DAP, PKR & PAS DIPERINTAH BERI 2 NAMA UNTUK KERUSI MENTERI BESAR - BUKTI SULTAN SELANGOR TAK IKTIRAF STATUS 'PAKATAN'

Oleh : AJ

Tindakan Sultan Selangor yang menangguhkan permohonan MB Selangor, Khalid Ibrahim untuk melepaskan jawatan sekaligus memerintah PAS, DAP, dan PKR mengemukakan 2 calon untuk menggantikan kerusi Menteri Besar menimbulkan tanda tanya kepada penulis.

Ini kerana, secara tidak langsung ini memperlihatkan bahawa Sultan Selangor tidak mengiktiraf kewujudan 'Pakatan' di Selangor, walaupun mereka membentuk kerajaan di negeri berkenaan. Apa yang menariknya lagi, PKR, DAP dan PAS diperintahkan untuk mencalonkan 2 nama sekaligus buat kali pertamanya, sebuah gabungan 'parti' yang memenangi kerusi dalam DUN diperintahkan bertindak dalam entiti yang berasingan.

Adakah PKR, PAS dan DAP akan menurut perintah Sultan Selangor? Jika mereka akur dengan perintah tersebut, bermakna mereka bersetuju bahawa mereka bukanlah berdiri atas nama dan entiti 'Pakatan' sebaliknya atas kapasiti masing-masing. Dan sekiranya mereka ingkar, ianya menunjukkan bahawa 'Pakatan' DAP, PKR dan PAS adalah parti-parti politik yang tidak menghormati institusi Sultan di Malaysia.

Maka benarlah kata Khalid "Pakatan bukan parti berdaftar"

Kepada rakyat, kita tunggu dan lihat. Permainan semakin menarik.

Apa-apapun Khalid membuktikan dirinya hebat dari apa yang disangkakan oleh bekas ketuanya itu. Buktinya; sehingga hari ini, dia masih terus bertahan menjadi Menteri Besar Selangor walaupun dia tidak lagi mewakili mana-mana parti. Sekaligus menjadi bukti Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang lemah dan gagal menyelesaikan sesuatu krisis dalam jangkamasa yang pendek.

Post a Comment

2 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.