MENJAWAB PUTAR BELIT @mahasiswakini @pmium @Gamis_Malaysia BERKENAAN INSIDEN #TANGGALPURDAH DI DEWAN PEPERIKSAAN UNIVERSITI MALAYA cc @MuhyiddinYassin @idrisjusoh @PemudaIPT @biroipt @ustazfathulbari @PenggerakUM @RakanMalaya @SrikandiUM

Oleh : Jebat [Mahasiswa Universiti Malaya.]

Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengendali blog Penaminang.com kerana memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk memberikan komentar mengenai kejadian seorang mahasiswi Islam yang diminta menanggalkan purdah pada 16 Jun 2014 ketika sesi peperiksaan akhir semester 2 2013/2014 sedang berlansung. Sekaligus dalam penulisan ini saya cuba menjawab fitnah yang dilemparkan oleh Hewi PMIUM yang menggambarkan bahawa pelajar berkenaan diabkan dengan begitu zalim.

Insiden

Kejadian ini bermula apabila seorang mahasiswi telah diminta oleh pengawas yang bertugas agar menanggalkan purdah beliau di luar. Ini selaras dengan peraturan Universiti Malaya yang melarang mana-mana pelajar menutup muka mereka ketika berada di dalam dewan. 

Tidak ada sebarang cacian, maki hamun atau suara meninggi yang didengari oleh para pelajar yang lain. Pelajar berkenaan telah diminta dengan penuh sopan oleh pengawas berkenaan untuk keluar sebentar bagi menanggalkan purdahnya di luar dewan peperiksaan.

Undang-Undang

Pengawas Peperiksaan berkenaan telah bertindak bersandarkan peraturan yang digunapakai di UM. Peraturan ini boleh dirujuk di  Perlembagaan Universiti Malaya 1997, Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2010, Peraturan-peraturan Universiti Malaya, (Pengajian Ijazah Pertama) 2010, pada Jadual C, Arahan Am Peperiksaan, (3) Larangan, (e),. Boleh rujuk disini : http://cmsad.um.edu.my/images//engine/download/Peraturan_Peraturan_Universiti_Malaya_Pengajian_%20Ijazah_Pertama2010.pdf

Di dalam peraturan berkenaan, ada menyentuh mengenai larangan kepada pelajar samaada Lelaki mahupun Perempuan untuk mengenakan sesuatu pakaian / topeng yang menutup muka mereka ketika berada di dalam dewan peperiksaan.

Kesilapan Teknikal

Saya melihat tindakan pengawas berkenaan walaupun benar pada erti kata peraturan yang ditetapkan, namun tindakan beliau yang meminta agar pelajar wanita berkenaan menanggalkan purdah ketika sesi peperiksaan sedang berlansung adalah satu tindakan yang kurang berhemah. Adalah sebaiknya pelajar berkenaan tidak diganggu konsentrasinya yang pada ketika itu sedang fokus menjawab soalan peperiksaan. Jika ianya dimaklumkan kepada pelajar berkenaan sebelum peperiksaan bermula, maka ianya tidak menjadi satu isu. - Namun barangkali juga akan menjadi isu sekiranya pihak berkenaan masih tidak berpuas hati dengan arahan tersebut.

Hukum Berpurdah

Saya tidak mahu membicarakan perkara ini secara panjang lebar, kerana wujud Khilaf dikalangan para ulama. Adapun saya lebih suka dan gembira agar pelajar wanita mengenakan purdah, ianya tidaklah sampai saya mengatakan ianya wajib. Dalam hal ini saya lebih berpendirian dan bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Muhaddis terkenal di dunia, Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani yang berpandangan adalah lebih elok dan sebaiknya wanita mengenakan purdah pada wajah mereka.

Berikut merupakan pandangan Syeikh Nasiruddin Al-Albani mengenai hukum berpurdah ;

Kami tidak mengetahui ada seorang pun daripada sahabat yang mewajibkan hal itu. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syari’at ianya tidak tepat kerana tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.

Oleh kerana itu saya telah membuat satu bab khusus di dalam kitab ‘Hijabul Mar’aatul Muslimah’, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid’ah. Saya telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.

Hadis Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua telapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam ‘Al-Mushannaf’.

Pendapat kami adalah bahawa hal ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan ‘As Salafus Soleh’ dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir Ath-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

“Ertinya : Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan”

Tanggapan saya. Memang kaedah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syari’at. Sedangkan orang yang pertama menerima syari’at adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syari’at ini daripada beliau adalah para shahabat. Para Sahabat sudah tentu memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu ushul fiqh seperti di atas.

Telah kami sebutkan dalam kitab ‘Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah’ kisah seorang wanita ‘Khats’amiyyah’ yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibawa oleh Nabi Sallallahu ‘laihi wa sallam, dan wanita itu pun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, sehingga boleh baginya membuka wajahnya, sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Dan saya telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah ‘tahallul’ awal.

Dan seandainya benar wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan .?!

Kemudian kami katakan bahawa pandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita, tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syari’at dan dari segi tabi’at manusia.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nur : 30]

Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nu : 31]

Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.

Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.

Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.

Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, yang Pembuat syari’at dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.

Adapun hadis.

“Ertinya : Wanita adalah aurat”

Tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan auratnya di dalam solat.[1]

Yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (Jumhur).

Hadis diatas, yang berbunyi.

“Ertinya : Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya”

Tidak boleh diertikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :

“Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi”.

Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa ‘bid’ah-bid’ah’ itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain…. ramai orang yang membaca selawat ketika memulai azan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.

“Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” [Al-Ahzaab : 56]

Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan selawat kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam azan yang memakai selawat, kerana ianya memerlukan dalil khusus, wallahu a’lam,).

Mewajibkan wanita menutup wajah. 

Berdasarkan hadis : “Wanita adalah aurat”, adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (Sahabiyah) ketika melaksanakan solat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.

Oleh yang demikian hadis diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan telapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para sahabat).

[Disalin dari kitab Majmu'ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, edisi Indonesia
Fatwa-Fatwa AlBani, hal 150-154 Pustaka At-Tauhid]
_________
Nota kaki
[1] Maksud beliau adalah bahawa orang yang berpendapat tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita pun bersepakat tentang bolehnya wanita membuka wajahnya, yang menurut mereka adalah aurat, ketika solat, maka hal ini menunjukkan bahawa hadis di atas tidaklah berlaku secara mutlak.


Larangan Berpurdah Di Universiti Al-Azhar

Isu larangan berpurdah ini pernah menjadi satu polemik di Universiti Al-Azhar apabila Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.


Larangan Berpurdah di Kolej Universiti INSANIAH Kedah.


Ketika Kedah diperintah dibawah PAS, pentabdiran Kolej Universiti Insaniah Kedah turut melaksanakan larangan purdah / niqab kepada seluruh warga mahasiswi mereka. Namun isu ini tidak di 'highlight'kan ekoran institusi berkenaan pada ketika itu berada dibawah pengaruh dan seliaan PAS.

Cadangan

Sebagai seorang mahasiswa yang prihatin dengan kejadian yang menimpa kepada mahasiswi berkenaan, saya ingin mencadangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan agar duduk semeja dan berbincang mengenai perkara ini. Baik dipihak pentadbir Universiti, Majlis Perwakilan Mahasiswa UM, mahupun individu berkenaan perlu dipanggil dan berdiskusi agar isu ini dapat diselesaikan dengan aman.

Namun begitu suka saya mencadangkan penambahbaikkan untuk sesi-sesi akan datang.

1. Memaklumkan kepada pelajar mengenai peraturan pakaian sebelum memasuki dewan.
2. Mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan di dalam dewan peperiksaan.
3. Mewujudkan satu ruangan khas bagi wanita yang berpurdah di dalam dewan peperiksaan.
4. Memansuhkan peraturan yang termaktub dalam jadual C, Arahan Am Peperiksaan, (3) Larangan, (e)

Kesimpulan

Adalah sebaiknya pihak-pihak berkenaan tidak memperbesar-besarkan isu ini pada pihak media terutama media yang cuba memburuk-burukkan nama baik Universiti Malaya. Memang benar, Universiti Malaya banyak kelemahan dari segi pentadbiran dan layak untuk menerima kritikan, namun gunakanlah ruang yang telah tersedia untuk mengkritik, memberi cadangan, pendapat dan pandangan mengenai satu-satu isu. Ini lebih menggambarkan nilai intelektualiti dan kualiti mahasiswa dalam proses mengurus isu dan masalah.

Post a Comment

10 Comments

  1. Ulamak al azhar dah kuorkan fatwa lsrangan berpurdah....

    Bdak tu bodo ke hapa...??

    ReplyDelete
  2. pandangan saya: Hanya bersetuju dgn cadangan penambahbaikan No. 1 sahaja.
    perkara UTAMA yg perlu dilihat adakah memakai PURDAH WAJIB atau TIDAK?
    membuka PURDAH adakah berDOSA atau TIDAK?
    Jawapan ada di dalam penerangan yg diberi, maka cadangan penyelesaian No.2-4 tidak diperlukan keranha melibatkan MAJORITI pihak/pelajar universiti.
    Kaedah yg perlu diamalkan adalah memudahkan bukan menyusahkan.
    Cara pengawas peperiksaan mengambil tindakan yg perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERDOSA pakai purdah kalau dengan niat dan dengan penuh kesedaran dan dengan sengaja dan sebab tunjuk degil (konon-kononnya muslimah suci sejati la tu) melanggar peraturan yang di persetujui bersama apatah lagi peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak yang kita bernaung seperti Universiti misalnya selagi peraturan tersebut tidak melanggar syarak. Jelas larangan menutup muka tidak melanggar syarak seperti yang di amalkan di sini.

      Delete
  3. "Namun begitu suka saya mencadangkan penambahbaikkan untuk sesi-sesi akan datang.

    1. Memaklumkan kepada pelajar mengenai peraturan pakaian sebelum memasuki dewan"

    Bro, peraturan larangan perpurdah tu sudah diwar-warkan berbulan-bulan sebelum exam kan? Hatta dalam buku peraturan semasa orientasi dan web UM pun ada larangan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandangan berkenaan berpurdah ni adalah perkara khilafiyah.. sepatutnya pelajr ni x terlalu emo .. wallahu a'lam.. lagipun nak menjaga maslahat juga.. takut ada yang menyamar..

      Delete
    2. Bro 13:37 dlm exam hall x dimaklumkan pasal purdah. Kita sangka baiklah. Maybe budak ni x baca buku peraturan UM. Mungkin terlalu runsing memikirkan exam.

      Delete
    3. Kalau nak baca buku peraturan UM yang 55 muka surat tu, jangan pakai selipar, purdah etc. sampai 1 jam pun tak habis bro.

      Delete
    4. *5 mukasurat

      Delete
  4. Pd aku purdah ni tak wajib, walaupun bini aku berpurdah.

    ReplyDelete
  5. Yela. Siapa yang tidak belajar di UM mungkin tak tau kondisinya macam mana. Sebab, sebelum ni ada je n ramai berpurdah, tidak di tegur pula suruh dibuka. Tetiba, kali ini di suruh buka. Dan, pada pihak pengawas pula, tidak salah kalau mintak di selak sebentar purdah pelajar tersebut untuk check ic/kad matrik dan tengokmuka pelajar terbabit. Lagipun, pengawas tu menganggu konsentrasi pelajar terbabit. Lgipun pelajar itu baru nak mula pakai purdah (brubah lebih baik) , tetiba suruh buka, maka hilanglah konsentrasinya untuk jawab exam.

    Yang peliknya, pakai purdah di larang, tapi bila peljar intrnational pakai siglet atau skirt x di tgur pula.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.