PERBEZAAN LOT BUMIPUTRA DENGAN TANAH RIZAB MELAYU

Oleh : Anonymous

Saya rasa ramai orang Melayu tidak berapa minat dalam bidang hartanah walaupun kita semua akan memiliki atau menyewa sebuah rumah. Jadi post ini akan menerangkan perbezaan antara Lot Bumi dan Tanah Rizab Melayu (TRM).

Lot Bumi
Disebabkan zaman dahulu, ramai bumiputera tidak memiliki rumah di bandar. Apabila sebuah kawasan sedang membangun, seorang bumiputera akan menjual tanahnya dan terus berhijrah ke kampung. Untuk mengekalkan bumiputera di kawasan bandar, kerajaan telah melaksanakan polisi ini agar sebahagian atau biasanya 30% unit rumah yang dibina oleh pemaju perlu menjadi lot bumiputera dan perlu mempunyai diskaun biasanya 7% bagi pembeli.

Jika seorang individu memiliki sebuah lot bumi, maka dia cuma boleh jual kepada bumiputera lain sahaja, jikalau tiada pembeli bumi maka boleh dijual kepada bukan bumi tetapi ia perlu mendapat persetujuan oleh kerajaan negeri (polisi berbeza mengikut kerajaan negeri).

Tanah Rizab Melayu (TRM)
Semasa zaman British dahulu,banyak syarikat perlombongan dan pertanian British dan Cina membeli tanah di Tanah Melayu sehingga orang Melayu semakin terpinggir. Sehubung dengan itu,kerajaan British memperkenalkan Enakmen Rizab Melayu pada tahun 1913 bertujuan untuk menjamin tanah milik Melayu tidak jatuh ke tangan bukan Melayu. Dalam kata lain, TRM merupakan satu kawasan dimana cuma orang Melayu sahaja boleh menjual beli hartanah di sana, pemilik Melayu tidak boleh menjual beli dengan bukan Melayu.Disebabkan cuma Melayu sahaja boleh memiliki hartanah, maka infrastruktur di kawasan TRM kurang maju kerana nilainya kurang tinggi berbanding kawasan ‘freehold’.

Post a Comment

5 Comments

  1. Pengalaman aku, hidup berjiran, bg aku yg Islam ni, lbh selesa duduk di persekitaran yg majoritinya Islam, jiran jiran terdekat pun eloklah Islam juga. Bila ada sorg dua jiran terdekat yg bukan Islam, kadang tu ada yg bela anjing, walau pun dikurung, bila dia basuh sankar anjing tu, paham paham aje le mana air basuhan tu pegi. Pas tu bau dan asap colok. Mmg tak selesa. Sbb tu nak beli rumah ni aku cukup kritikal. Kena pikir jugak masalah masalah lain, banjir, jerebu, jem dsb.
    Sbb tu le kat bndr ni aku masih menyewa, bukan ape klu ada masalah mudah nak pindah. Rumah, beli dah kat kg, kws rezab Melayu, jiran sume Melayu, kot umur pnjg boleh le balik kg, tanam jambu.

    ReplyDelete
  2. Dari Sudut kepentingan bangsa Melayu
    Bangsa Melayu akan semakin terpinggir dari tempat-tempat yang berpangunan tinggi,
    Baik saya bagi contoh mudah hartanah di selangor.
    Siapa Pemaju : Syarikat Pemaju Bumiputra LWN Syarikat Pemaju Bumiputra
    Pemenang Bukan bumiputra dengan nisbah saya tak tahu tapi kalau pada pandangan saya saya tidak nampak pemaju bumiputra di kawasan berprofil tinggi.

    Siapa Senarai Pembeli : Investor VS Penghuni Kediaman.
    Pemenang adalah Investor terutama dikawasan komercial

    Siapa Investor : Bukan Bumiputra VS Bumiputra
    Bukan Bumiputra. Disebabkan pemaju adalah bukan bumiputra info kepada investor bukan bumiputra adalah terlewat. Bukti... baik anda boleh pergi kemana-mana pelancaran produk developer jadilah antara orang terawal anda dapati telah ada senarai yang telah dibeli sekurang2nya 20%. mana datang pembeli ini ???

    Tahukah anda wujud kelab Investor di lembah Klang ???

    Kelab Investor : Bukan Bumipura vs Bumiputra
    Pemenang Bukan bumi. Sekurang2nya ada 5 kelab investor bukan bumiputra di KV bumiputra macam 0.

    Lokasi Pembangunan : Kawasan Penghuni Bumiputra VS Kawasan Bumiputra
    Bandar untuk bukan bumiputra, bumiputra syoh2 pi dok tepi2

    Infrastruktur kawasan bumiputra VS kawasan bukan bumiputra
    Contoh MRT Project
    KL to Kepong
    KL to Damansara
    KL to Subang Jaya
    KL to Puchong
    KL to Serdang
    KL to Cheras
    Hemmmm mana kawasan majoriti bumiputra, mana perginya Shah Alam, Bandar Baru Bangi, pelikkan.

    Freehold VS Leasehold
    yang ni anda jawab sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak adakah sha Alam bangi kurang penting?

      Delete
    2. Betul jugak adakah sha Alam bangi kurang penting?

      Delete
    3. Betul jugak adakah sha Alam bangi kurang penting?

      Delete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.