PENSYARAH KANAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA DIPERCAYAI TERLIBAT DALAM AKTIVITI MILITAN

Dipetik dari : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Julai – Seorang pensyarah di Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, adalah antara lima rakyat tempatan yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia hari ini kerana terlibat dalam kegiatan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka ialah pensyarah terbabit iaitu Dr. Mahmud Ahmad, 36; manakala empat lagi yang diburu ialah Mohd. Najib Husen, 36; Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39; Mohd. Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30.

Beliau berkata, kesemua mereka kini dipercayai berada di selatan Filipina. Tiga daripada mereka disyaki terlibat merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Syria.

“Dua lagi (yang dikehendaki) adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pensyarah ini, layari : http://umexpert.um.edu.my/papar_cv.php?id=AAAJxnAAQAAAGGyAAD

Post a Comment

3 Comments

  1. Jgn silap jamaah, terjoin kump khawarij dan syiah pulak nanti. Niat nak jihad, terikut pulak kump yg sesat.

    ReplyDelete
  2. tompang lalu

    POLIS, JPJ, SPAD, SPRM TIDOR KAH??

    SILA DUDUK DEPAN TESCO EXTRA BUKIT PUCHONG..LIHAT BERAPA PULUH LORI MEMBUAT BERAPA RATUS TRIP SEHARI, MENGANGKAT TANAH MELEBIHI MUATAN DENGAN KADAR TERLAMPAU..LORI 20 TAN BAWA 30-40 TAN MUATAN, ISIAN MACAM BONGGOL UNTA..

    APA YANG MENYEBABKAN KAMU SEMUA BUTA?? DUIT DARI TOKEY LORIKAH ATAU KAMU MEMANG MAKAN GAJI HARAM !!

    ReplyDelete
  3. Anon 18:15, memantau lori2 tu adalah tanggungjawap penguatkuasa Pejabat Tanah dan Daerah yang diselia oleh Kerajaan Negeri. Jgn main tuduh shj weiii.... baca buku kemudian komen... itu pun kalau pandai baca buku la...

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.