[VIDEO 1] UMNO HILANG SOKONGAN KERANA SIKAP PEMIMPIN - TUN DR. MAHATHIR


Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Dilema baru Melayu - Takut untuk bercakap dan mempertahankan hak bangsa

UMNO Hilang sokongan akibat sikap pemimpin.

"Kita harus terima hakikat bahawa oleh kerana pertukaran keahlian dan kepimpinan UMNO kepada generasi yang tidak pernah merasai penderitaan yang dirasai oleh pejuang-pejuang pertama UMNO, maka mereka lebih melihat UMNO sebagai satu saluran untuk mencapai kepentingan diri. Ini persepsi ramai daripada rakyat. Kalau dulu kerana kita tertekan, kita bersatu dan kita tidak utamakan diri kita sebaliknya kita utamakan bangsa kita. Hari ini kita dapati ramai jugak pemimpin UMNO yang cuma menyertai UMNO dengan kepercayaan bahawa mereka akan dapat sesuatu bagi diri mereka. Sebab itu kita dapati orang ramai berpendapat apa perlunya menyokong orang ini yang berjuang untuk kepentingan diri. Itu persepsi orang yang tidaklah ini melibatkan semua ahli UMNO atau pemimpin UMNO tetapi ini melibatkan ramai jugak daripada pemimpin UMNO.."

Post a Comment

3 Comments

  1. UMNO tidak cukup mempertaruhkan rekod berkerajaan sahaja walaupun ia sangat penting. Rakyat lebih terdorong menilai rekod UMNO sebagai parti politik.Bawalah juga transformasi dalam UMNO sendiri. Hingga saat ini UMNO bagai tidak memberi respons terhadap pelbagai persepsi buruk terhadap ahli (bukan dalam konteks menguruskan kerajaan). Imej Islam UMNO mesti lebih jelas. Sikap anti rasuah, anti kejar kebendaan melulu, benci nepotisme perlu jadi slogan parti yang baru. Politik kini bukan soal pilih kerajaan saja tapi juga pilih jaminan penjagaan moral masyarakat. UMNO perlu dulukan program pembangunan insan di kalangan ahli.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.