INILAH JAWAPAN KEPADA BEBERAPA PERKARA BERBANGKIT MENGENAI SYIAH

Oleh : Jebat

Asssalamualaikum.

Baru-baru ini penulis dihubungi oleh beberapa orang rakan yang ingin bertanyakan mengenai satu kenyataan pendek yang dibangkitkan oleh seorang manusia yang mempersoalkan mengenai Syiah. Berikut merupakan kenyataan pendek yang dikirimkan kepada penulis.


==========

Innalillahi wainnailaihi rojiun,Astaghfirullah ala'zhim berkemungkinan bila saya bercakap tentang sebaliknya sy muliakn pasti anda akan mengatakan sy syiah tetapi sy ingin bagitahu disni pendirian sy adalah berpegang konsep jemaah(majoriti)fatwa2 ulama2 dunia,ketahuilah saudara2ku yg aku kasihi sekalian. Jika kenyataan semua syiah itu kafir yakni bukan islam dgn tidak ada satupun yg trkecuali, brmakna anda telah mengkafirkn saudara2 seIslam kita bahkan lebih teruk Dan bahaya lg kekafirannya dari agama2 sesat yg lain, masyaallah semoga Allah mengmpuni sy dan ayah2 semua, jika kita tidak bersetuju dgn mereka sekalipun, jgnlah smpai kita mengkafirkn mereka dgn mudah sekali,jika begitu kita juga tak ada bezanya dgn mereka2 yg benar2 sesat dlm syiah itu sendiri tuan. JIKA SYIAH ITU SESAT DAN KAFIR(TAK PERNAH ISLAM yakni termasuk mazhab jaafariah n zaidiah yg telah di wartakan ulama pic islam)!kenapa mereka dlm organisasi OIC? Knp mereka boleh menunaikan umrah Dan haji di tanah haram mekah? kenapa mereka boleh menyertai TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA DI MALAYSIA setiap tahun disitu pula ulama2 mereka di panggil mnjadi sebahagian juri tilawah di malaysia n DAN DI SELURUH DUNIA? Jika al-quran mereka lain kenapa benarkn mereka menyertai tilawah n menjadi juri? Kenapa? JIKA mereka kafir, kenapa nama republik Islam dibenarkan mereka pakai? Kenapa benarkan kalimah alif lam lam ha(Allah) pada bendera meraka? kenapa?kenapa? kenapa? Adakah ulama2 sluruh dunia terutama sheikhul Islam al-azhar bodoh dan buta Kenapa mereka tidak mengisytiharkn secara terang2an tntg kekafiran syiah jaafariah n zaidiah ayah2 sekalian? Sesungguhnya kita sudah sedia mklum abdullah bin saba' ini munafiq yg nyata kenapa perangai atau cara pemahaman kita dlm menilai kesesatan itu sama sekali menuruti kata2 munafiq Besar ini tuan? Ingatlah musuh yg ingin menjatuhkn perpaduan sesama Muslim akan sedaya upaya masuk kedlam semua komuniti ummat islam (munafiq) bg melaga2kan kita semua tujuannya utk menguasai dunia dan menindas serta  menghilangkn Islam yg murni Dan haq dari dunia ini!!! Tetapi ketahuilah WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAHU MAKIRIN(Mereka merancang, Allah juga merancang,sesunggahnya perancangan Allah lebih baik....Wallahu a'lam.

==========

Begitulah persoalan yang dibangkitkan oleh penanya berkenaan.

Disini mari kita 'Highligt'kan apa yang dibangkitkan dalam bentuk point.

1. Jika Syiah sesat, kenapa Syiah (IRAN) dalam organisasi OIC (Organization Islamic Conference)

2. Jika Syiah kafir, kenapa ada diantara mereka yang dibenarkan memasuki Makkah dan Madinah. Sedangkan kita mengetahui bahawa orang Kafir memang tidak dibenarkan memasuki Makkah dan Madinah.

3. Kenapa ada wakil Syiah dalam Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun?

4. Kenapa Iran dibenarkan menggunakan nama Islam pada nama negaranya? (Republik Islam Iran.)

5. Kenapa negara majoriti Syiah (Iran) dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH pada bendera mereka?

6. Kenapa ulama-ulama di Azhar tidak mengistiharkan kekafiran Syiah?

Saya akan cuba menjawab persoalan ini dengan sebaik mungkin.

Jawapan untuk soalan 1.

Soalan : Jika Syiah sesat, kenapa Syiah (IRAN) dalam organisasi OIC (Organization Islamic Conference)

OIC adalah pertubuhan dunia. Tidak ada bezanya OIC dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang wujud di dunia ini. Cuma OIC hanya mengumpulkan negara-negara yang mengaku diperintah oleh orang 'ISLAM'. OIC ditubuhkan atas prinsip "Untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia."

OIC tidak mempunyai ketua yakni Khalifah dalam menentukan satu-satu keputusan. Negara-negara di dalam OIC diterima menyertai pertubuhan tersebut diatas persepsi fizikal negara berkenaan yang diperintah oleh orang ISLAM yang mengaku negara mereka adalah negara ISLAM.

Dalam soal menghalang kemasukan IRAN ke dalam OIC, penulis ingin membawa kembali persoalan kepada pembaca, adakah Nabi S.A.W pernah menghalang seseorang munafiq untuk memasuki masjid? Jawapannya - Tidak. Adakah Syiah itu agamanya Munafiq? Jawapannya - Ya. Jika tidak masakan ada elemen Taqiyyah dalam agama mereka. Maka dengan itu penulis melihat, penyertaan Iran kedalam OIC samalah juga keadaannya seseorang munafiq memasuki masjid.

Jawapan untuk soalan 2.

Soalan : Jika Syiah kafir, kenapa ada diantara mereka yang dibenarkan memasuki Makkah dan Madinah. Sedangkan kita mengetahui bahawa orang Kafir memang tidak dibenarkan memasuki Makkah dan Madinah.

► PERTAMA :

Sebaik-baik jawapan ialah Wallahu a’lam. Hanya Allah yang tahu sebenar-benar alasan di balik kebijakansanaan Pemerintah Saudi memberikan tempat bagi kaum Syiah untuk menziarahi Makkah dan Madinah.

► KEDUA :

Dalam Mazhab Syiah terdapat banyak golongan-golongan. Di antara mereka ada yang lebih dekat ke golongan Ahlus Sunnah (iaitu Syiah Zaidiyyah - meskipun sebahagian ulama sudah mengatakan Syiah Zaidiyyah sudah tergolong sesat dengan Syiah yang lainnya, ada yang moderat kesesatannya, dan ada yang ekstrim (seperti Imamiyyah dan Ismailiyyah). Terhadap kaum Syiah ekstrim ini, rata-rata para ulama tidak mengakui keislaman mereka.

► KETIGA :

Usia Mazhab Syiah sudah sangat tua. HAMPIR setua usia sejarah Islam itu sendiri. Tentu cara menghadapi mazhab seperti ini berbeza dengan cara menghadapi Ahmadiyyah, aliran Lia Eden, dan lain-lain. Bahkan Syiah sudah mempunyai sejarah sendiri, sebelum kekuasaan negeri Saudi dikuasai Dinasti Saud yang berfahaman Salafiyyah. Malah sebelum Dinasti Ibnu Saud berdiri, kaum Syiah sudah pun masuk ke Makkah dan Madinah. Ibnu Hajar Al Haitsami penyusun kitab As Shawaiq Al Muhriqah, memperingatkan bahaya mazhab Syiah yang di masanya banyak muncul di Kota Makkah. Padahal kitab ini termasuk kitab turats klasik, yang sudah ada wujud SEBELUM ERA Dinasti Saud.

► KEEMPAT :

KALAU MELIHAT IDENTITI kaum Syiah yang datang ke Makkah atau Madinah, jawapannya rata-rata tertulis “agama Islam”.

Negara Iran mendakwa negara mereka sebagai :
a) Jumhuriyyah Al Islamiyyah (Republik Islam).
b) Revolusi mereka disebut Revolusi Islam (Al Tsaurah Al Islamiyyah).

Data seperti ini tentu SANGAT MENYULITKAN untuk MEMASTIKAN jenis mazhab mereka. Maka mereka semuanya disebut “Islam” atau “Muslim”.

► KELIMA :

Kebanyakan kaum Syiah yang datang ke Makkah atau Madinah, mereka adalah ORANG AWAM.  Ertinya, praktik Syiah mereka umumnya hanya ikut-ikutan, kerana tradisi, atau kerana desakan persekitaran (mereka tinggal di Iran). Orang seperti ini berbeza dengan tokoh-tokoh Syiah ekstrem yang memang sudah dianggap murtad dari jalan Islam.

Tanda-tanda kalau mereka orang awam ialah :
Kemahuan mereka untuk datang ke Tanah Suci Makkah dan Madinah itu sendiri.

Sedangkan sekiranya mereka itu adalah Syiah ekstrim :
Mereka tidak akan mahu datang ke Tanah Suci Ahlus Sunnah. Bukankah mereka sudah pun mempunyai “tanah suci” sendiri iaitu : Karbala’, Najaf, dan Qom.

Maka dengan itu kaedah melayan 'perangai' kaum Syiah awam perlulah berbeza dengan 'layanan' kepada Syiah yang ekstrim.

► KEENAM :

Diharapkan kedatangan orang-orang Syiah ke Tanah Suci Makkah dan Madinah dapat membuka mata mereka mengenai ahli sunnah selain mengambil banyak pelajaran dari kehidupan kaum Muslimin di Makkah dan Madinah. BILA mereka tertarik, terkesan, atau bahkan terpikat, diharapkan mereka akan bertaubat dari agamanya, DAN KEMBALI ke jalan lurus, agama Islam yang tulen berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

► KETUJUH :

Dengan hadirnya ribuan kaum Syiah di Tanah Suci Makkah dan Madinah memberikan BUKTI BESAR betapa ajaran Islam (Ahlus Sunnah) SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA. Meskipun para ulama dan kaum penyesat Syiah sudah bekerja keras sejak ribuan tahun lalu dengan mereka-reka agama baru yang berbeza dengan ajaran Islam Ahlus Sunnah : tetap saja fitrah mereka tidak boleh dinafikan bahawa hati-hati mereka terikat dengan Tanah Suci kaum Muslimin (Makkah dan Madinah), bukan Karbala, Najaf, dan Qom.

► KELAPAN :

Kaum Syiah di negeri mereka (Iran / Iraq) sangat biasa memuja kubur, menyembah kubur, tawaf mengelilingi kubur, meminta tolong dari ahli kubur, berkorban untuk penghuni kubur, dan lain-lain lagi. Kalau mereka datang ke Makkah dan Madinah, maka praktik “ibadah kuburan” itu tidak ada disana (di Makkah dan Madinah). Harapannya agar mereka boleh belajar untuk meninggalkan ibadah kubur jika mereka sudah kembali ke negaranya. Insya Allah.

► KESEMBILAN,

Pertanyaan di atas sebenarnya LEBIH LAYAK DIAJUKAN KE KAUM SYI'AH SENDIRI, bukan ke Ahlus Sunnah.

Amat pelik jika Syiah bertanya, “Mengapa orang Syiah masih boleh ke Makkah dan Madinah?” sedangkan soalan yang sepatutnya ialah “Kalau Anda benar-benar Syiah, mengapa masih datang ke Makkah dan Madinah?". Bukankah kamu (Syiah) sudah mempunyai 'Kota Suci' sendiri?

Jawapan untuk soalan ke 3

Soalan : Kenapa ada wakil Syiah dalam Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun?

Memanggil seseorang Syiah untuk membaca Al-Quran bukanlah satu masalah yang besar bagi penulis. Ini kerana pada zaman Islam masih lagi dalam zaman kegelapan (Makkah), Umar R.A sendiri pernah membaca Al-Quran yang pada ketika itu beliau masih belum memasuki agama Islam. Persoalannya disini, jika Umar Al-Khattab ketika masih belum Islam tidak dihalang dari membaca ayat-ayat ALLAH, kenapa kita nak menghalang mereka yang Syiah ini dari membaca ayat-ayat Al-Quran di dalam tilawah Al-Quran yang dianjurkan oleh negara Sunni? Bukankah nabi juga tidak pernah menghalang orang Munafiq untuk membaca Al-Quran? Selain itu yang penting ialah memahami isi Al-Quran berdasarkan pemahaman Nabi dan para sahabat dan bukannya mengikut pemahaman Syiah. Perlu diingatkan, Syiah bukan sahaja mendakwa Al-Quran yang ada pada tangan ahli sunnah telah diseleweng, tetapi juga mendakwa mereka mempunyai edisi Al-Quran lengkap yang dipanggil Al-Quran resm Fatimah. Jadi sekiranya mereka benar, kenapa mereka membaca Al-Quran menggunakan Al-Quran yang dibekalkan oleh negara penganjur dan bukannya Al-Quran mereka sendiri? Tidakkah ini bermakna mereka sendiri meragui Al-Quran mereka sendiri?

Jawapan untuk soalan ke 4.

Soalan : Kenapa Iran dibenarkan menggunakan nama Islam pada nama negaranya? (Republik Islam Iran.)

Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang sesebuah negara menggunakan perkataan ISLAM pada negara, persatuan atau pertubuhan. Ini kerana ISLAM adalah nama yang universal. Konsepnya sama dengan nama-nama orang Islam yang digunapakai di Sabah dan Sarawak. Kita barangkali pernah berjumpa dengan individu-individu yang bernama seakan-akan nama orang ISLAM. Namun apabila ditanya apa agama mereka, ada yang menyatakan mereka beragama Kristian. Perlu diingatkan bahawasanya, nama ISLAM tidak mencerminkan seseorang itu atau sesebuah negara itu adalah negara negara ISLAM. Mengambil contoh, Republik Arab Mesir. Adakah negara berkenaan bukan negara Islam hanya kerana negara berkenaan menggunakan konsep 'Bangsa & Bahasa' Arab dalam menjelaskan kedudukan negaranya? Yang dilihat disini adalah Aqidah. Bukan nama.

Jawapan untuk soalan ke 5

Soalan : Kenapa negara majoriti Syiah (Iran) dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH pada bendera mereka?

Seperti jawapan pada soalan ke 4, tidak ada sesiapa yang boleh dihalang dari menggunakan nama ALLAH. Namun yang dikhuatiri adalah manipulasi dari nama ALLAH yang digunapakai itu sendiri. Kita melihat bagaimana Kristian memanipulasi nama ALLAH untuk kepentingan agama mereka? Apa tujuan Kristian menggunakan nama ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu? Kita semua tahu bahawa tujuan Kristian menggunakan nama ALLAH sebagai ganti 'God' dan 'Tuhan' adalah untuk menggelirukan umat ISLAM. Maka tak terfikirkah kita putar belit Syiah dalam mengelirukan umat ISLAM dalam menggunakan nama ALLAH dalam bendera mereka. Lagipun kita tahu, Syiah adalah kelompok yang kuat mensyirikkan ALLAH. Jadi ada apa dengan kalimah ALLAH, jika kalimah yang mulia itu disyirikkan oleh Syiah? Dan bukankah Kristian juga mensyirikkan ALLAH?

Jawapan untuk soalan ke 6

Soalan : Kenapa ulama-ulama di Azhar tidak mengistiharkan kekafiran Syiah?

Mungkin dalam bab ini, penyoal tersebut terlalu melihat kepada ulama Mesir. Kenapa hanya melihat kepada Ulama Al-Azhar semata-mata? Apa kata kita melihat kepada ulama yang lebih mukhtabar yang terlebih dahulu daripada mereka.

Asyhab bin Abdul Aziz telah berkata : Imam Malik telah ditanya tentang Rafidhah, maka beliau menjawab : "Janganlah kamu berbicara dengan mereka, dan janganlah mengambil riwayat dari mereka, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (pembohong)".

Dan berkata Imam Malik : "orang yang mencaci maki para sahabat Rasulullah, maka ia tidak berhak mendapatkan nama, atau tempat di dalam Islam."

Berkata Ibnu Katsir di dalam firman Allah :


مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka wujud pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu'min)". (Al Fath: 29).

"Dari ayat ini, maka Imam Malik menyimpulkan di dalam satu riwayat darinya, dengan mengkafirkan orang-orang rafidhah dimana mereka membenci para sahabat, beliau berkata : "Kerana para sahabat menjengkelkan hati mereka (orang-orang rafidhah), siapa yang dijengkeli oleh para sahabat maka ia adalah kafir oleh ayat ini".

Al Qarthubi telah berkata : "Sungguh Imam Malik telah berbuat baik dalam ucapannya dan dia telah benar dalam menafsirkannya, maka sesiapa mencela seorang saja dari mereka atau mencela riwayatnya maka dia telah membantah Allah Rabb semesta alam, dan telah menggugurkan syari'at-syari'at kaum muslimin."[1]

Abu Hatim telah berkata : "Telah bercerita kepada kami Harmalah, dia berkata : Saya telah mendengar Imam Syafi'i berkata : "Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih mudah bersaksi dengan kepalsuan daripada Rafidhah".

Muammil bin Ahab telah berkata : "Saya telah mendengar Yazid bin Harun berkata : "Ditulis (riwayat hadis) dari setiap pelaku bid'ah bila tidak mengajak ke bid'ahnya, kecuali Rafidhah, sesungguhnya mereka itu pendusta."

Dan Muhammad bin Sa'ad Al Ashbahaani telah berkata : "Saya telah mendengar Syeikh Syuraik berkata : "Ambillah ilmu itu dari setiap orang yang kamu jumpai kecuali Rafidhah, sesungguhnya mereka membuat-buat (memalsukan) hadis, dan mereka menjadikan hal itu sebagai agama". Syuraik ini adalah Syuraik bin Abdullah Qodhi (hakim) kota Kufah.

Mu'awiyah telah berkata : "Saya telah mendengar Al 'Amasy berkata : Saya menjumpai sekelompok manusia, dan mereka tidaklah menyebutkan tentang mereka (rafidhah) kecuali (digolongkan kepada) orang-orang sangat pembohong", maksudnya (mereka yang pembohong itu) adalah pengikut Al Mughirah bin Sa'id yang bermazhab Rafidhah lagi pendusta, seperti yang disifati oleh imam Adz Dzahabi.[2]

Syeikhul Islam telah berkata dalam mengomentari apa yang dikatakan oleh para Imam Salaf : "Dan adapun Rafidhah asal usul bid'ah mereka diambil dari Zindiq dan kufur serta unsur kesengajaan, kebohongan yang banyak sekali di tengah-tengah mereka, dan mereka mengakui hal itu, dengan mengatakan : Agama kita adalah Taqiyah, iaitu salah seorang dari mereka mengucapkan dengan lidahnya berbeza dengan apa yang ada di hatinya. Dan inilah hakikat kebohongan dan kemunafikan, maka mereka dalam hal itu sebagaimana pepatah : "Ia telah melemparku dengan penyakitnya lalu ia lari".[3]

Berkata Abdullah bin Ahmad bin Hambal : Saya telah bertanya kepada bapakku tentang Rafidhah, maka dia mengatakan : "Iaitu orang-orang yang mencaci maki atau mencela Abu Bakar dan Umar". Dan Imam Ahmad ditanya tentang Abu Bakar dan Umar, maka dia menjawab : Doa'kanlah mereka berdua agar diberi rahmat, dan berlepas dirilah dari orang yang membenci mereka berdua".[4]

Al Khallal meriwayatkan dari Abu Bakar Al Marwazi, ia berkata : Saya telah bertanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad) tentang orang yang mencaci maki Abu Bakar dan Umar serta 'Aisyah, maka dia berkata : "Saya tidak memandangnya di dalam Islam (ertinya orang yang mencaci itu telah keluar dari Islam -pent).[5]

Al Khallal meriwayatkan, ia berkata : Saya telah diberi tahu oleh Harb bin Ismail Al Karmaani, ia berkata : Telah bercerita kapada kami Musa bin Harun bin Ziad, ia berkata : saya telah mendengar Al Firyaabi sedangkan seorang laki-laki bertanya kepadanya tentang orang yang mencaci maki Abu Bakar, ia berkata : Kafir. Lalu ia berkata lagi, apakah disolatkan? Ia berkata: Tidak."

Ibnu Hazam telah berkata : tentang Rafidhah tatkala dia berdebat dengan orang Kristian, dan orang-orang memberikan kepadanya kitab-kitab Rafidhah untuk bantahan terhadapnya (Ibnu Hazam berkata) : sesungguhnya Rafidhah bukanlah kaum muslimin, dan perkataan mereka bukanlah argumen terhadap agama, akan tetapi Rafidhah itu hanyalah suatu golongan, mulai terjadinya kira-kira dua puluh lima tahun setelah Nabi Wafat, dan permulaannya adalah bertindak balas (atas) panggilan orang yang hampir masuk Islam dari orang-orang yang dihina Allah. Rafidhah itu adalah kelompok yang berjalan diatas jalan ajaran Yahudi dan Nasrani dalam kebohongan dan kekufuran."[6]

Abu Zur'ah Ar Raazi berkata : "Bila kamu melihat seseorang yang mencaci salah seorang dari para sahabat Rasulullah, maka ketahuilah sesungguhnya dia itu Zindiq."

Lajnah Daimah Lil Ifta' (Lembaga tetap untuk Fatwa) Kerajaan Saudi Arabia pernah ditanya dengan satu pertanyaan. Dalam pertanyaan itu penyoal mengatakan bahawa dia dan sekelompok teman bersamanya berada di perbatasan utara berdekatan dengan pintu sempadan negara Iraq. Di sana ada sekelompok penduduk yang bermadzhab Al Ja'fariyah, dan diantara mereka (kelompok penanya) ada orang yang enggan untuk memakan sembelihan penduduk itu, dan diantara mereka ada yang makan, maka kami bertanya: Apakah halal bagi kami untuk memakan sembelihan mereka, ketahuilah sesungguhnya mereka berdoa meminta tolong kepada Ali, Hasan dan Husain serta seluruh pemimpin-pemimpin mereka di dalam keadaan susah untuk berlapang dada? Lalu Lajnah (lembaga) yang diketuai oleh Syeikh Abdul 'Aziz bin Abdullah bin Baz dan (anggota-anggotanya); Syaikh Abdul Razaq 'Afifi, Syeikh Abdullah bin Ghudayan, dan Syeikh Abdullah bin Qu'uud, semoga Allah memberi pahala kepada mereka semua.

Jawapannya:

Segala puji bagi Allah semata-mata, selawat dan salam semoga dianugerahkan kepada rasul-Nya dan keluarga beliau serta sahabat-sahabatnya, dan adapun selanjutnya:

Jika permasalahannya seperti yang disebutkan oleh penyoal, bahawa sesungguhnya jamaah (kelompok) yang memiliki ajaran Ja'fariyah, mereka berdo'a dan meminta tolong kepada Ali, Hasan dan Husain serta pemimpin-pemimpin mereka, maka mereka itu adalah orang-orang musyrik murtad, keluar dari agama Islam, semoga Allah melindungi kita dari itu, tidaklah halal memakan sembelihan mereka, kerana sembelihan itu adalah bangkai, walaupun mereka menyebut nama Allah saat menyembelihnya."[7]

Syeikh Abdullah bin Abdurrahman Al Jibrin ditanya,

Pertanyaan itu berbunyi :

wahai syaikh yang mulia, di negeri kami terdapat seorang rafidhah (bermadzhab syi'ah rafidhah) bekerja sebagai tukang sembelih, maka ahlusunnah datang kepadanya untuk menyembelih sembelihan mereka, dan begitu juga sebagian rumah makan, bekerja sama dengan orang rafidhah ini, dan dengan rafidhah lainnya yang berprofesi sama, apakah hukumnya bertransaksi atau berkoneksi dengan orang rafidhah ini dan semisalnya? Apakah hukum sembelihannya, apakah sembelihannya halal atau haram, berikanlah kepada kami fatwa, semoga syeikh diberi pahala oleh Allah.

Beliau menjawab

Wa'alaikum salam warahmatullah wabarakatuh wa ba'du,

Tidaklah halal sembelihan orang rafidhah, dan juga memakan sembelihannya, sesungguhnya orang rafidhah pada umumnya adalah orang-orang musyrik, dimana mereka selalu menyeru Ali bin Abi Thalib di waktu sempit dan lapang, sampai di Arafah dan saat tawaf dan sa'i, mereka juga menyeru anak-anak dan imam-imam mereka seperti yang sering kita dengar dari mereka. Perbuatan ini adalah syirik akhbar (paling besar) dan keluar dari agama Islam yang berhak dihukum mati atasnya.

Sebagaimana mereka sangat berlebih-lebihan dalam mensifati Ali, mereka mensifati Ali R.A dengan sifat-sifat yang tidak layak kecuali hanya untuk Allah, sebagaimana kita mendengarnya dari mereka di Arafah. Dan disebabkan perbuatan mereka itu, mereka telah murtad, yang mana mereka telah menjadikannya sebagai Rabb, Sang Pencipta, dan Yang mengatur Alam, Yang mengetahui ghaib, yang menguasai kemudaratan dan manfaat, dan semisal itu.

Dan sebagaimana mereka mencela Al Quran, mereka mendakwa bawah para sahabat telah mengubah, menghilangkan dari Al Quran ayat-ayat yang banyak berhubung kait dengan Ahlu Bait dan musuh-musuh mereka, lalu mereka tidak berpedoman kepada Al Quran dan mereka tidak memandangnnya sebagai dalil dan hujjah.

Sebagaimana mereka mencela para sahabat, seperti tiga orang khalifah rasyidin, dan selain mereka dari orang yang diberi kabar gembira jaminan masuk syurga, para umul mukminin (isteri-isteri Rasulullah), para Sahabat yang terkenal, seperti Anas, Jabir, Abu Hurairah dan semisalnya, maka mereka tidak menerima hadis-hadis para sahabat tersebut, kerana mereka itu orang kafir menurut dakwaan mereka. Mereka tidak mengamalkan hadis-hadis dalam sahih Bukhari dan Muslim kecuali yang berasal dari Ahlu Bait. Mereka berpegang dengan hadis-hadis palsu atau hadis-hadis yang di dalamnya tidak ada bukti atas apa yang mereka katakan. Mereka itu bersikap munafik, maka mereka mengucapkan dengan lidah mereka apa yang tidak ada pada hati mereka (yang tidak mereka yakini), mereka menyembunyikan dalam diri mereka apa yang tidak mereka tonjolkan kepadamu, mereka berkata : siapa tidak bersikap Taqiyah (nifaq) maka tidak ada agama baginya. Maka dakwaan mereka itu tidak boleh diterima dalam ukhwah persaudaraan, dan dakwaan mereka akan cinta syari'at... dan seterusnya. Sikap nifaq adalah merupakan aqidah bagi mereka. Semoga Allah menjaga (kita) dari keburukkan mereka. Semoga Allah menganugerahkan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta para sahabatnya.[8]

Rujukan :

[1] Ushul Madzhab As Syi'ah Al Imamiyah Al Itsna Asyara, oleh Dr. Nashir AL Qafaari, (3/1250).

[2] Minhaajus Sunnah, oleh Syeikhul Islam Ibnu Timiyah, (1/59-60).

[3] Minhaajus Sunnah, oleh Syeikhul Islam Ibnu Timiyah, (1/68).

[4] Al Masail dan Al Rasail Al Mawiyah 'An Imam Ahmad bin Hambal, oleh Abdul Ilah bin Sulaiman Al Ahmadi, (2/357).

[5] As Sunnah oleh Khalal (3/493). Ini merupakan pernyataan yang jelas dari imam Ahmad dalam menghukum kafir orang Rafidhah.

[6] Al Fashlu Fi Al Milal wa An Nihal, oleh Ibnu Hazam (2/78).

[7] Fatwa Lajnah Daimah Lil Iftak, (2/264).

[8] Fatwa ini keluar oleh syeikh setelah dilontarkan kepada beliau suatu soalan yang berhubungan dengan sikap bergaul dengan orang rafidhah pada tahun 1414 H, dan penyusun ingin menerangkan sekitar apa yang terdengar bahawa syeikh Abdullah Al Jibrin -semoga Allah melindunginya- beliau seorang yang mengkafirkan orang-orang Rafidhah, yang benarnya adalah bahawa para imam dari terdahulu sampai belakangan ini mengkafirkan kelompok ini. Hal itu disebabkan kerana hujjah telah ditegakkan kepada mereka, dan hilangnya uzur kebodohan dari mereka. (Insya Allah penterjemah akan membuat edisi khusus tentang perkataan ulama salaf terhadap rafidhah).

Begitulah diantara jawapan bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh penyoal berkenaan. Jika ada sebarang kekurangan pada jawapan yang dikemukakan, kami mohon maaf diatas kelemahan tersebut. Namun kami sedaya upaya memberikan jawapan yang terbaik untuk kebaikan semua pihak.

Wallahu'alam.

Post a Comment

2 Comments

  1. mmg explanation terbaik. Terima kasih atas ilmu yang disampaikan

    ReplyDelete
  2. salam

    ayat 54 surah Ali Imran tu pun salah. penyoal patut berhati hati. dia dah mengubah ayat al Quran sebagaimana dia tuduh ahli sunnah mengubah ayat al Quran. kecuali lah dia memang tak percaya al Quran ahli sunnah

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.