POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

ADA SEBAB ALLAH TAKDIRKAN DR. MAZA TAK JADI TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG @realDrMAZA @drmazacom

Oleh : AJ

Nampaknya ada sebab ALLAH tidak memberikan peluang kepada Dr. Maza untuk naik menjadi seorang ahli politikus. Ini kerana cukuplah kerosakkan yang dibawa oleh rakan senegerinya dari Pulau Pinang, Anwar Ibrahim yang cukup memeningkan kepala rakyat Malaysia dengan nafsunya mahu menjadi Perdana Menteri.

Cakap Tak Serupa Bikin
Inilah taktik Maza dalam setiap ucapannya. Penuh dengan ritorik bahasa yang melihatkan dirinyalah pejuang hak rakyat, kebebasan bersuara. Namun ritorik pengucapan di atas pentas wacana dan di hadapan media yang tidak selari dengan tindakan zahirnya, akhirnya memancarkan sisi sebenar Maza disebalik pengucapan beliau.

Kadangkala kita terfikir, kenapa orang cerdik pandai macam Maza yang ada P.H.D bertaraf Jayyid Jiddan, bekas Mufti Perlis, Bekas Felo Pelawat di Oxford Centre for Islamic Study, dan ahli jawatankuas Majlis Agama Islam Perlis ini tidak ditakdirkan ALLAH menjadi seorang ahli politik mahupun menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Lihatlah tindakan beliau yang mem'block' suara rakyat marhaen seperti kami, sudah cukup membuktikan betapa beliau merupakan seorang yang bersikap diktator, autoriter kepada pihak-pihak yang tidak sebulu dengannya. Dalam bab ini, penulis memberikan kredit kepada Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) kerana tidak pernah / belum pernah memblock kami dari twitt kepadanya.

ALLAH Maha Pengasih Maha Penyayang

Dan mungkin ini kerana ALLAH tidak mahu menambah beban rakyat Malaysia yang sudah cukup terbeban dengan perangai rakan senegerinya. Firman Allah;

" - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - " Al-An'am ayat 152

Bila berbicara mengenai Anwar Ibrahim, penulis perhatikan ada persamaan diantara tokoh politikus ini dengan tokoh agamawan popularis ini. Mungkin tidak banyak, namun masih ada persamaan yang ketara. Antaranya ialah :

1. Pintar dalam berkata-kata.
2. Bijak dalam memainkan isu yang dapat menarik perhatian rakyat
3. Meroyan bila hilang kuasa (Sorang hilang jawatan jadi Timbalan Perdana Menteri. Yang lagi sorang meroyan dah tak jadi Mufti / YADIM / TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG.)
4. Gemar membawa persepsi buruk dalam apa jua isu
5. Bijak mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat
6. Mempunyai / pernah cenderung terhadap ........................... (Tak perlu dinyatakan)
7. Berbelit-belit nak bagi jawapan bila diminta menjawab soalan-soalan yang dilihat tidak menguntungkan mereka.

Apa-apa pun kepada Dr. MAZA, harap anda dapat menasihati 'ADMIN' anda agar bertindaklah jangan melebihi sudu daripada kuah. Bukannya apa, kami tak nak la lihat adegan 'saling memohon maaf terhadap diri sendiri' dalam isu-isu sebelum ini.

Baca artikel yang lain mengenai beliau :

http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/04/cara-anwaribrahim-azminali-dan.html#axzz2y9QPFAGB

http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/01/maza-madkhali-anwar.html#axzz2y9QPFAGB

http://www.malaysiakini.com/news/155934

http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/03/malaysiakini-sahkan-dakwaan-pena-minang.html#axzz2y9QPFAGB

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.