Oleh :
Dr Fadlan Mohd. Othman
(Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM)
Ismail Yusuff[2], Muhd. Najib Abdul Kadir[3], Jaffary Awang[4], Mazlan Ibrahim[5],
Latifah Abdul Majid[6], , Aizuddin Hakim Mohd Yusof
& Siti Yuhanaza Hasbullah
ABSTRAK
Islam Liberal mempunyai pandangan dan persepsi tersendiri terhadap al-Quran dan Hadith dalam penghujahan. Penulisan tentang penghujahan Islam Liberal terhadap al-Quran telah banyak dilakukan oleh ilmuan, namun aspek penghujahan Hadith masih kurang diperkatakan. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan menganalisis pandangan dan penghujahan golongan Islam Liberal tehadap Hadith. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen setelah data dikumpulkan daripada kajian kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan pegangan Golongan Islam Liberal bertentangan dengan Ahli al-Sunnah; pertama, Baginda s.a.w. adalah seorang tokoh sejarah yang mempunyai banyak kekurangan. Kedua, hadith Rasulullah s.a.w. tidak sesuai dengan masyarakat semasa dan hanya sesuai untuk masyarakat Arab zamannya sahaja.
Pendahuluan
Pemikiran Islam sebagai sebuah realiti bersifat dinamik. Ia bermaksud, pemikiran sentiasa tumbuh dan berkembang sejajar dengan perkembangan manusia dan zaman. Hal ini adalah sebahagian dari fitrah. Ini kerana pemikiran Islam ialah sebuah jelmaan dari proses tindakbalas akal insan Muslim terhadap pelbagai bentuk cabaran persekitarannya yang sentiasa mengisi ruang kehidupan yang sentiasa berubah. Dalam ertikata lain, dinamika pemikiran Islam terjadi kerana tindak balas berterusannya terhadap realiti perubahan yang merupakan unsur terpenting dalam realiti alam dan kehidupan.
Tindakbalas akal insan Muslim terhadap perubahan yang terjadi disekeliling mereka terjadi dalam kadar yang berbeza-beza. Peningkatan kadar tindakbalas ini boleh dibahagikan kepada tahap rendah, sederhana dan tinggi atau sempit, sederhana dan luas. Tingkatan kadar tindakbalas ini berbeza tahapnya kerana ia diukur dari jauh dan dekatnya pemikiran yang terhasil dari tindakbalas tersebut dari asas-asas pemikiran yang bercorak tradisi yang telah disepakati oleh kebanyakan kalangan dari masyarakat Islam. Berasaskan kerangka kefahaman ini, kita akan menemui beberapa ‘label’ di dalam diskusi pemikiran Islam yang berfungsi sebagai petunjuk tentang kepelbagaian kadar tindakbalas pemikiran umat Islam terhadap pelbagai persoalan di dalam kehidupan dan zamannya.
Dalam menilai tahap kualiti sesuatu pemikiran, diskusi semasa hari ini sering merujuk pemikiran bercorak tradisi sebagai pemikiran yang amat menekankan unsur-unsur yang bersifat klasik dan semangat konservatif dalam pemikiran Islam. Pemikiran bercorak reform, moden dalam Islam pula menekankan aspek perubahan dan pembaharuan terhadap unsur-unsur tradisional tetapi dalam kadar yang sederhana dan terkawal. Manakala pemikiran bercorak liberal juga mengandungi penekanan terhadap terhadap aspek perubahan dan pembaharuan tetapi kadarnya dilihat bersifat radikal atau revolusi terhadap unsur-unsur tradisional dalam pemikiran Islam.
Tindakbalas pemikiran Islam terhadap persoalan kehidupan meliputi pelbagai aspek ketamadunan manusia sejajar dengan kafahaman makna Islam sebagai satu yang bersifat ‘civilizational force’ atau pendorong kehidupan bertamadun. Oleh kerana itu, kita akan menemui pelbagai tema dan isu yang dibincangkan oleh pelbagai tokoh dan sarjana sepanjang sejarah pemikiran Islam. Kepelbagaian tindakbalas atau reaksi pemikiran yang disumbangkan oleh para sarjana Muslim ini dengan perbezaan kadar penekanannya menjadikan pemikiran Islam bersifat dinamik dan rencam.
Rentetan daripada peredaran dan peningkatan inilah wujudnya reaksi dan pemikiran dari pelbagai sudut dan pandangan yang mahu mencari kebenaran dalam memahami agama yang mahu disesuaikan mengikut keadaan masa dan peredaran zaman. Jika kita merujuk dalam pepatah para ulama, ada dinyatakan. “al-hukm ‛ala al-shay’ far’ ‛an tasawwurih” yang membawa erti “Menghukum sesuatu adalah cabang daripada mengetahui tentangnya’. Justeru, sebagai pendahuluan ringkas, amatlah penting kita melihat apakah yang dimaksudkan dengan Islam liberal. Dengan merujuk kepada lama sesawang yang mendokong aliran Islam liberal, dapatlah dinulilkan bahawa erti Islam Liberal menurut penyokong ialah seperti berikut:
Nama Islam Liberal mengambarkab prinsip-prinsip yang kami anuti, iaitu Islam yang menekankan kebebasan pribadi dan pembebasan dari stuktur sosial politik yang menindas. Liberal disini membawa dua maksud, iaitu kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahawa Islam selalu ditempel dengan kata dan sifat, sebab pada hakikatnya Islam ditafsirkan secara berbeza-beza sesuai dengan keinginan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsiran dan dengan demikian satu kata sifat diberikan terhadap Islam iaitu Liberal[8].
Natijah dari penjelasan diatas, maka lahirlah penjelasan yang perlu kita nyatakan bahawa pada hakikatnya pemikiran Islam liberal bukan pemikiran Islam yang sebenarnya, malah lebih tepat untuk dikatakan bahawa pemikiran Islam liberal adalah pemikiran liberal yang ditujukan kepada Islam. Oleh itu tidak patut nama pemikiran Islam itu disandarkan padanya. Namun sebagai bahan perbincangan kita, tidak ada salahnya kita gunakan juga frasa ‘pemikiran Islam liberal’ untuk memudahkan wacana dan syarahnya. Sama seperti al-Qur’an menggunakan perkataan ‘tuhan’ secara kiasan (majazi) untuk sesuatu yang disembah oleh kaum musyrikin, padahal al-Qur’an pada masa yang sama menyatakan bahawa ‘tidak ada tuhan melainkan Allah’.
Bagaimanapun, wajah pemikiran Islam liberal yang sedang dikembangkan pada masa kini nampaknya lebih radikal dari pemikiran modenisme Islam. Justeru, idea-idea kontroversi dalam perkara-perkara asas Islam sengaja dilontarkan ke khalayak masyarakat Islam. seterusnya ia amat jelas daripada apa yang terpapar bahawa Islam Liberal merupakan aliran fahaman terhadap agama Islam yang tidak tertakluk kepada kefahaman mana-mana ulama muktabar Islam bermula daripada zaman Rasulullah SAW hinggalah ke zaman ini. Di dalam makalah yang terhad ini penulis akan membincangkan tentang perspesi dan penghujahan Islam Liberal terhadap kediduak al-Hadith serta persepsi Islam Liberal terhadap kedudukan al-Sunnah, terhadap Rasulullah dan terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW.
Mengenali Islam Liberal
Untuk meneruskan perbincangan ini, kita sama-sama mengenali dan memahami Islam Liberal adalah menjadi yang aspek utama untuk memahami istilah Islam Liberal tersebut, antara istilah “Islam Liberal” pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah ‘Islamic Liberalism’, sementara Kurzman memakai istilah ‘Liberal Islam’. Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; ‘Islam Liberal’ adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak. Yang nampak banyak sebenarnya adalah ‘mazhab’ dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah ‘Islam Liberal’ yang kita maksudkan disini adalah “Pemikiran Islam Liberal” yang merupakan satu aliran berfikir baru dikalangan umat Islam[9].
Kemudian perkara yang kedua yang kita perlu jelaskan juga adalah, pemikiran Islam liberal ini tidak termasuk dalam mazhab Islam. Mengapa? Kerana mazhab-mazhab dalam Islam tetap merujuk pada induk yang sama, yang disepakati, yang satu, yang mapan, yang dipersetujui oleh seluruh umat Islam dari dahulu sehingga kini, di berbagai negeri dan lokaliti. Adapun pemikiran Islam liberal, ia adalah suatu pemikiran yang berupaya membebaskan dan ‘meliberalkan’ umat Islam dari Islam yang satu, yang disepakati, dan Islam yang sudah mapan (established) itu. Secara ringkasnya pemikiran Islam liberal tidak dapat dikatakan sebagai mazhab Islam kerana pemikiran ini bertujuan ‘meliberalkan’ dan merongkai takrif Islam yang telah dipersetujui oleh seluruh umat Islam tadi.
Persepsi Islam Liberal Terhadap Kedudukan al-Sunnah
Aliran Islam Liberal yang lebih senang dipanggil jaringan Islam Liberal, mempunyai pendirian sendiri berkaitan kedudukan Sunnah Rasullullah SAW. Inilah yang terhasil daripada pendirian mereka terhadap empunya sunnah itu sendiri iaitu Rasulullah SAW. Justeru itu bagi pemikiran aliran Islam Liberal ini dapat terdapat dalam pelbagai peringkat tetapi dalam makalah ini, penulis mengklasifikasikan pebincangan ini kepada dua iaitu; persepsi terhadap keperibadian Rasulullah SAW dan persepi terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW.
i. Persepsi Islam Liberal terhadap Rasulullah SAW.
Persepsi aliran Islam Liberal terhadap keperibadian Rasulullah SAW iaitu sifat Nubuwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW tidak lain hanyalah kemampuan seorang manusia untuk memimpin manusia yang lain (leadership values). Oleh itu siapa sahaja yang boleh memimpin boleh mengambil alih sifat nubuwah seumpama Rasulullah SAW dalam memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Demikian dakwa aliran Islam Liberal[10]. Namun begitu dalam persepsi islam Liberal dapatlah dirumuskan bahawa baginda hanyalah manusia biasa; sila dan benar, dipuji dan dikritik.
Ulil Abshar telah berkata:
Bagaimana meletakkan kedudukan Rasul Muhammad SAW dalam konteks pemikiran semacam ini? Menurut saya, Rasul Muhammad SAW adalah tokoh historis yang harus dikaji dengan kritis, (sehingga tidak hanya menjadi mitos yang dirangkumi saja, tanpa memandang aspek-aspek beliau sebagai manusia yang juga banyak kekurangan), sekaligus panutan yang harus diikuti (Qudwah Hasanah)[11].
Rasulullah SAW lanjut aliran Islam Liberal hanyalah manusia biasa yang lazimnya berbuat silap dan benar. Namun umat Islam selama ini berpura-pura bahawa baginda adalah manusia yang sempurna, sehingga mereka juga. Selain daripada menyembah teks al-Qur’an dan juga menyembah Nabi sebelumnya. Yang benar peribadi Rasulullah SAW tidak lebih hanyalah sebagai manusia biasa yang boleh dipuji dan dikritik. Justeru umat dituntut bersikap kritis untuk menimbang kelebihan dan kekurangan baginda.
Oleh kerana itulah kita dapati tokoh-tokoh aliran Islam Liberal termasuk di Malaysia tidak segan-segan untuk mengkritik Rasulullah SAW. Di antara mereka ada yang menuduh baginda bernafsu seks yang kuat dan memiliki banyak perempuan simpanan (gundik). Ada juga yang menuduh baginda bukanlah pemimpin negara Islam tetapi hanyalah sekadar pegawai daerah (DO – District officer) semata-mata.
Adapun sunnah-sunnah Rasulullah SAW, maka tanpa ragu aliran Islam Liberal berpendapat ia hanya releven untuk masyarakat arab zaman baginda, ketinggalan untuk dipraktikkan pada zaman kini. Justeru aliran Islam Liberal memandang orang yang berjanggut, bersiwak, memakai serban, jubah dan sebagainya sebagai orang yang ketinggalan zaman lagi tertutup mindanya. Apabila minda mereka tertutup, sudah tentu tertutup juga pintu-pintu kejayaan sehingga bila-bila.
Merujuk kepada beberapa peristiwa kemukjizatan Rasulullah SAW aliran Islam Liberal berpendapat ia hanya kisah-kisah yang direka cipta dan dibesar-besarkan (exaggeration) oleh orang-orang selepas kewafatan baginda. Contohnya ialah peristiwa Isra’ dan Mikraj, ia hanyalah mimpi Rasulullah SAW yang dibenarkan ke alam realiti oleh orang-orang yang taksub terhadap baginda.
Begitu pendirian salah seorang pendokong aliran Islam Liberal yang jelas meletakkan Rasulullah SAW hanya sebagai seorang tokoh sejarah yang mempunyai banyak kekurangan. Menurut ahli Sunnah wa al-Jama‘ah, Rasulullah SAW adalah sentiasa ma‘sum iaitu dipelihara oleh Allah SWT. Justeru ketaatan terhadap Rasulullah SAW adalah sesuatu yang tidak berkondisi. Al-Imam al-shafi‘i telah berkata[12]:
Maka Allah telah memberitahu kepada manusia dalam ayat ini bahawa apabila mereka diseru kepada Rasulullah SAW agar baginda menghukum diantara mereka, pada hakikatnya ia adalah seruan kepada hukum Allah. Ini kerana orang yang menghukum di antara mereka adalah Rasulullah SAW, dan jika mereka menerima hukumm Nabi SAW maka sebenarnya mereka menerimanya dengan penetapan Allah dan pemberitahuan Allah bahawa hukum Nabi juga berdasarkan Ilmu Allah SWT berkenaan kesejahteraan baginda dengan perlindungan Allah dan TaufiqNya. Allah juga memperakui bahawa Nabi mendapat hidayat dan mengikuti perintah Allah. Justeru, Allah menekankan penetapanNya dengan memerintahkan hamba-hambanya agar mentaati rasulnya, bahawa ia adalah ketaatan kepadaNya jua...[13].
Jelaslah pada ayat yang telah difirmankan oleh Allah itu, dapatlah kita fahami bahawa kewajipan mentaati Rasulullah SAW terpelihara daripada kesilapan dalam penyampaian agama Islam.
ii. Persepsi Islam Liberal terhadap Sunnah Rasulullah SAW.
Aliran Islam Liberal memiliki beberapa persepsi terhadap hadis-hadis Rasulullah SAW, sekalipun yang termuat di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Antaranya:
Hadis-hadis tersebut tidak berasal daripada Rasulullah SAW melainkan hanya ciptaan orang-orang yang ingin menjaga dan memanfaatkan kepentingan diri mereka.
Hadis-hadis yang benar hanyalah yang bersifat mutawatir manakala hadis ahad bersifat samar-samar dan tidak menjadi tuntutan ke atas umat untuk berpegang kepadanya.
Hadis-hadis yang mutawatir sekalipun, kebenarannya hanya dalam konteks kehidupan masyarakat Arab pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam. Ia tidak lagi releven untuk zaman kini kecuali sebagai kajian sejarah peradaban pada zaman baginda.
Hadis-hadis tentang azab kubur, suasana hari akhirat (Padang Masyar, Titian Sirat, Pengadilan dsbgnya), Isra’ dan Mikraj, Dajjal, Penurunan Nabi Isa, fitnah-fitnah akhir zaman dan sebagainya hanyalah cerita rekaan para perawi hadis untuk memberi pengaruh kepada orang ramai pada zaman mereka. Sekalipun hadis-hadis ini tercatit di dalam kitab-kitab hadis sahih, pada hakikatnya ia hanyalah cerita-cerita tahayul semata-mata.
Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh para imam hadis adalah mereka hanya memberi tumpuan kepada para perawi hadis dan tidak kepada matan hadis. Seandainya mereka memerhati dan memberi kritik ke atas matan hadis, nescaya cerita-cerita tahayul sepertimana di atas tidak akan mereka masukkan dalam kitab-kitab mereka.
Demikianlah beberapa persepsi aliran Islam Liberal ke atas hadis-hadis dan para imam yang meriwayatkannya. Persepsi aliran Islam Liberal terhadap sunnah Rasulullah SAW dapatlah dirumuskan bahawa ianya masih boleh dipertikaikan dan tidak sesuai untuk setiap zaman, justeru tidak semestinya menjadi pegangan umat Islam. Dari perbincangan ini dapatlah ditinjau daripada aspek-aspek berikut:
a. Ajaran Rasulullah hanya untuk konteks masyarakat Arab.
Ulil Abshar telah berkata:
Rasul memang berhasil menerjemahkan cita-cita sosial dan spiritual Islam di Madinah, tetapi Islam sebagaimana diwujudkan disana adalah islam historis, parttikular, dan kontekstual. Kita tidak diwajibkan mengikuti Rasul secara harfiah, sebab apa yang dilakukan olehnya di Madinah adalah upaya menegosiasikan antara nilai-nilai unversal Islam dengan situasi sosial disana dengan seluruh kendala yang ada[14].
Dr Mustafa al-Siba‘i[15] menegaskan bahawa kefahaman sebenar berkenaan ketaatan terhadap Rasulullah SAW ialah ianya wajib ke atas para Sahabat r.a semasa hayat baginda dan juga wajib keatas semua generasi yang mendatang. Ini kerana nas-nas yang mewajibkan ketaatan terhadap Rasulullah SAW adalah bersifat umum dan tidak dikhususkan pada tempoh hidup baginda.
b. Wahyu masih lagi berterusan, iaitu dalam bentuk akal manusia yang berijtihad.
Aliran Islam Liberal membahagi wahyu kepada dua ketagori: wahyu bertulis dan wahyu tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Qur’an dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Qur’an berdasarkan tujuan, konteks dan suasana zaman. Maka dengan itu al-Qur’an adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang menyesuaikannya selari dengan konteks zaman.
Sebagai contoh, terhadap firman Allah SWT:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana[16].
Tujuan yang sebenarnya dituntut oleh al-Qur’an adalah menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah-ubah selari dengan peradaban manusia. Di zaman Rasulullah SAW, bentuk hukuman adalah memotong tangan. Namun pada zaman kini bentuk hukuman boleh berubah kepada hukuman penjara selari dengan peradaban manusia.
Demikian persepsi ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Qur’an yang dipegang oleh aliran Islam Liberal atas alasan untuk memajukan umat Islam. Persepsi ini juga mereka guna pakai terhadap semua hukum-hukum al-Qur’an termasuk perkara ibadah, sehingga apa yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW tidak semestinya dipraktikkan dalam bentuk yang sama pada zaman kini. Terhadap umat Islam seluruhnya yang tetap beristiqamah kepada ayat-ayat al-Qur’an, aliran Islam Liberal menyindir mereka sebagai “para penyembah teks” semata-mata.
Selain itu aliran Islam Liberal juga memiliki takwilan tersendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Mereka menggariskan formula membaca al-Qur’an dengan metodologi yang baru. Hasilnya, aliran Islam Liberal berpendapat bahawa malaikat dan syaitan tidak wujud sebagai makhluk yang tersendiri melainkan ia adalah sikap baik dan buruk yang wujud saling bertentangan dalam setiap jiwa manusia (the good and evil sides of man). Syurga dan neraka tidak wujud melainkan ia adalah kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat juga tidak wujud melainkan ia adalah fasa manusia untuk berubah dari satu tingkatan ke tingkatan lain yang lebih matang dan sempurna. Cerita-cerita al-Qur’an tentang para Rasul, Nabi dan umat terdahulu sebenarnya hanyalah strategi demi keberkesanan dakwah. Para Rasul, Nabi dan umat terdahulu ini sebenarnya tidak wujud secara realiti. Sementara keimanan kepada Qadar dan Qada’ serta takdir tidak wujud, ia hanyalah salah tafsir umat terdahulu terhadap teks-teks al-Qur’an.
Mempercayai malaikat, syaitan, syurga, neraka, hari akhirat, cerita umat terdahulu serta takdir secara zahir hanyalah tahayul yang menghalang kemajuan umat. Selagi mana umat percayakan unsur-unsur tahayul tersebut, selagi itulah mereka akan terhalang daripada mencapai kejayaan yang bersifat hakiki. Demikianlah beberapa takwilan dan manhaj sesat aliran Islam Liberal yang mereka bangunkan atas formula Re-reading the Qur’an.
Ulil Abshar telah berkata:
Bagi saya, wahyu tidak berhenti pada zaman Nabi; wahyu terus bekerja dan turun kepada manusia. Wahyu verbal memang telah selesai dalam Quran tetapi wahyu nonverbal dalam bentu ijtihad akal manusia terus berlangsung[17].
Kenyataan ini amat jelas bertentangan dengan begitu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi SAW yang menjelaskan bahawa tiada nabi selepas baginda dan tiada wahyu selepasnya. Firman Allah yang bermaksud:
Muhammad itu sekali-kali bukanlah dari bapak dari seorang laki-laki di antara kamu,tetapi dia adalah Rasulullah SAW dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu[18].
Adapun ijtihad akal manusia, disisi Ahli al-Sunnah Ijtihad tidak berlawanan dengan kehendak al-Qur’an dan al-Sunnah. Mana-mana ijtihad yang tidak menepati kedua-dua sumber ini adalah tertolak. Bahkan ianya termasuk dalam perbuatan melakukan bid‘ah dalam agama. Sabda Rasulullah SAW:
عن عائشة رضي الله عنها قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من أحدث في أمرنا هذا ما ليس فيه فهو رد[19]
Maksudnya: Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam urusan agama kami ini, yang tiada daripadanya, maka yang diada-adakan itu tertolak.
Kesimpulan
Setelah meninjau perbezaan di antara Islam Liberal melalui kenyataan salah seorang tokoh mereka dan pendirian Ahli al-Sunnah wa al-Jamaa’ah, diharapkan para pembaca yang budiman dapat meneliti dan cuba sedaya upaya memahami maklumat yang ada agar dapat sampai ke destinasi murni; iaitu ikutan terhadap Kitab Allah SWT dan Sunnah Nabi SAW menurut kefahaman generasi perintis iaitu genarasi para sahabat, Tabi‘in dan tabi‘ al-Tabi‘in.
Biblografi
al-Qur’an.
al-Bukhari, al-Imam al-Hafiz ‘Abd ‘Abdulah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. 1991. Sahih al-Bukhari. Bayrut: Lubnan.
al-Siba‘I, Dr. Mustafa. al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashri al-Islamiyy. 1985.
Bayrut: al-Maktab al-Islami.
al-Shafi‛i. 2001. Muhammad bin Idris. al-Risalah. al-Mansurah: Dar al-Wafa’.
Charles kurzman. 1998. Liberal Islam: A sourcebook. New York: Oxfard University.
Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal. Johor Bahru: Jahabersa.
http://islamlib.com/id/halaman/ tentang-jil. 16 Februari 2011.
http://www.arsip-milis.s5.com/agama16.htm. 16 Februari 2011.
[1] Kertas kerja ini disediakan oleh Kumpulan Penyelidik UKM-PP-05-FRGS0063-2010 dan dibentangkan dalam “Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti Dan Cabaran Semasa (MUSNAD)”, 12-13 Julai 2011 bersamaan 10-11 Syaaban 1432H, di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[2] Profesor Madya bidang Tafsir di Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[3] Profesor Madya bidang Tafsir di Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[4] Profesor Madya bidang Sosiologi dan Pemikiran Islam di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[5] Profesor Madya bidang Tafsir di Nusantara di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[6] Pensyarah Kanan bidang Kajian Hadith di Nusantara di Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[7] Pensyarah bidang Hadith dan Ulum al-Hadith di Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[8] http://islamlib.com/id/halaman/ tentang-jil. 16 Februari 2011.
[9]Charles kurzman, Liberal Islam: A sourcebook, New York: Oxfard University. 1998.
[10]Hafiz Firdaus Abdullah, Membongkar Aliran Islam Liberal, johor Bahru: Jahabersa, 2007.
[11] http://www.arsip-milis.s5.com/agama16.htm, 16 Februari 2011.
[12] al-Shafi‛i, Muhammad bin Idris, al-Risalah, al-Mansurah: Dar al-Wafa’. 2001.
[13] al-Qur’an, al-Nur 24: 48-52.
[14] http://www.arsip-milis.s5.com/agama16.htm, 16 Februari 2011.
[15] al-Siba‘I, Dr. Mustafa, al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashri al-Islamiyy. Bayrut: al-Maktab al-Islami, 1985.
[16] al-Maidah 5:38.
[17] http://www.arsip-milis.s5.com/agama16.htm, 16 Februari 2011.
[18]al-Quran, al-Ahzab 33: 40.
[19] al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab الصلح, bab إذا اصطلحوا على صلح جور فالصلح مردود.
5 Comments
Agama liberal ni tidak seharusnya disandarkan kpd Islam, mengelirukan ! Agama liberal ni bukan agama Islam.
ReplyDeletekami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3797 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))
atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
saya harap pihak berwajib agama islam di malaysia,mengambil tindakan tegas ke atas islam liberal ni,sebelum nasi menjadi bubur,masukkan ajaran islam liberal ini kedalam gulungan ajaran sesat dan pihak berwajib agama islam perlu bertindak segera dengan apa cara sekalipun,sebelum kita semua akan di tanya di akhirat nanti.
ReplyDeleteLiberal itu asalnya falsafah DAJAL Barat-Zionis - yg. pd. asasnya adalah utk. MENUNDUKkan Islam/umatnya pd. fahaman dan budaya songsang-ala-pengikut-SYAITAN (berdasarkan teori Illuminati Social Darwinisma - manusia berasal dr. binatang; maka nafsunya juga spt. binatang dan binatang paling kuat-buas, saja berhak utk. terus hidup, utk. menjadi pengikut SYAITAN) Barat-Zionis itu!
ReplyDeleteDan apa maknanya puak Illuminati ini , yg. ingin menguasai dunia utk. menubuhkan rejim global SYAITAN “New World Order/One World Govt” (ganjilnya MAS baru menyertai One World Alliance yg. dikuasai Barat-Zionis) - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel, by Bill Woollam; di http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm , The Order of Skull and Bone; di http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012; dan di http://www.youtube.com/watch?v=4x-cHySUlw , Illuminati Satanism, by EYEOFILLUMINATI2012.
Di Malaysia ini, puak KAPIR GAY/PORNO & Kristian Zionis PKRPELIWAT/DAPBANGKAI sbg. ejen Illuminati barat-ZIONIS ini, sedg- mempergunakan sbg. senjata DAJAL mereka, golongan Melayu/Islam LIBERAL, dlm PKR/PAS/UMNO utk. MEROSAKKAN perjuangan amat BERANI Islam/Melayu, terutamanya lawan MUSUH-MUSUH Islam/Melayu!
Kerana si liberal ini sudah TAKSUB dgn "demokrasi/hak asasi" LIBERAL SAMPAH si Barat-Zionis! Kononnya falsafah, budaya dan undang-undang Barat-Zionis yang 'terbaik' - di mana gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus MEMUJA wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. awam, dadah, alkohol dan perjudian dsbnya - akan terus MENJAHANAMkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam/Melayu, terutamanya jenerasi muda kita (lihat pesta dadah tempoh hari!)!
Sedgkan kat Barat pun, cthnya di Jerman, masjid mana boleh bina sesuka hati, apalagi azan nak dibenarkan berkumandang (sampai terpaksa beli gereja, yg. mahukan duit sebab tak ada org pi lagi gereja tradisional, tukar jadi masjid - tapi gereja moden Kristian Zionis SYAITAN makin berlambak kerana Jerman adalah pusat Kristian Zionis di Eropah), wanita Islam bertudung juga tak dibenarkan bekerja dgn. JPA Jerman atau menjadi guru, dan umat Islam tidak dibenarkan buat pasar Ramadhan, walau hanya di Berlin, tetapi kaum Kristian ditaja rejim Jerman buat pasar Krismas sampai sebulan di seluruh cerok bandar/kpg dan di EU, serta cuti panjang Krismas yg. rasmi (umat Islam boleh cuti Hari Raya rasmi hanya di satu bandar), kerana agama rasmi Jerman/Barat, agama Kristian! Maka, mana hak asasi 'KESAMAAN‘' utk. umat Islam dan sifat ‘liberal’ si Barat-ZIONIS ini?
Jadi apasal si KAPIR/NGO-NGO LONGKANG Barat-Zionis termasuk dr. Jerman ini dan sekutu mereka dr. PAP-DAPBANGKAI/PKR, yg. berlambak aktif kat M’sia ini spt. Konrad Adeneur, BMF (bersama Switzerland), Transparency International, Freidrich Nauman Stiftung, Yayasan Kristian Jerman dsbnya, yg. aktif di M’sia atau yg. menaja, disyaki NGO-NGO DAPBANGKAI/PKR, nak gelojoh MELALAK pula, menuntut hak asasi 'kesamaan/kebebasan mutlak-demokrasi' kat M'sia, NEGARA ISLAM ini?!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
ReplyDeleteISLAM AGAMA UNIVERSAL YANG TIDAK MENGANUT PAHAM MESIANISME!
SETIAP SEORANG MUSLIM BERHAK SEBAGAI TOKOH PENERUS ESTAFET KEPEMIMPINAN MUHAMMAD SAW
Bagian dua dari dua tulisan
Nah kalau masalah istilah keturunan Ahlul Bait, nabi dan rasul sudah terjawab maka soal apa lagi yang harus kita perpanjang? Wah katanya soal kepemangkuan kekuasaan kekhalifahan ya juga dalam Al Quran sudah jelas kedudukannya bahwa khalifah yang ada sejak era Nabi Daud As. sampai pada Nabi Muhammad SAW otomatis para nabi tersebut adalah sang khalifah [TQS. Shad, 38:26] sampai ditutupnya misi kenabian pada era Nabi Muhammad SAW kita [TQS. Al Ahzab, 33:40]. Sudah itu?
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
ليس مِن رجلٍ ادَّعى لغير أبيه وهو يَعلَمه إلاَّ كفر بالله، ومَن ادَّعى قوماً ليس له فيهم نسبٌ فليتبوَّأ مقعَدَه من النار ))، رواه البخاريُّ (3508)، ومسلم (112)، واللفظ للبخاري
“Tidak ada seorangpun yang (boleh berhak) mengaku (orang lain) sebagai ayahnya, padahal dia (amat) tahu (pasti kalau itu bukan ayahnya), melainkan (dia) telah (berbuat) kufur (nikmat) kepada Allah. Orang yang mengaku-ngaku keturunan dari sebuah kaum (dinasti keturunan), padahal bukan (termasuk dinasti keturunannya), maka siapkanlah (kelak di akahirat) tempat duduknya di neraka” (HR. Bukhari dan Muslim).
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (penguasa-penguasa, ada yang jadi raja, sultan, presiden, gubernur dll.) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [a.l. TQS. 6:165, 10:13-14 dll. rujuk TQS. 3:144].
Ayat-ayat di atas di dukung dengan Hadits Nabi Muhammad SAW sbb.:
42. 118/3196. Telah bercerita kepadaku Muhammad bin Basysyar telah bercerita kepada kami Muhammad bin Ja'far telah bercerita kepada kami Syu'bah dari Furat Al Qazaz berkata, aku mendengar Abu Hazim berkata; Aku hidup mendampingi Abu Hurairah radliallahu 'anhu selama lima tahun dan aku mendengar dia bercerita dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang besabda: Bani Isra'il, kehidupan mereka selalu didampingi oleh para Nabi, bila satu Nabi meninggal dunia, akan dibangkitkan Nabi setelahnya. Dan sungguh tidak ada Nabi sepeninggal aku. Yang ada adalah para khalifah (ya bisa raja, sultan, presiden, kanselir, gubernur, bupati atau walikota) yang banyak jumlahnya. Para shahabat bertanya; Apa yang baginda perintahkan kepada kami?. Beliau menjawab: Penuihilah bai'at kepada khalifah yang pertama (lebih dahulu diangkat), berikanlah hak mereka karena Allah akan bertanya kepada mereka tentang pemerintahan mereka.
Kesimpulan:
Siapa saja yang ‘ngaku’ MUSLIM lalu dianugerahi dianya sebagai ‘ORANG NOMOR SATU’ atau penguasa maka dia adalah ‘sang’ KHALIFAH tidak ada harus berdasarkan pada 'keturunan' seperti keturunan AHLUL BAIT, NABI atau RASUL sekali pun, dan apakah lebel penguasanya sebagai presiden, raja atau kanselir dll. atau dia berkuasa di negara bernama ISLAM atau tidak atau bermerek KHILAFAH atau DAULAH ISLAMIYAH atau tidak, ya mutlak harus mengacu pada Al Quran dan As Sunnah.
Soal si tokoh ini mau atau tidak mau menerapkan syariat Islam atau mampu atau tidak mampu menerapkan syariat Islam ya itu mutlak merupakan tanggungjawabnya sendiri yang berkeinginan untuk menjadi sang KHALIFAH atau tokoh nomor satu beserta para kelompok pendukungnya disuatu atau di dalam wilayah kekuasaannya masing-masing. Wajib baginya merujuk pada prinsip-prinsip Al Quran a.l. seperti QS. 38:26, 6:165, 10:13-14 dan 35:39 serta a.l. hadits dari Nabi Muhammad SAW di atas.
Dan Kami tidak mengutus kamu (Hai Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya (sampai kiamat) sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.[TQS. Saba, 34:28]
*) http://www.kabarmakkah.com/2015/02/23-oktober-2015-imam-mahdi-akan-muncul.html
**) http://detikislam.blogspot.co.id/2012/06/dunia-menanti-kedatangan-imam-mahdi.html#
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.