JAWATAN DITAWARKAN
1) Eksekutif Penyelidik
Gred : S41 /S44 (Tetap)
SYARAT LANTIKAN
a) Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan.
b) Kelayakan
(i) Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)
(ii) Syarat Lantikan Asas : Ijazah Sarjana Muda
(iii) Bidang : Sains Sosial, Sains Sukan, Ekonomi dan Statistik
(iv) Gaji Permulaan : S41 : RM1,909.00
c) Kelayakan Mesti Ada :
(i) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
(ii) Berkemahiran menggunakan perisian SPSS dan lain-lain perisian penyelidikan (diberi keutamaan).
(iii) Berpengalaman mengendalikan dan turut serta dalam penyelidikan.
(iv) Berkemahiran tentang metodologi penyelidikan.
(v) Berkeyakinan mengendalikan aktiviti penyelidikan.
d) Kelayakan Tambahan
(i) Berkebolehan menginterpretasikan data
(ii) Berkebolehan dalam penulisan laporan
Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan tugasan seperti berikut :
> Menjalankan tugas-tugas penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;
> Mengumpul maklumat dan data berkaitan isu-isu pembangunan belia;
> Memproses dan menganalisa data hasil penyelidikan;
> Merangka dan menyediakan laporan penyelidikan; dan
> Menjalinkan hubungan kerjasama dengan mana-mana agensi / institut / individu yang terlibat dalam bidang penyelidikan sains sosial.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
> Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.
> Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
> Pemohon yang dipanggil temudugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau
b. Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Jumaat, 15 Ogos 2014.
Sila kemukakan permohonan kepada:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
Tel : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks : 03 – 8871 3342
E-mel : perjawatan@ippbm.gov.my
Sumber : http://www.ippbm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=753&lang=bm
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.