BERHATI-HATI DENGAN MEMRI TV

Oleh : AJ

Siapa-siapa yang pernah menonton video mengenai Syiah yang dimuat naik ke Youtube, pastinya akan menonton video-video yang dikeluarkan oleh Memri TV. Memri TV menawarkan kepada transliterasi bahasa Inggeris kepada penonton-penonton yang tidak memahami bahasa arab.

Memri TV banyak membawakan bual-bual bicara yang panas. Kadangkala kita boleh melihat pertembungan antara Syiah dan Sunni, Politik dunia arab, dan pelbagai lagi. Ternyata kewujudan 'Memri TV' penulis lihat sebagai satu 'rahmat' terutama sekali bagi penulis yang kurang memahami Bahasa Arab.

Namun begitu, apabila penulis melakukan sedikit penyiasatan terhadap kewujudan entiti ini, barulah penulis mengetahui bahawa Memri TV ini diasaskan oleh Yigal Carmon, bekas inteligen tentera Israel yang juga menjadi pengasas kepada Institut Penyelidikan Media Timur Tengah yang beroperasi di Washington D.C. 

Walaupun MEMRI menyatakan mereka bukanlah sebuah entiti yang berunsur politik, tetapi penulis berharap penonton berhati-hati ketika menonton video yang dipaparkan. Tidak menafikan ada kebaikan setiap video yang diterjemahkan kepada kita, namun kita tidak tahu apa niat sebenar dan proganda disebalik organisasi seperti ini. Wallahualam.

Rujukan :


Post a Comment

0 Comments