Oleh : Abdul Aziz Hussin
Mengapa Perlu Undang-Undang?
Undang-undang diperlukan untuk mengawal masyarakat. Undang-undang juga memastikan setiap orang mendapat hak masing-masing. Jika tidak ada undang-undang, maka kehidupan manusia menjadi seperti haiwan. Yang kuat dan gagah akan menguasai yang lemah. Harimau akan memakan apa sahaja yang ia suka sebab ia raja di rimba. Yang lemah seperti rusa tidak boleh berbuat apa-apa jika harimau telah menerkam. Ia cuma boleh lari. Tiada siapa yang akan menghukum harimau jika ia berbuat kesalahan. Dan tiada siapa yang menjaga hak rusa.
Kehidupan manusia tidak sama dengan kehidupan haiwan. Manusia mempunyai akal dan hidup bermasyarakat. Hampir semua manusia ada negaranya. Jadi manusia perlu dilindungi nyawa dan hartanya. Kesejahteraan dan kebajikan manusia perlulah dijaga daripada penganiayaan dan kezaliman. Masyarakat manusia juga perlu dijaga. Begitu juga negara perlulah dijaga. Semua itu akan dijaga dan diatur oleh suatu cara yang seragam yang disebut undang-undang.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.