Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[Ali Imran : 26]

Oleh : AJ

Perletakkan jawatan Mat Said sebagai MB Terengganu diikuti dengan tindakan keluar parti dan menjadi Adun Bebas telah kami jangkakan. Diikuti dengan tindakan rakan-rakannya yang lain dimana membuktikan bahawa ada yang tidak kena dengan UMNO Terengganu ini.

Apa-apa pun, di pihak Penaminang.com, kami mengharapkan MB 'Interm' Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman tidak mencari peluang untuk memujuk Sultan Terengganu membubarkan DUN Terengganu. Sebaliknya kami lebih bersetuju sekiranya Wakil PAS Terengganu menghadap Kebawah Duli Sultan bagi mengambil alih pemerintahan Terengganu.

Itu lebih menjimatkan kos daripada membubarkan DUN Terengganu sekaligus akan melibatkan sumber kewangan untuk digunakan bagi menyelia Pilihanraya di Terengganu itu nanti. Pada pendapat kami, ada baiknya 'skrip' yang pernah digunapakai oleh UMNO Perak untuk mengambil alih kerajaan boneka DAP di PERAK digunakan di Terengganu.

Jimat masa. Jimat tenaga.

Senarai terkini Adun UMNO yang keluar menjadi ADUN BEBAS

1. YB Dato Seri Ahmad Said - ADUN Kijal [Bekas MB]
2. YB Ghazali - ADUN Ajil
3. YB Dato Mat Jidin - ADUN Permaisuri [Nafi Keluar UMNO] B.H
4. YB Ir Rosli - ADUN Kemasik [Nafi Keluar UMNO] B.H
5. YB Nawi - ADUN Hulu Besut
6. YB Roslee Daud - ADUN Bukit Besi