[VIDEO] SOALAN 'CUTE' SEORANG ISTERI YANG CEMBURU KEPADA BIDADARI SYURGA



Oleh : Jebat

Nampaknya sang isteri ini benar-benar seorang yang 'cemburu' dengan 'bidadari di syurga' yang dirasakan akan merampas 'perhatian' suaminya.

Mungkin si suaminya itu terlalu baik dan 'hensome' sehinggakan si isteri terlalu mencemburuinya.

Berikut merupakan transliterasi soalan dan jawapan :

Seorang muslimah bertanya kepada Syekh Dr. Muhammad Al-Arifi hafizhahullah, “wahai syeikh, saya ingin bertanya, saya tidak tau apakah yang seperti ini diperbolehkan…”

Syeikh berkata, “silakan…”

Muslimah tersebut kemudian bertanya dengan malu-malu, “hmm… begini… bolehkah saya berdoa, meminta kepada Allah agar suami saya kelak disyurga tidak dipertemukan dengan bidadari…?!”

Syekh : (tertawa)… “jangan katakan kalau anda membenci bidadari… hmm… begini, apakah anda akan menguji kesetiannya di dunia dan masih akan tetap menguji kesetiannya di akhirat?” (tertawa)… “Saya doakan anda agar Allah mengumpulkan anda dan suami anda disurga, dan jika anda masuk syurga, anda akan mendapatkan kesenangan -dengan izin Allah-, baik ada bidadari, ataupun tidak ada bidadari… dan insya Allah kedudukan anda akan jauh lebih baik dari pada bidadari, kerana seorang wanita Muslimah di syurga, perkara mereka, kebahagiaan mereka, dan kecantikan mereka, jauh lebih baik dari pada yang dimiliki oleh bidadari… maka anda tidak perlu khuatir… saya doakan agar anda dikumpulkan bersama suami anda disyurga… Amiin”.

Post a Comment

0 Comments