Oleh : Syaikh Abdullah bin Hamud Al Farih Hafizhahullah
Wahai saudaraku yang ku cintai, manfaat dari mengikuti sunnah itu banyak. Diantaranya:
Pertama, menggapai mahabbatullah (kecintaan Allah)
Mendekatkan diri kepada Allah Azza Wa Jalla dengan melakukan pelbagai hal yang dianjurkan untuk menggapai cinta Allah. Ibnul Qayyim berkata dalam Madarijus Salikin:
ولا يحبك الله إلا إذا اتبعت حبيبه ظاهرًا وباطنًا، وصدقته خبرًا، وأطعته أمرًا، وأجبته دعوة، وآثرته طوعًا، وفنيت عن حكم غيره بحكمه، وعن مَحبة غيره من الخلق بمحبته، وعن طاعة غيره بطاعته، وإن لم يكن ذلك فلا تَتَعَنَّ، وارجع من حيث شئت، فالتمس نورًا فلست على شيء
Kedua, menggapai ma’iyatullah (kesedaran bahawa Allah senantiasa melihat kita)
Sehingga Allah senantiasa memberi taufiq untuk berbuat kebaikan. Anggota tubuhnya tidak akan melakukan sesuatu kecuali yang diredhai oleh Allah. Jika mahabbatullah diraih maka ma’iyatullah pun diraih.
Ketiga, dikabulkannya doa-doa yang menunjukkan kecintaan kepada Allah
Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah Azza Wa Jalla dengan melakukan berbagai hal yang dianjurkan, dia akan mendapat kecintaan Allah. Dan jika kecintaan Allah telah diraih, doa pun dikabulkan. Hal ini ditunjukkan oleh hadis dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu’alaih Wasallam bersabda:
إن الله قال: من عادى لي وليًّا، فقد آذنته بالحرب، وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضته عليه، وما يزال عبدي يتقرَّب إلي بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به، وبصره الذي يبصر به، ويده التي يبطش بها، ورجله التي يمشي بها، وإنْ سألني لأعطينه، ولئن استعاذ بي لأعيذنه، وما ترددت عن شيء أنا فاعله ترددي عن نفس المؤمن يكره الموت، وأنا أكره مساءته
Keempat, memperbaiki kekurangan dalam penunaian kewajiban
Perbuatan-perbuatan yang dianjurkan (nafilah) memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam penunaian hal-hal yang wajib. Yang menunjukkan ini adalah hadis
إنَّ أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته، فإن صلحت فقد أفلح وأنجح، وإن فسدت، فقد خاب وخسر، فإن انتقص من فريضة شيئًا، قال الرب – تبارك وتعالى -: انظروا هل لعبدي من تطوع؟ فيكمل بها ما انتقص من الفريضة، ثم يكون سائر عمله على ذلك
Kelima, menghidupkan hati
Jika seorang hamba senantiasa menjaga sunnah dan menjadikannya hal yang paling penting untuk dipegang, akan terasa sulit baginya meremehkan kewajipan atau kurang dalam pelaksanaannya. Lalu dia pun mendapat keutamaan lain, iaitu dia senantiasa mengagungkan syiar-syiar Allah. Sehingga hatinya pun hidup kerana ketaatan kepada Allah. Dan barangiapa meremehkan hal-hal yang sunnah, mengakibatkan dia akan terhalang menjalankan kewajibannya.
Keenam, terjaga dari melakukan bid’ah
Ketika seorang hamba senantiasa mengikuti apa-apa yang datang dari sunnah Nabi, dia akan bertekad untuk tidak melakukan suatu ibadah kecuali ada dalilnya. Dengan ini dia akan selamat dari jalan kebid’ahan.
Bagi pengikut sunnah, masih banyak lagi buah yang didapat. Ibnu Taimiyah dalam Al Qa’idah Al Jaliyah berkata:
فكل من اتبع الرسول صلى الله عليه وسلم فالله كافيه وهاديه وناصره ورازقه
Murid beliau, Ibnul Qayyim, juga berkata dalam Madarijus Salikin :
فمن صحب الكتاب والسنة، وتغرب عن نفسه وعن الخلق، وهاجر بقلبه إلى الله، فهو الصادق المصيب
Dipetik dari : http://muslim.or.id/manhaj/manfaat-mengikuti-sunnah.html
--------------------------------------
Komen Pena Minang : Marilah kita sama-sama menghayati makna surah Al-Fatihah
"Tunjukilah kami jalan yang lurus."
"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."
(Al-Fatihah : ayat 6 - 7)
2 Comments
Syiah mmg sesat, jgn dekati, jgn cenderung.
ReplyDeleteIkut Al Quran dan Sunnah, pasti tak sesat, Nabi saw dah beri jaminan.
Nak ikut Al Quran dan Sunnah, kenalah berilmu ttg nya, kemudian beramal dgnnya. Termasuk amalan yg utama, akhlak yg baik dan mulia. Terberat dlm timbangan, akhlak yg mulia. Sebaik baik kita, yg terbaik akhlaknya. Paling bnyk memasukkan org ke Syurga, taqwa dan akhlak yg baik. Paling bnyk memasukkan org ke Neraka, mulut dan kemaluan. Jaga mulut, jagalah kemaluan.
sedih tgk yusuf estes..semoga Allah S.W.T memberi hidayah kpd beliau...Sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang mampu memberi hidayah...
ReplyDeleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.