UNDANG-UNDANG MALAYSIA HARUS DIGUBAL SEMULA DARI 'ENGLISH COMMON LAW' KEPADA 'ISLAMIC COMMON LAW' - PROFESOR ABDUL BASIR MOHAMAD

Oleh : Shahfizal Musa
Foto : Raai Osman

BANGI - Undang-Undang di Malaysia sewajarnya diasaskan kepada Common law Islam dan tidak lagi harus disandarkan kepada Common law Inggeris, kata seorang Profesor dari Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Common law adalah, undang-undang yang terbina dari keputusan kes-kes yang lepas. Ini berlainan dengan akta yang diluluskan dalam parlimen.

Perundangan Malaysia kini masih terus merujuk kepada undang-undang Inggeris yang diguna pakai untuk memenuhi kekosongan walau pun selepas mencapai kemerdekaan.

Professor Abdul Basir Mohamad telah membuat cadangannya itu dalam Syarahan Perdananya bertajuk “Penerokaan Undang- Undang Tort Islam,” di sini hari ini.

Beliau berkata kini sudah tiba masanya untuk negara beralih ke undang-undang tort Islam. Undang-undang tort adalah, undang-undang sivil yang melibatkan ganti rugi.

Ia meliputi tuntutan yang sangat luas. Misalnya seseorang boleh menyaman jirannya jika bangunan yang baru dibina menghalang cahaya matahari sampai kerumahnya. Kes yang lebih diketahui ramai adalah kes saman malu, yang semakin popular sekarang, ini termasuk dalam bidang tort.

Beliau persoal kenapa kita masih perlu berkiblatkan Barat sedangkan kita sudah pun mempunyai sumber rujukan dan pusaka common law Islam yang mencukupi malah lebih adil.

Common Law Islam juga bukanlah suatu yang asing dan ganjil khususnya bagi orang Melayu di Malaysia kerana ia telah pun digunakan di Tanah Melayu sebelum penjajahan dahulu.

Kini terdapat banyak sumber perundangan Islam dalam kes sivil yang telah terkumpul sama ada dari negara-negara Arab atau pun dalam kes-kes tempatan. Sewajarnyalah sekarang kita kembali kepada undang-undang wahyu, kata Prof Basir.

Ia juga serasi undang-undang yang sedia ada dan tidak ada sebab kenapa kita perlu masih menggunakan undang-undang Inggeris yang masyarakatnya, kepercayaan, nilai serta cara hidup yang jauh berbeza dari masyarakat Malaysia.

Beliau berkata walaupun sumber undang-undang sivil Islam yang ada sudah cukup untuk dirangka sebagai suatu akta beliau mencadangkan suatu cara yang lebih realistik.

Pendekatan yang boleh dilaksanakan dengan serta-merta, tanpa perlu mengadakan undang-undang melalui proses parlimen dengan hanya para hakim sendiri merujuk kepada sumber undang-undang sivil Islam dan bukan lagi undang-undang Inggeris ketika hendak menjatuhkan penghakiman.

Sekali pun ini tidak akan menonjolkan label undang-undang Islam tetapi apa yang penting adalah intipatinya, tambah Prof Basir.

Sekiranya ini dapat diamalkan oleh para hakim, lama kelamaan common law Islam akan dengan sendirinya menggantikan common law Inggeris.

Prof Basir telah menerbitkan beberapa buah buku, antaranya Undang-Undang Tort: Suatu Perbandingan; Undang-Undang Tort suatu perbandingan, Undang-Undang Tort Islam dan Undang-Undang Tort Malaysia.

Timbalan Naib Canselor, (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, para dekan, pensyarah dan pelajar telah hadir mengikuti syarahannya itu.

Sumber : http://www.ukm.my/

Post a Comment

1 Comments

  1. Perkara ini telah lama sepatutnya dilaksanakan tetapi kerana takut kehilangan undi orang kafir ianya dibekukan. Jawablah di akhirat nanti kepada semua pihak baik Islam UMNO mahupun Islam PAS dan PKR.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.