ADAKAH MIMPI BASAH ITU DARI SYAITAN?

Soalan : 

Ustaz saya ingin bertanya. Benarkah mimpi basah berasal dari syaitan? Dan bagaimana cara menghentikanya.??

Terima Kasih

Dari : Edo

Jawapan:

Wa alaikumus salam

Bismillah was salatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,

Mimpi basah dalam bahasa arab disebut ihtilam [arab: الاحتلام]. Perbahasan mengenai apakah mimpi basah itu dari setan, berkait dengan perbahasan apakah para nabi mengalami mimpi basah atau tidak?

Ada perbezaan pendapat dalam hal ini. Sebelum kita menyimpulkan perbezaan pendapat itu, adalah lebih baik kita menyemak beberapa hadis yang memberbicarakan mengenai perkara berkenaan.

Pertama, sebuah hadis dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhum, bahawa beliau menyatakan,


ما احتلم نبي قط إنما الاحتلام من الشيطان

"Tidak ada seorang nabi pun yang mengalami mimpi basah (ihtilam). Mimpi basah itu dari syaitan."

Banyak diantara para ahli hadis menyatakan hadis ini adalah hadis daif. Diantaranya Ibnu Dihyah sebagaimana yang dinukil Ibnul Mulaqin dalam Ghayah as-Sul (hlm. 290) dan dalam as-Silsilah ad-Dhaifah, hadis ini diberi darjat: hadis bathil. (as-Silsilah ad-Dhaifah, 3/434)

Ini kerana, dalam sanad hadis berkenaan, terdapat perawi yang bernama Abdul Aziz bin Abi Tsabit. Imam Al-Bukhari dan Imam Abu Hatim menyebutnya, “Munkarul Hadis.” Sementara an-Nasai menyebutnya, “Matrukul Hadis.” (simak: at-Tahdzib, Ibnu Hajar, 6/308)

Untuk itu, kita tinggalkan hadis ini, kerana statusnya lemah sekali.

Kemudian, di sana ada hadis lain dari Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


الرُّؤْيَا مِنَ اللهِ، وَالْحُلْمُ مِنَ الشَّيْطَانِ

Ar-Rukya itu dari Allah dan al-Hulmu itu dari syaitan. (HR. Bukhari 5747 & Muslim 2261).

An-Nawawi menukil keterangan al-Maziri tentang makna ar-Rukya dan al-Hulmu.


فالرؤيا اسم للمحبوب والحلم اسم للمكروه

Istilah ar-Rukya untuk menyebut mimpi yang disukai (mimpi baik), sedangkan istilah al-Hulmu untuk menyebut mimpi yang tidak disukai (mimpi buruk). (Syarah Sahih Muslim, 15/17).

Sebahagian ulama menjadikan hadis ini sebagai dalil bahawa ihtilam (mimpi basah) adalah dari syaitan.

Meskipun begitu sebahagian memberi sanggahan bahawa makna al-hulmu dalam hadis di atas bukan mimpi basah, tapi mimpi buruk yang menakutkan. Kerana itu dalam lanjutan hadis dinyatakan, ‘Barangsiapa yang mengalami al-hulmu (mimpi buruk), hendaknya dia memohon perlindungan dari Allah dan meludah ke kiri. Sehingga mimpi ini tidak akan membahayakan dirinya.’ Sementara anjuran ini (berlindung dari syaitan dan meludah ke kiri), tidak ada dalam mimpi basah.

Kemudian, ada hadis lain dari Ummu Salamah, yang menceritakan junubnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika masuk subuh, dan baginda melanjutkan dengan puasa,


كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ غَيْرِ احْتِلَامٍ، ثُمَّ يَصُومُ

Dulu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam masuk waktu subuh dalam keadaan junub, bukan kerana mimpi basah. Kemudian baginda puasa. (HR. Muslim 1109, Nasai 183 dan yang lainnya).

Makna ‘bukan kerana mimpi basah’ menunjukkan bahawa junub baginda kerana hubungan badan dan bukannya kerana mimpi basah.

Hal ini pula menjadikan wujudnya dua pemahaman ulama tentang makna kalimat ‘bukan kerana mimpi basah’ dalam kaitannya dengan mimpi basah, mengenai apakah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam boleh mengalami mimpi basah,

Pertama, kalimat ‘bukan kerana mimpi basah’ menunjukkan bahawa baginda tidak mengalami mimpi basah. Dan di sini disampaikan Ummu Salamah sebagai penegasan bahawa junub itu terjadi kerana hubungan badan.

Kedua, kalimat ‘bukan kerana mimpi basah’ mengisyaratkan bahawa mimpi basah mungkin sahaja dialami Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kerana, untuk apa Ummu Salamah menyebutkan ‘bukan kerana mimpi basah’, sementara beliau tidak mengalami mimpi basah. Jika baginda tidak mengalami mimpi basah, tentu Ummu Salamah tidak perlu menyebutkannya.

An-Nawawi menyebutkan perbezaan ulama dalam masalah ini, ketika membahaskan hadis mengenai status kesucian air mani,


وتعلق المحتجون بهذا الحديث بأن قالوا الاحتلام مستحيل في حق النبي صلى الله عليه وسلم لأنه من تلاعب الشيطان بالنائم فلا يكون المني الذي على ثوبه صلى الله عليه وسلم إلا من الجماع

Para ulama yang berdalil dengan hadis ini memberikan catatan bahawa mimpi basah adalah sesuatu yang mustahil bagi Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kerana termasuk permainan syaitan pada orang yang sedang tidur. Oleh kerana itu, air mani yang ada di baju Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam disebabkan jimak.


جواب بعضهم أنه يمتنع استحالة الاحتلام منه صلى الله عليه وسلم وكونها من تلاعب الشيطان بل الاحتلام منه جائز صلى الله عليه وسلم وليس هو من تلاعب الشيطان بل هو فيض زيادة المني يخرج في وقت

Jawapan sebahagian ulama lain pula berpendapat bahawa, tidak mustahil bagi Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengalami mimpi basah dan ianya bukan permainan syaitan. Bahkan boleh saja beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam mengalami ihtilam (mimpi basah) dan itu bukan permainan setan. Akan tetapi kerana lebihan mani yang keluar pada waktu tertentu.

(Syarah Muslim, 3/198)

Allahu a’lam.

Dijawab oleh: Ustaz Ammi Nur Baits 

Post a Comment

0 Comments