ISRAEL YANG MENCIPTA HAMAS - RON PAUL (AHLI KONGRES AMERIKA SYARIKAT)



Oleh : Hassane Zerouky
Transliterasi oleh : Jebat

Pertama sekali, ucapan 'jutaan terima kasih' kepada agensi perisikan Israel, Mossad dibawah Institut Perisikan dan Tugas Khas, yang membolehkan Hamas dibenarkan untuk memperkukuhkan kehadirannya di wilayah yang diduduki Israel. Dalam pada masa yang sama, pergerakkan Pembebasan Palestin, Fatah yang diasaskan oleh Arafat dan pergerakkan kiri yang lain semakin berhadapan dengan pelbagai ugutan dan penindasan.

Walaubagaimanapun, janganlah kita terlupa bahawasanya Hamas itu sendiri adalah hasil ciptaan Israel. Menurut Prof Emiratus Zeev Sternell, pensyarah dalam bidang sejarah dan sains politik, dari Universiti Hebrew, Jurusalem menyatakan bahawa;

"Israel thought that it was a smart ploy to push the Islamists against the Palestinian Liberation Organisation (PLO)".

Yang bermaksud, Israel berpandangan, adalah lebih bijak dengan menggunakan helah menolak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan cara mempergunakan kumpulan Islam tertentu.

Ahmed Yassin, pemimpin spiritual gerakan Islam di Palestin, telah kembali dari Kaherah pada tahun 70an puluhan dan menubuhkan persatuan kebajikan Islam. Perdana Menteri Israel pada ketika itu, Golda Meir, melihat ini sebagai satu peluang yang baik baginya untuk mengimbangi kebangkitan pergerakan Fatah dibawah pimpinan Arafat. Dalam satu artikel yang terpapar di akhbar Mingguan Israel, Koteret Rashit (Oktober 1987), menyatakan;

"Persatuan-persatuan Islam dan termasuk universiti diberikan sokongan dan galakkan oleh pihak berkuasa tentera Israel" yang pada ketika itu berperanan mengawal keselamatan orang awam selain menjalankan pentadbiran di Tebing Barat dan Gaza.

"Mereka [persatuan Islam dan universiti] telah diberikan kebenaran untuk menerima bantuan kewangan dari luar negara."

Kumpulan Islam berkenaan telah mendirikan rumah-rumah perlindungan untuk anak-anak yatim, klinik kesihatan, sekolah, bengkel yang mana kesemua ini mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat Palestin. Dalam masa yang sama kumpulan berkenaan turut membangunkan sistem bantuan kewangan bagi golongan miskin. Pada tahun 1978, kumpulan Islamis berkenaan telah mewujudkan 'Universiti Islam' di Gaza. 

Pihak berkuasa tentera Israel yakin bahawa dengan wujudnya aktiviti-aktiviti seperti ini, secara tidak langsung akan melemahkan pengaruh PLO dan pertubuhan-pertubuhan haluan kiri keatas penduduk Palestin di Gaza.

Pada akhir tahun 1992, terdapat hampir 600 buah masjid didirikan di Gaza, yang mana kesemua ini adalah hasil dari kepintaran Bahagian Perisikan Israel, Mossad dan Institut Perisikan dan Tugas Khas yang mana membolehkan pengaruh kumpulan pemisah Islam memperkukuhkan pengaruh mereka di wilayah tersebut. Dan dalam pada masa yang sama, ahli-ahli Fatah pula terpaksa berhadapan dengan tekanan hidup yang melampau selain penindasan yang berpanjangan.



Merenung kembali kepada sejarah, pada tahun 1984, Ahmad Yassin telah ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun oleh mahkamah Israel ekoran penemuan beberapa laras senjata yang disembunyikan olehnya. Namun begitu, setahun selepas itu, beliau dibebaskan dari penjara dan Ahmad Yassin kembali melakukan aktivinya seperti biasa. Tatkala gerakan Intifada (Kebangkitan) Palestin dilancarkan oleh Yasser Arafat [PLO] pada bulan Oktober 1987, ternyata gerakan Intifada ini telah membuatkan beberapa Islam di Palestin tersentak melihat kebangkitan tersebut.

Sebagai satu langkah tindak balas, Syeikh Ahmad Yassin menubuhkan Pergerakkan Hamas yang menggunakan motto : "Allah adalah permulaan kami, Muhammad adalah model kami dan Al-Quran adalah perlembagaan kami." yang mana kesemua ini tercatat dalam artikel 7, piagam organisasi Hamas.

Ketika Perjanjian Oslo ditandatangani pada September 1993 diantara pihak Israel dengan PLO yang membolehkan urusan kerajaan Palestin ditadbir oleh PLO, Hamas bertindak sebaliknya. Hamas menolak perjanjian damai tersebut secara terang-terangan. Namun begitu, pada ketika itu, pengaruh PLO melebihi Hamas yang menyaksikan hampir 70% rakyat Palestin menyokong isi perjanjian tersebut selain mengutuk sebarang aksi serangan keatas masyarakat awam Israel. Ahmad Yassin telah melakukan segala daya yang termampu untuk mengagal perjanjian damai ini. Beliau akhirnya mendapat sokongan dari pihak-pihak tertentu dari kabinet Israel yang tidak senang dengan isi perjanjian tersebut.

Hamas kemudiannya merangka serangan terhadap orang awam sehari sebelum berlansungnya mesyuarat diantara wakil perunding Israel dan Palestin, yang merupakan waktu kritikal Kerajaan Israel yang sedang berhadapan dengan pilihanraya umum yang dijangkakan akan berlansung pada bulan Mei 1996.

Satu perkara yang menarik berlaku disini ialah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pernah mengarahkan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dari penjara Israel atas dasar kemanusiaan. Sedangkan pada ketika pemerintahan Yitzhak Rabin dan Shimon Peres, beliau terus dipenjarakan dan tidak diberikan pengampunan (Syeikh Ahmad Yassin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup ketika pemerintahan Rabin dan Shimon).

Dalam pada masa yang sama, Netanyahu bersama-sama dengan Presiden Amerika pada ketika itu, Bill Clinton mula memainkan peranan dengan memberika tekanan kepada Arafat agar pemimpin PLO tersebut mengawal aktiviti militan Hamas. Malah Benjamin Netanyahu bijak mengambil peluang, dengan menggunakan pengaruh Hamas dan kelemahan PLO untuk mensabotaj perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Israel sebelum ini, Yitzhak Rabin. Permainan Benjamin Netanyahu semakin 'cantik' apabila beliau menghalau pemimpin Hamas tersebut ke Jordan, yang akhirnya menyebabkan rakyat Palestin mula mempertikaikan peranan PLO pimpinan Yasser Arafat dalam melindungi hak rakyat Palestin. Benjamin semakin bijak menjatuhkan moral Yasser Arafat apabila membenarkan semula Syeikh Ahmad Yassin untuk kembali ke Gaza, dimana beliau disambut megah sebagai wira pada bulan Oktober 1997.

Ternyata pada ketika itu, Arafat semakin tidak berdaya menyaingi pengaruh Syeikh Ahmad Yassin di Palestin. Ini diburukkan lagi dengan kesilapan Yasser Arafat yang menyokong Saddam Hussein ketika perang teluk 1991 yang menyebabkan beberapa negara teluk telah bertindak memotong pembiayaan pengurusan dan kewangan kepada pihak berkuasa Palestin. Sedangkan Hamas pula bertindak dengan lebih bijak dengan mengambil sikap berkecuali ketika meletusnya Perang Teluk tersebut.

Sikap berkecuali Hamas ketika perang Teluk menyebabkan negara-negara Arab yang selama ini menyalurkan bantuan kepada PLO mula mengalihkan bantuan mereka kepada Hamas. Dalam tempoh antara Febuari dan April, Hamas dikatakan mampu menerima beberapa ratus juta dollar dari negara-negara Arab. Dipercayai, bajet yang diterima Hamas adalah jauh lebih besar dari bajet yang diterima oleh pihak berkuasa Palestin yang dipimpin oleh PLO. 

Secara tidak lansung, dengan berlakunya peningkatan sumber kewangan ini, Hamas mampu menjalan pelbagai aktiviti kebajikan malah dianggarkan 1/3 hasil wang derma yang disalurkan kepada Palestin adalah melalui Hamas. 

Dan dalam hal ini, Israel tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menyekat kemasukan wang kedalam wilayah yang diduduki dan dikawal oleh mereka.

Hamas telah membina kekuatan melalui pelbagai tindakannya dalam mensabotaj perjanjian damai yang dilihat amat signifikan dengan kesesuaian dan kepentingan Israel. Yang nyata Israel adalah pihak yang paling tidak bersetuju dengan perjanjian Oslo yang dilihat merugikan mereka - Dimana sebuah negara Palestin Merdeka akan terbentuk melalui perjanjian Oslo. Dalam erti kata lain, kewujudan Hamas adalah untuk berfungsi sebagai 'penghalang' kepada kewujudan negara Palestin yang bebas dan merdeka - yang mana itulah yang dimahukan oleh Israel : Menghalang Palestin mendapat kemerdekaan. Kerana yang pasti, perjanjian Oslo menetapkan hanya apabila Palestin aman dan stabil selain tidak ada serangan keatas penduduk awam Israel, maka kemerdekaan Palestin dapat dicapai.

Pada akhirnya, jika anda melihat dengan teliti, anda akan dapat menyaksikan permainan yang dimainkan oleh Israel menerusi Hamas untuk terus memastikan rantau Gaza dan Tebing Barat bergolak yang mana pada akhirnya akan mengagalkan hasrat dan impian rakyat Palestin, memiliki sebuah negara yang merdeka.

Rujukan :

http://www.huji.ac.il/dataj/controller/ihoker/MOP-STAFF_LINK?sno=6830537&Save_t=

http://globalresearch.ca/articles/ZER403A.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Yitzhak_Rabin

http://www.humanite.fr/etiquettes/hassane-zerrouky

http://en.wikipedia.org/wiki/Oslo_I_Accord

http://online.wsj.com/news/articles/SB12327557229501184

Post a Comment

1 Comments

  1. Hebatkan permainan catur rejim haram zionis yahudi ini. Buah caturnya adalah nyawa manusia termasuklah org tua, org sakit, wanita dan lebih zalim kanak2. Mana ada dalam sejarah manusia lebih zalim berbanding zionis yahudi, merekalah juara antara juara. Semoga mereka menjadi makanan api neraka yg menjulang2 di neraka kelak.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.