan sedikit ayat Al-Quran)
8. Mengajak umat Manusia (Wartawan/Pembaca) segera kembali kepada ALLAH dan menginsafi kelemahan diri.
9. Mengajak umat manusia agar mempercayai kuasa ALLAH tuhan sekelian alam. 
10. Menamatkan sidang media dengan tasbih kifarah.

Selepas Sidang Media.
1. Pegawai terlibat maklumkan semula dengan memberikan komentar dan cadangan kepada Menteri, Pengarah DCA dan lain-lain individu yang terlibat dalam sidang media berkenaan mengenai bagaimana memperbaiki kaedah menjawab pada masa akan datang.
2. Bagi soalan-soalan yang tidak dapat dijawab, pihak berkenaan boleh membuat jawapan bertulis kepada wartawan berkenaan atau menyiapkan teks jawapan untuk dijawab dalam sesi sidang media pada masa akan datang.

Post a Comment

1 Comments

  1. Setuju... jangan layan wartawan asing..ni masing-masing ada agenda dan tunjuk pandai macam tahu apa itu misi mencari.. sebenar mereka ni yang bodoh..harap kerajaan Msia lebih tegas dalam hal ini yang media tak berkaitan tu kena sekat jangan diberi peluang untuk masuk sidang media. hanya yang benar2 ingin mendapatkan fakta sj dan maklumat dibenarkan masuk. yang nak wujud spekulasi dan buat tuduhan tak payah dan boleh dihalau keluar dari msia... media kena ingat ini Malaysia bukan calang2 negara... kalau tak percaya tengok la nanti apa yang terjadi selepas ini membuat semua orang terkejut dan tidak sangka tentang kehebatan Malaysia menangani krisis. Mengharap tak salah ini ...MH370 selamat begitu juga semua penumpang dan krew.
    masa shj belum tiba. Allah Maha Besar.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.