Oleh : AJ
Sepetah-petah Anwar berbicara,
Segagap-gagap Khalid berkata-kata,
Namun tak disangka-sangka,
Anwar di'checkmate'nya.
ISU BANK ISLAM DENGAN TAN SRI KHALID TIADA KAITAN UMNO
Oleh : Dr. Asyraf Wajdi
Dakwaan Rafizi Ramli yang menuduh berlakunya penyelewengan Tan Sri Khalid dalam kesnya dengan Bank Islam adalah satu fitnah besar apatah lagi berniat jahat dengan mengaitkannya dengan UMNO.
Kes Bank Islam vs Tan Sri Khalid amat dekat dengan saya kerana keterlibatan saya secara aktif dalam industri kewangan Islam. Saya sendiri pernah ditawarkan menjadi saksi pakar bagi pihak Bank Islam pada tahun 2009 sebelum Akta Bank Negara 2009 dipinda yang memberi kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara selaku badan tertinggi dan pemutus dalam hal ehwah Syariah yang menyentuh institusi-institusi kewangan termasuk perbankan dan takaful. Di bawah Akta ini, pandangan pakar luar tidak lagi diperlukan kerana Mahkamah harus terus merujuk kepada MPS Bank Negara.
Dalam kes Tan Sri Khalid isu penyelesaian di luar mahkamah langsung tiada kaitan dengan penyelewengan mahupun perjanjian 'bawah meja'. Ia melibatkan dua isu besar iaitu:
(1) perselisihan mengenai isu-isu Syariah yang menyentuh kontrak Bai' al-'Inah dan kaedah perlaksanaannya termasuk isu 'inter-conditionality', 'pre-signed documents' dan muwaataah.
(2) keabsahan Akta Bank Negara 2009 khususnya melibatkan kedudukan MPS yang terkait dengan isu Perlembagaan iaitu pemisahan kuasa (separation of power) antara badan kehakiman, eksekutif dan legislatif.
Beberapa kerumitan yang terkait dengan isu-isu inilah yang akhirnya menjurus kepada persetujuan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perselisihan di luar mahkamah. Maaf selebihnya saya tidak dapat berkongsi kerana terkait dengan kerahsiaan dan kepentingan awam yang melibatkan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia.
Persoalan besar yang perlu ditanya kepada Rafizi dan PKR, kenapa baru sekarang isu ini ditimbulkan walhal kes Bank Islam ini sudah berlarutan di pelbagai peringkat Mahkamah sebelum Tan Sri Khalid menjadi MB lagi? Mengaitkannya dengan UMNO juga adalah satu fitnah dan tohmah yang jahat dalam usaha mengkambing-hitamkan pihak ketiga dalam masalah dalaman kronik PKR yang bersungguh-sungguh ingin menobatkan isteri Ketua Umumnya sebagai MB.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.