LAPORAN AUDIT NEGARA DEDAHKAN KERAJAAN DAP-PKR-PAS SELANGOR GADAIKAN 9.74 HEKTAR TANAH RIZAB MELAYU

Laporan dipetik dari : Berita Harian

SHAH ALAM: Seluas 9.74 hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah diberi hak milik kepada orang bukan Melayu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2, hari ini. 

Menurut laporan itu, semakan terhadap 129 carian rasmi kepada dokumen hak milik mendapati ia melibatkan 18 (13.9%) hak milik tanah di daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. 

Perkara ini menyebabkan kepentingan orang Melayu terhadap tanah rizab Melayu terjejas dan keluasan tanah rizab Melayu yang boleh diberi milik kepada orang Melayu berkurangan, menurut laporan itu. 

Berdasarkan maklum balas bertarikh 7 April 2014, Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) Kuala Selangor memaklumkan pemilik asal tanah terlibat adalah orang bukan Melayu. 

Menurut PDT Klang pula, perkara ini berlaku kerana tanah tersebut terlibat dengan proses pecah sempadan dengan endorsan tanah rizab Melayu tidak dimasukkan semasa hak milik baharu didaftarkan mengakibatkan berlakunya pindah milik kepada orang bukan Melayu. 

Bagaimanapun, PDT Klang tidak mengemukakan bukti untuk menyokong urusan pindah milik ini, menurut laporan itu. 

Seterusnya, laporan audit mendedahkan terdapat tanah rizab Melayu di Ampar Tenang, Sepang dan Sungai Lang, Sabak Bernam pula diduduki dan diusahakan oleh orang bukan Melayu. 

Mereka menjalankan perniagaan gerai makan, bengkel kereta serta membina bangunan di tanah rizab Melayu. 

Justeru, Ketua Audit Negara antara lain mengesyorkan pihak Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan PDT menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca dan kaedah bagi menyekat pemberimilikan tanah rizab Melayu kepada orang bukan Melayu. 

Ia juga harus meliputi pindah milik tanah pegangan orang Melayu kepada orang bukan Melayu daripada terus berlaku serta membuat pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu yang sewajarnya, tambah laporan itu. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Takpe org melayu lebih gembira tanah lepas ke org lain ..dan sgt dengki akan bangsa sendiri

    ReplyDelete
  2. Masa Pakatan baru menang pihanraya di Selangor dahulu, saya sudah predict, perkara pertama mereka akan lakukan adalah membalun seberapa banyak Tanah untuk kaum bukan Melayu ini. Memang benar telahan saya. Bila nak dibina UITM dulu, bukan main bantahan dibuat mereka, rupa-rupanya dalam diam-diam mereka yang pulun dulu tanah Selangor. Khalid Ibrahim, boleh tolong beri pencerahan sikit tak? Jika mereka sudah menguasai sebahagian besar tanah, maka memang peluang mereka memerintah Selangor akan cerah selama-lamanya. Seperti PP. Diaorang dah kaji dan ada perancangan yang teliti untuk mengambil alih Negara ini. Maka kerajaan Pakatan (yang didominasi DAP), tidak boleh diberi peluang walau sepenggal pun, kerana ia bererti terlepas buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  3. Bumiputera Islam/Melayu kat Tanah Melayu, NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ni malangnya terus diJAJAH kaum PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL; yg asalnya dibawa masuk si PENJAJAH British-ZIONIS!

    Dan TANAH PUSAKA Rizab Melayu boleh pula diSAMUN sewenangnya oleh si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL - yg. jelas menyalahi Perkara 13, 89 dan 153 Perlembagaan Malaysia; maka tanah pusaka ini mesti diKEMBALIKAN segera walau seinci! Aku syak ada si PENDATANG KAPIRDAJAL bina tokong/kuil/kubur HARAM kata atas tanak pusaka nenek moyang kita ni – lansung pemimpin UMNO-LIBERAL jadi PENAKUT nak halau! Maka, NGO-NGO Islam/Melayu mesti buat repot POLIS psl. kemungkinan RASUAH oleh K'jaan Selangor dan yg. jelas melanggar Perlembagaan pasal Tanah Rizab Melayu ini! dan sebab itulah diperlukan Peguam-peguam SUKARELAWAN yg. amat pro-aktif, utk. lebih agresif berjuang di mahkamah demi mempertahankan ISLAM/umatnya – mesti tubuhkan jabatan peguam Sukarelawan/sepenuh masanya sendiri dlm. GABUNGAN NGO-NGO Islam/Melayu (sistem khidmat guaman yg. amat pro-aktif ini salah satu punca kemenangan MUSUH ISLAM termasuk di Barat).

    Lihat kuasa EKSEKUTIF DYMM YDPA melindungi hak keistimewaan Bumiputera ISLAM/Melayu dan Bumiputera lain, termasuk dlm. pekerjaan, pendidikan, biasiswa DAN SEBAGAInya, di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ :

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

    Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

    Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

    (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini……

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamadun tertua di malaya atau Malaysia adalah di lembah bujang .. tak reti mengapa pendatang yang lain teruja dengan ketamakan berlandaskan perlembagaan belas kesian dari British..

      Delete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.