Oleh : Dr. Aznil Hisham
Tarif elektrik siri 3 - IPPs dan salah faham
Berikut adalah soalan2 yg sering di tanya:
#SOALAN_1
IPPs menganiaya TNB !! Tak bacakah apa yg dibongkarkan oleh Tan Sri Ani Arope?
JAWAPAN :
1- Apa yg TS Ani Arope nyatakan adalah isu lapuk bukan suatu rahsia baru yg terbongkar. Menurut beliau perjanjian yg dikatakan berat sebelah yg di tanda tangani pada tahun 1993 yg pada ketika itu Menteri Kewangan yg terlibat adalah DS Anwar Ibrahim. Ini merupakan punca sebenar (menurut penyokong pembangkang) mengapa beliau meletakkan jawatan. Kalau benar beliau tidak setuju dengan perjanjian tersebut, kenapa perletakkan jawatan beliau berlaku pada tahun 1996?
2 - Harus di ingat bahawa punca munculnya IPPs ini adalah kerana memecahkan monopoli TNB yg merupakan sebab kenapa Malaysia bergelap selama 48 jam pada tahun 1992. Bukankah "kaedah monopoli" cukup tidak di sukai oleh pembangkang?
3 - Pada tahun 1992, IPPs adalah satu bidang perniagaan baru. Sebuah perniagaan yang melibatkan jumlah kos yang cukup tinggi. Sudah tentu tiada siapa sanggup mengambil risiko dengan perniagaan yg kurang berpengalaman di Malaysia ketika itu. Oleh yang demikian, satu perjanjian jangka panjang ditanda tangani yg mana syarikat2 IPPs akan di beri subsidi kerajaan serta dijamin keuntungan. Ini bukan perjanjian berat sebelah !! Ini adalah perjanjian yg menguntungkan dua2 pihak. Di samping memastikan tidak berlaku negara gelap, pertumbuhan ekonomi melalui cukai di bayar oleh syarikat terbabit mampu menjana pendapatan negara. Jika syarikat2 ini brankrap, natijahnya kerajaan juga yg tanggung kerugian dan rakyat juga rugi. Bukan kah ini satu hubungan simbiosis?
---------
#SOALAN_2
Kenapa perlu ada IPPs? Bukan kah ini menambahkan kos kepada tariff elektrik?
JAWAPAN:
1- Cuba lihat pada rajah di bawah. Penjanaan tenaga elektrik bukan sahaja dari IPPs tetapi juga TNB sendiri. Jika melihat kos yg terlibat, ianya tetap melibatkan nilai kos yang sama.
2- Mari kita lihat hakikat yang sebenar,
Pada akhir Jun 2013, Total penjanaan elektrik dari seluruh Malaysia adalah 55 027 GWJ.
a) TNB cuma mampu hasilkan 12 049.6 GWJ (22%)
b) IPPs hasilkan 42 977.7 GWJ (78%)
Total penggunaan utk tahun 2012 bagi SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja adalah : 96 257 GWJ.
3- Jika lihat data di atas, demand terhadap bekalan elektrik melebihi dari penghasilan elektrik. Mampukah TNB lakukan berseorangan tanpa sokongan IPPs? Malah jika di lihat data di atas, negara memerlukan lebih banyak syarikat di lantik sebagai IPPs.
---------
#SOALAN_3
Bukankah TNB berkemampuan untuk menghasilkan bekalan elektrik yg serupa?
JAWAPAN:
1- Cuba lihat data ini pula, Di Semenanjung Malaysia, Jumlah kapasiti penjana elektrik terpasang adalah 21 759 Mw:
a) TNB : 9072 mw (47%)
b) IPPs : 12 677 mw (53%)
Jumlah penjana elektrik TNB hampir sama banyak dengan IPPs. Namun jumlah penghasil bekalan elektrik oleh TNB adalah 22% dari keseluruhan (lihat soalan 2.2).
Bukankah ini menunjukkan TNB tidak berkemampuan membekalkan bekalan tenaga keseluruh negara?
2- Jika TNB yg membekal 22% bekalan elektrik mempunyai total hutang di bawa sebanyak RM 22 billion, berapa banyak pula hutang yg perlu TNB tanggung utk memonopoli industri ini?
3- Seperti yang saya katakan, untuk menjadi penjana elektrik, TNB menghadapi beban kewangan yg tinggi. Ini secara tidak langsung, kesannya kembali kepada pengguna.
---------
#SOALAN_4
IPPs mengkayakan kroni?
JAWAPAN
1- Sesiapa saja yg mendapat tender kerajaan akan diiktiraf sebagai kroni.
2- Semasa perjanjian awal, salah satu Syarikat yg melabur dalam IPPs adalah Malakof, milik DS Anwar Ibrahim.
3 - PKNS mempunyai saham 25% dalam Genting Sanyen Power SDN BHD (salah satu syarikat IPPs yg terbesar). Kroni ka?
1 Comments
Mmg laa jumlah penjanaan tenaga oleh tnb menjd kurang drp ipp...apa ke jadah tnb nk buat power stn lg dgn lambakan lesen kpd ipp...tenaga elektrik bkn buleh d smpan mcm smpn stok getah lantun...tnb sentiasa jana tenaga yg melebihi permintaan seblm adanya ipp cma blackout dulu terjd d sbbkn kelemahan jaringan sistem tnb yg tidak dpt isolate dan mengurangkn blackout d sesuatu kawasan shj yg mana pd hari ini kejdan blackout tidak lg melibatkn kawasan yg besar...tnb sentiasa mampu utk menjana tenaga tanpa kehadiran ipp...tnb mempunyai hutang 22bilion yg d bawa cuba pecahkn kemana haluan duit tsb...bukankah d hisap oleh ipp dr pembayaran tenaga yg d paksa tnb beli walaupun tidak d pakai serta kos bahanapi ipp yg perlu d bayar....sistem celaka apa yg d gunapakai ni???
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.