Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Dilema baru Melayu - Takut untuk bercakap dan mempertahankan hak bangsa

UMNO Hilang sokongan akibat sikap pemimpin.

"Kita harus terima hakikat bahawa oleh kerana pertukaran keahlian dan kepimpinan UMNO kepada generasi yang tidak pernah merasai penderitaan yang dirasai oleh pejuang-pejuang pertama UMNO, maka mereka lebih melihat UMNO sebagai satu saluran untuk mencapai kepentingan diri. Ini persepsi ramai daripada rakyat. Kalau dulu kerana kita tertekan, kita bersatu dan kita tidak utamakan diri kita sebaliknya kita utamakan bangsa kita. Hari ini kita dapati ramai jugak pemimpin UMNO yang cuma menyertai UMNO dengan kepercayaan bahawa mereka akan dapat sesuatu bagi diri mereka. Sebab itu kita dapati orang ramai berpendapat apa perlunya menyokong orang ini yang berjuang untuk kepentingan diri. Itu persepsi orang yang tidaklah ini melibatkan semua ahli UMNO atau pemimpin UMNO tetapi ini melibatkan ramai jugak daripada pemimpin UMNO.."